Hidup ini. Apakah tuntutannya terhadap kita?
Alhamdulillah marilah sama-sama kita mungucapkan rasa bersyukur kehahrat Allah swt, kerana dengan rahmatNya kita dapat berjumpa di sini, berjumpa di dalam majlis ilmu walaupun hubungan atau interaksi kita berdua di antara lembaran teks ini dengan pembacanya. Moga lembaran teks ini dikira oleh Allah swt. sebagai
Dalam kegawatan masyarakat yg berlaku kini mengingatkan kita kepada suatu amaran dan janji yg allah khabarkan kepada kita dalam Al Quran sejak seribu empat ratus tahun dahulu supaya manusia sejak Nabi Muahammad saw. beri perhatian serius kepada amaran ini dan ummat-ummat kemudiannya juga turut memberi perhatian. Sememangnya Allah swttidak zalim kepada hambanya dengan ditimpakan sesuatu dan musibah bala bencana sebelum didatangkanNya syarat musabbabnya terlebih dahulu, supaya manusia itu bersedia dan menyedari apakah yg mereka lakukan dan perlu perbetulkan.
Sejarah lampau menunjukkan kepada kita bahawa musnahnya kaum terdahulu bukanlah Allah musnahkan ketikamana mereka susah dan sengsara akan tetapi mereka musnah ketikamana hidup mereka menuju maju jaya, pembangunan terus meningkat tetapi hati mereka terus jauh dan jauh dengan Allah swt. Ekonomi terus naik namun iman terus jatuh. Pembangunan terus naik namun hidup makin lalai daripada Allah swt.
Kita patut kembali melihat kepada suasana hidup kita yg tersendiri ini. kita suatu ketika dahulu hanyalah berbekalkanhanya sedikit bekalan demi untuk meneruskan hidup namun kini kita telah dimewahkan dengan pelbagai nikmat dan suasana. Sedarkah kita dimana dan bagaimana keadaan kita kini? adakah sedang menuju jaya mecari Allah ataupun sedang melengkapi diri dengan syarat-syarat untuk Allah turunkan bala bencana? nau'zubillah min zalik
Firman Allah swt. surah Al Israa' 16.
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
Perkara yang perlu diingat juga dalam ayat ini, bukan salah kemewahan dan juga bukanlah rezki yang banyak melimpah ruah menyebabkan mereka dimusnahkan. Akan tetapi perkara yg perlu dilihat dalam ayat ini mengenai kelakuan manusia bilamana datangnya nikmat dan rezki yg banyak daripada Allah lalu mereka membalasnya dengan kefasikkan dan kedurhakaan. Makin bertambah kemewahan maka makin jauh mereka dengan rumah Allah swt. Makin bertambah rezki terus menyebabkan mereka bertambah jauh dan lupa pergantungannya dengan Allah swt. Maka ketika ini Allah menyatakan "sampailah janji kami dan benarlah amaran kami. iaitu kamiakan musnahkan negara itu sehancur-hancurnya".
Satu hadith qudsi menyebut : Hai manusia!(semuanya) Hendaklah kamu cariku, carilah keredhaanku dan tolong hampirkan kepadaku dan dekat kepadaku sejauh mana kamu rasa kamu berhajat kepada Allah. Daripada firman Allah swt ini, Allah swt. tidak memanggil manusia dengan pangkat dan darjat. Dan juga sengaja Allah swt. datangkan satu ayat yg cukup indah. iaitu sesiapa yang merasakan berhajat kepada Allah swt. Maka cari dan usahakanlah dan seandainya tidak perlu maka tak usahlah. Hakikat yg sebenar adalah Allah swt. tidak berhajat kepada kita. Maka sesiapa yg rasa kita perlu dan berhajat kepanya maka tuntutlah. Perkara yg jelas bahawa disana ada satu jalan yg luas terbentang utk kita mencari dan merapatkan diri kita dengan Allah swt.
Satu kisah khalifah Harun Ar-Rasyid moga-moga dapat dijadikannya satu pengajaran. Pasa suatu malam dia memanggil seorang pembantunya. Ketika dia merasa kesepian dan kekosongan jiwa. Katanya,"tolong bawa aku kepada seorang ulama Fudail bin Iyad agar dia menasihati jiwa aku yang kosong ini. Lalu dia keluar daripada istana pada malam itu khusus utk mencari seorang ulama dan demi mencari sesuatu utk mengisi jiwa dirinya yg kosong. Dalam suasana malam datangnya gerombolan lampu-lampu dan pelita maka dari jauh. Fudaihl telah tahu bahawa itu adalah khalifah Harun. Bilamana khalifah hampir sampai, maka Fudhail menutup lampu rumahnya dan membuka pintu dan berdiam diri di dalam gelap. Lalu Harun Ar Rasyid masuk ke rumahnya sambil meraba-raba mencari tuan rumah. Tiba-tiba tangan Harun Ar-Rasyid tergegang tangan Fudhail. Fudhail memegang tangan Ar-Rasyid dan terus sepontang menjawab.alangkah baiknya tangan yg lembut ini tidak dibakar oleh api neraka. Alangkah tangan yg selembut ini tidak diazab di hari akhirat. Lalu menangis Harun Ar Rasyid dengan tangisan yg sungguh-sungguh dengan sepatah kata daripada orang alim. Lalu bilamana Ar Rasyid reda daripada tangisan itu ar rasyid berkata,"wahai fudhail, engkau nasihatkanlah aku sesuatu. Berkata fudhail,"wahai harun, sewaktu Umar Abdul Aziz ditawarkan jawatan sebagai khalifah dia menangis lalu dia pergi berjumpa dengan 3 org ulama pada zaman beliau. Dia berkata, “wahai sahabatku, sesungguhnya aku dibebani oleh Allah swt. dengan bebanan azab dan bala yang berat. lalu dia meminta daripada ulama itu utk membantunya. Akan tetapi sayangnya kamu wahai Harun, bilamana kamu ditawarkan dengan jawatan khalifah maka kamu ketawa dan kamu gembira.
Seumpama kita kini bilamana kita memenangi sesuatu perkara maka kita mengadakan majlis perayaan dan kenduri. Sedangkan kita belum tahu apakah kita mampu untuk menerima tanggujwab itu.
Kita melihat suasana kini. bilamana datangnya penyakit aids, maka belum selesai dengan bala itu datang lagi penyakit mengenai kanak-kanak. Seandainya kita melihat dari logik akal. maka kenapakah penyakit ini mengenai kanak-kanak yg tidak berdosa? munkin inilah yg dikatakan musibah dan bala daripada Allah swt. Inilah yg perlu kita renung dan fikirkan mengenai tanggunjawab kita sesama masyarakat. Sememangnya menjadi kewajipan dan kemestian untuk menjaga sesuatu yang di sekeliling. seterusnya menghampuskan budaya individualistik. Walau sekalipun kita cukup solat dan mentaati segala amalan fardiah sebaik2nya. Namun di
Seorang ulama telah berkata kepada isterinya. Wahai isteri ku, “hampir sebulan orang tidak datang mengunjungi kita. Aku takut Allah taala menurunkan bala kepada kita.” Maka jawab isterinya, “ini adalah sebab kamu tidak menziairahi orang lain.” Lalu termenung suaminya sambil mengatakan. Ya! Betul kata mereka.
Pengajarannya adalah, budaya nafsi-nasfi itu adalah satu permulaan bala dan himpunan dosa-dosa sebelum datangnya bala Allah swt. sehancur-hancurnya. Kalau dilihat hidup kita berpandukan etika-etika kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah swt, maka dimanakah letaknya kita? adakah kita telah melaksanakan tuntutanNya ke atas kita? Agama, keluarga, masyarakat. dimankah tanggungjawab kita?
Nabi saw. bersabada : sesungguhnya keatas dirimu terhadap tuhanmu ada kewajipan yg perlu diselesaikan, terhadap dirimu ada kewajipan, terhadap keluarga sanak saudaramu ada kewajipan, maka berilah hak kewajipan itu mengikut hak dan kedudukannya. aukamaqal saw.
No comments:
Post a Comment