Tuesday, March 13, 2007



SEPATAH KATA 


Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkan diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang yang kehilangan amanah dia rugi harga diri.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

-----------------------------> sampai rumah dah lewat so sempat  baca 5-6 blog ulama je. tak sempat nak buat rumusan daripada kata-kata mereka. cukup je dengan kata-kata falsafah  yang ni je (dari blog kawan). copy n paste jap falsafah kata-kata ni.

buku kuliah dah dapat hari ni( subjek falsafah moden)  so tak payah tunggu apa-apa lagi. baca and study betul-betul. buku sama je dengan tahun lepas, and Dr pun dr tahun lepas juga. trauma juga dengan dr jamal ni. memang patut tak lulus kertas ni, soalan tu sebijik macam tak nak bagi balik lagi ke malaysia. PASTIKAN BETUL2 KENYATAAN AYAT INI( dua baris ) AND LETAKKAN TAJUKNYA( DARI BUKU KULIAH) jumlah MS 340 HELAI. jawapannya ..... tak tahu apa tajuknya.

lebih menarik lagi soalan subjek ALIRAN PEMIKIRAN MODEN  ----> SILA JAWAB SOALAN INI SEKURANG-KURANGNYA DUA HELAI MUKA SURAT. alhamdulillah yang ini dapat lah juga jawab sikit-sikit. usaha kali ni berkebetulan dengan takdir Allah taala. lulus juga. :D

yang pasti besok makin dekat dengan pintu alam kuburku. ya Allah matilah aku kerana mencari redha Mu. ameenn.





No comments: