Friday, March 16, 2007




KALAM KHATIB

Lena pagi ni menggagalkan langkah laki utk berpagi-pagi menerima anugerah ganjaran or balasan unta, itu perumpaan Allah swt bg hambanya yg datang seawal munkin ke rumahNYa. hari ni telur pun x dapat. huhu ~

Walau apapun syukur pg ni Allah swt. mengurniakan nikmat lena utk berehat yg bernama tidur dgn senyenyaknya. mlm x lena utk tidur so terasa nikmat itu setelah hampir genap dua hari tak mengecapi lena tidur. siang n malam.

Lena itu berlalu beberapa jam umpama pergi seminit jua cuma. akibat rasa kepenatan tidak lena tidur or berehat so terasa sedikit slow bilamana kerjakan sesuatu perkara. tak de kualiti langsung. bentang terjemahan n rumusan buku thaqafah daeyah & sirah durus wa ibar utk usrah adik2 medic pun kita sendiri rasa semacam. kesian diorg. sorry le. suara pun tak de masa tu. otak munkin penat masa tu, idea pun x de n x best langsung. kata pepatah arab " al aqlu iza kalla so malla" maksudnya : otak kita ni, bilamana dia letih maka dia akan jadi tumpul. begitulah lebih kurang maknanya. time kasih adik2 medic atas sambutan u all. ( ayep yg best masak, mohd yg p ambik dgn motor, wafi yg sangt2 bg tumpuan, arif, kembar ezairi n ezainy, hanifah yg senantiasa ceria).

Rosak kehadiran jumaat hari ni... nasib baik diri ini bukan syarat utk mengSAHkan solat jumaat. ( syarat sah BILANGAN ialah bg org bermautautin )

Kalam khatib di khutbah kedua > kalamnya hari ini tidaklah panjang sangat seperti biasa iaitu hampir 45 minit semuanya kalau kebiasaannya sejam genap.

Pesan khatib "hari ini walaupun khutbahku sekejap cuma, akan tetapi ingin aku jelaskan bahawa kelemahan ummah islam hari ini adalah kerana mereka telah menjadikan kebanyakkan amalan ibadat kepada adat bangsa semata-mata. contoh : hadirnya kita hari ini ke rumah Allah swt. hanya semata-mata hadir hari mingguan. hadirnya bukan kerana umpama ingin menunai ibadat kepada Allah swt, dan semuanya itu dianggap bagaikan adat. maka terjadikan solat kita semua hanya takbir, ruku' dan salam. tanpa ada di sana sifat yg sebenar bg seorg muslim yg solat.

Sepatutnya ketika kita solat semestinya dgn khusyuk, takut, faham, malu, rasa rendah diri dan hina, penuh harap kpd Allah swt., dan pelbagai sifat lg yg perlu ada kpd seorg yg solat. seandainya terbinanya semua begitu, sudah tentu ummat islam dapat mengecapi hidup ini dengan memahami apakan falsafah solat and hadaf kehidupan ini. kemajuan dan kehebatan , semuanya itu secara outomatik akan menyusul bilamana ummat islam melengkapi diri mereka akan semua sifat seorg muslim yg sejati".

Itulah antara rumusan penting ang pengajaran dari khutbah jumaat hari ini.

Memang betul katanya. kadang-kadang kita merasakan bahawa hadirnya diri kita setiap minggu solat jumaat ke masjid umpama bagaikan paksaan. kehadiran bukan kerana fahaman yg mendalam dan rasa cinta kepada Allah swt. umpama sepasang kekasih. bilamana sekejap cuma berpisah, dirasakannya umpama bertahun. bila bersua maka tidak jemu. rasa hati memenuhi dada. betul ke rasa mcm tu? hehe :D x pernah ada kekasih pun. agak-agaknya mcm tulah kot .
so hadirkah kita seandainya tidak diwajibkan? entah lah. jagan tanya aiman, tanyalah iman. tanya aiman so semua perkara dia tak kisah. aiman tak kisahhh.

alangkah hebatnya dan bagaimana agaknya seorang sang manusia yg ada rasa secebis cinta pada tuhannya?






No comments: