Wednesday, March 07, 2007




Thaqafah/education/pengetahuan seorang pendakwah

Alhamdulillah sykur kehadrat Ilahi dan selaut pujian kita utarakan padaNya pemilik semesta alam. Selawat dan salam atas junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. serta seluruh keluarga dan juga sahabat-sahabat, pengikut-pengikut baginda saw. hingga ke akhir hayat dunia ini.

Sememangnya perjalanan dakwah di jalan Allah swt merupakan agenda yg terpenting bagi seluruh rasul-rasul as dan para ambia, begitu juga kepada khalifah-khalifah dan pewaris-pewaris mereka yg terdiri daripada ulama-ulama al a’milin, rabbaniyyin, as sodiqin.

Tiada amalan yang terlebih penting dah mulia selepas keimanan kepada Allah swt. melainkan mengajak manusia kepada hidayah Allah swt. Melaluinya manusia akan menemui kejayaan di dalam hidup, mencintai kepada kebaikkan, menjauhkan daripada kebatilan dan keburukkan seterusnya mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya.
Surah: fussilat ayat : 33
Dakwah > Menyeru manusia kepada Allah swt. bermakna mengajak kepada (ad din) agamaNya, mengikut petunjukNya, menghukum di muka bumi ini berdasarkan metod daripadaNya, juga segala ibadat hanya ditujukan kepadaNya. Segala pertolongan, taat, melepaskan diri daripada segala perkara yang melampau serta mengajak manusia kepada maa’ruf dan menjauhi daripada munkar dan jihad di jalanNya.

Dengan kata yang ringkas, dakwah adalah menyeru manusia kepada islam yang sebenar lagi sempurna, tanpa ada tokok tambah.

Untuk melayakkan diri sebagai seorang pembawa risalah Allah swt. di muka bumiNya ini tidak dapat lari daripada memenuhi kelengkapan (senjata) yang sewajibnya ini :

Persiapan senjata yang utama :

i. Keimanan kepada Allah swt.
ii. Keperibadian dan akhlak yang mulia. Firman Allah swt : al qalam : 4, al imran :159
iii. Bekalan ilmu pengetahuan yang mantap.

Risalah ini (fahamanku dari kitab thaqafah daieah Dr Yusof Qardawi) membicarakan secara khusus mengenai kelengkapan dari sudut ilmu pengetahuan (aducation), pemikiran dan pengetahuan yang dituntut sebagai seorang pendakwah.

Bagaimanakah langkah untuk mempersiapkan dirinya sendiri?.
Atau dengan ibarat yang lain, bagaimana untuk mempersiapkan diri sebagai seorang pendakwah yang mempunya daya intelektual yang tinggi pengetahuannya.
Seterusnya menjadikan dirinya sebagai pendakwah yang mampu mendepai massa dan arus peradaban dunia sekarang ini.

Tidak dapat tidak perlu menggarapkan diri dengan himpunan ilmu-ilmu ini :

1. Ilmu pengetahuan islam.(sumber-sumber utama).



-Al quran & tafsir
-Hadith
-Feqah
-Ilmu usul fiqh
-Ilmu akhidah
-Tasauf
-Sistem dalam islam



 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

-Al quran & tafsir


• Keistimewaan al quran :

i. Kalamullah
ii. Mudah difahami
iii. Mukjizat ( cara penjelasan ayat, fokus ayat, berbentuk ilmiah / kajian)
iv. Bersifat kekal ( tidak dapat dipesongkan selama-lamanya)
v. Syumul / global

• Peringatan bagi pendakwah dalam menceburi bidang al quran :

i. Maksud yang dikehendaki ayat-ayat al quran yang pelbagai.
ii. Mengaitkan maksud daripada lafaz-lafaz dan makna-makna ayat.

• Penelitian kisah-kisah dalam al quran , diantaranya :

i. Kisah nabi Adam as.
ii. Nabi Yusof as.
iii. Nabi Sulaiman as. bersama Balqis rasa kamu Saba. Surah : al namlu : 40.
iv. Kisah zulqarnain.

• Memahami/ meneliti maksud perumpamaan-perumpamaan al quran :

i. Keperibadian seorang kaya yang bersyukur pada Nabi Sulaiman as. surah an namlu : 16-44.
ii. Hakim dan raja yang adil dalam kisah Zulqarnain as.
iii. Kesabaran seorang yang menerima ujian dalam kisah Nabi Ayub as. surah as sod :41-44.
iv. Kecekalan hidup seorang pemuda yang beriman iaitu Nabi Yusof as. surah yusof : 23-33.
v. Pengorabanan, kesabaran, kerelaan anak remaja kerana Allah swt. Kisah dalam kehidupan Nabi Ismail as. surah as soofaat : 100-109.
vi. Tauladan orang yang menyembunyikan iman dan menzahirkannya demi menegakkan yang benar. Kisah kaum firaun. Surah ghafir : 28-34.
vii. Tauladan pembawa risalah Allah swt. di dalam penjara. Kisah Nabi Yusof as. surah yusof : 37-40.
viii. Tauladan keimanan seorang anak kepada ayah yang kufur. Kisah Nabi Ibrahim as. surah maryam : 41-48.
ix. Kehidupan ayah yang beriman dan anaknya yang kufur. Kisah nabi Nuh as. surah hud : 42-48.
x. Perempuan yang mukmin yang beristerikan suami yang kufur. Kisah Asiah dengan firaun. Surah al tahrim : 11.
xi. Isteri yang kufur suami yang beriman. Kisah Nabi Lut as. surah al tahrim : 11.
xii. Kisah insan yang berkelakuan baik dan manusia yang berkelakuan jahat. Kisah anak Nabi Adam as. surah al maidah : 27-29.
xiii. Kisah kaum yang berpaling tadah ketika ditimpa ksesusahan. Kaum bani israil bersama nabi Musa as. surah al maidah : 20-26.
xiv. Kisah umat yang ditimpa benjana akibat tidak mensyukuri nikmat Allah swt. Surah saba : 15-17.

• Berhikmah dalam mendatangkan dalil dan hujjah Al Quran.
• Senantiasa berwaspada mengenai peringantan dan amaran dalam kesalahan dan pemesongan menafsirkan al quran.

• Ilmu Tafsir al quran

i. (tafsir bil mathur) Tafsir berdasar al quran dengan al quran dan al quran berdasarkan hadith nabi saw.
ii. (tafsir bil ra yi) tafsir melalui pendapat dan pandangan ulama-ulama tafsir.

( peringatan / pesanan dalam memahami kitab-kitab tafsir al quran )

i. Keprihatinan mengenai isi / teras yang dikehendaki oleh maksud ayat-ayat al quran.
ii. Israiliyyat.
iii. Riwayat yang direka dan lemah.
iv. Pendapat yang lemah dan pandangan yang ditolak.



2. Ilmu sejarah / tamadun dunia..
3. Sastera dan ilmu bahasa.
4. Pengetahuan ilmu kemanusian.
5. Pengetahuan berdasarkan ilmiah ( sumber kajian ).
6. Pengetahuan semasa.


ps / hanya takat itu dahulu buat masa ni, insyallah sambungan seterusnya ada masa so akan siap....




No comments: