Monday, March 10, 2008

BESOK GENAP 6 BULAN

besok genap 6 bulan atau setengah tahun saya pulang ke malaysia. saat masa yang berlalu 

jauh berbeza jika dibandingkan masa belajar dahulu. lebih-lebih lagi jika dibandingkan 
hidup antara dua benua. benua asia dan benua afrika. sepahit pengalaman di benua afrika sana
maka semanis itulah kenangan yang dapat dirasakan kini. kata syair : "sepenat mana kamu 
rasakan semasa menuntut ilmu kini, maka setakat itulah kamu akan dapat rasakan nanti."

pertengahan september saya pulang ke malaysia, di akhir september alhamdulillah dunia 
menganggur saya berakhir. pengalaman menganggur yang lama tidak dapat saya rasakan. ujian 
untuk saya adalah sejauh mana sifat syukur yang ada dalam diri.

bermula akhir september hingga kini alhamdulillah saya dapat berkhimat semampu yang boleh 
mendidik anak bangsa yang dahakan ilmu pengetahuan agama. hampir 6 bulan saya ditakdirkan berada 
di bawah sekolah agama bantuan kerajaan di pinggir bandar jeli. berbekalkan semangat yang 
ada, dan pengalaman yang begitu cetek saya memberanikan diri melangkah setiap penjuru yang 
diberikan ruang untuk berkhidmat. 

tugasan yang diamanahkan di sekolah perlahan-lahan dapat diaturkan semampu yang boleh, 
sambil mengintai pengalaman guru-guru yang lama di sekeliling. 

apa yang sedikit mencabar ialah hidup di dunia plihanraya malaysia ke 12 baru-baru ini. 
jadual ceramah daripada dewan ulama telah diaturkan, begitu juga lajnah penerangan. dalam 
masa seminggu nama saya juga dimasukkan untuk membuat pengisian ceramah berkelompok. seawal 
pagi hingga petang di sekolah, malam ke surau atau dewan atau pos pas juga di tempat umum. 
berbekalkan sedikit ilmu yang cetek dan semangat yang turun naik, saya melangkah jua.
tak boleh bayangkan bila diminta untuk memberi ceramah politik. hanya Allah swt yang tahu
setiap kuliah atau ceramah yang saya sampaikan entah sampai maksud atau tidak. pada saat 
itu saya fikirkan, hanya inilah yang saya boleh berikan tenaga. berbanding anak-anak 
kampung yang lain, mereka sanggup tidak melelapkan mata berhari-hari menunggu pos, menampal 
poster, bendera dapat dilihat di merata corok tempat. mereka bekerja penuh semangat demi 
menaikkan islam di bumi malaysia tercinta ini. andai dilihat pada pengajian mereka. rata-
rata hanya di peringkat menengah sahaja. jarang dapat dilihat yang ada segulung ijazah
bekerja sepenat mereka. alasan demi asalan yang diberikan.

fikir-fikirkan nanti wahai sahabat-sahabat bila diberi pilihan untuk bekerja. moga segulung 
ijazah tak jadi seperti sebiji tempurung yang digunakan untuk meminta sedekah merata-rata 
tempat.tugasan terlalu banyak, rezki telah tersedia, bukan hanya pada ijazah dan sijil yang 
dijadikan tempat meletakkan harga nilai dalam perjuangan. ramai juga yang bimbang dan takut
andainya tempurung mereka ditutup rapat.


tahniah buat semua pejuang-pejuang Agama Allah swt ...
kini tiba masa untuk mempertahankan sebuah kemenangan.
ALLAHU AKBAR !!!