Tuesday, March 27, 2007



AMALAN

amalan yang baik itu tidak akan mati,
selagimana kita tidak melupuskannya
so jagalah sebaik2nya ia dengan sifat Niat yang baik dihati

selagimana kita ditakdirkan masih bernafas di alam fana ini so semestinya sesuatu yang makin bertambah itulah amalan. soalanya kearah manakah halataju setiap amalan perbuatan kita itu? berbahagialah andainya setiap kelipan mata dan turun naiknya nafas kita, semuanya berdasarkan kesedaran bahawa ini segalanya adalah dari Allah swt.

sedar or menyedari dan hidupkah hati kita? kemana nanti perginya setiap perit jerih amalan yang kita lakukan? adakah kita yakin setiap penat lelah kita itu akhirnya dikira baik oleh Allah swt?

Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan sesuatu perkara tanpa ada sistem dan kaedahnya, walau sekalipun akhir sesuatu sistem itu hanyalah pergantungan kepada Allah swt. akan tetapi pada setiap permulaan setiap langkah yang dilakukan hingga akhir penyelesaiannya adalah telah tersedia peta perlaksaan yang mana berdasarkan petunjuk Ilahi. betulkah begitu? sedarkah kita semua itu? adakah berlalunya hidup kita yang lalu berdasarkan semua itu?

persoalan yang usah dijawab dengan kata-kata lisan yang enak berbicara, usaha dan yakinlah akan setiap Hukum Allah swt. perbaharui, teliti, selidiki, perhati dan amat-amtiilah setiap yang kita rasakan bahawa ini Niat setulus suciku.

penghidupan yang dipenuhi dengan amalan yang baik, asasnya adalah dari niat yang baik.

ALLAH MATLAMATKU
RASUL IDOLAKU
SYAHID DIJALAN CITA-CITAKU YANG TERTINGGI


No comments: