Friday, March 30, 2007


Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Telah diriwayatkan daripada saidatina Aisyah bahawa dia telah berkata :" Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur ( sebelum subuh ) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba2 kebetulan lampu pun padm, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya : "Siapakah yg tidak akan melihatmu pd hari qiamat?" Jawab Rasulullah : " Org yg bakhil." Aku bertanya lagi : " Siapakah org yg bakhil?" Jawab baginda : " Org yg ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." Maka sahabat2 semua banyakkan selawat ke atas Rasulullah.. bersempena dengan ketibaan hari kelahiran baginda marilah kita sama2 memperbanyakan berselawat...semoga memperoleh SYAFAAT..Selamat Menyambut Maulidur Rasul



No comments: