Saturday, March 31, 2007

nak mengerti kalimah cinta?
"ia tidak bertutur kata, namun adanya ia memberi makna"


kalimah cinta. satu kalimah yang memang tidak asing bagi seluruh manusia sejagat. sekalipun rata-rata yang menyebutnya tidak memahami dan tidak mengerti mahkluk apakah cinta itu. kalimah ini juga digunakan oleh para Nabi-Nabi as dan Rasul as yang diutuskan jesteru untuk menanam sedalam-dalamnya di dalam hari orang mukmin demi mengangkat darjatnya setinggi-tinggi darjat. daripada bergelar seorang manusia biasa kepada hamba kepada raja tuhan sekelian alam.

melalui cinta hati-hati mukmin dapat digoncangkan, dihidupkan dan terus menjalar rasa cinta kepada Allah swt dan islam itu sendiri. bermaksud di sana akan mengerti cinta sebenar bahawa betapa agungnya para mukmin dapat menikmati erti keabdian melalui cinta kepada Allah swt.

juga kalimah cinta tidak asing dari kalam motivator dan para kaunseling bahawa kalimah ini sememangnya adalah bagai sihir dan mempunnyai bayang-bayang yang halus di jiwa manusia. ia tidak bertutur kata, namun adanya ia memberi makna.

kita dapati di dalam kitab suci Al quranul karim mengenai kalimah cinta disebut sebanyak lebih daripada 80 kali. iaitu termasuk kalimah-kalimah yang memberi erti yang sama seumpama cinta walaupun dalam keadaan yang berbeza.

juga dituturkan kalimah cinta melalui kalam suci baginda Rasulullah saw. pada perbagai tempat yang berlainan. sememangnya sekali-kali tidak mengaibkan sedikitpun kalam baginda saw yang suci dengan kalimah cinta.

perlu diingatkan bahawa bilamana berbica mengenai cinta is tidak bermakna cinta yang biasa dilaung-laungkan di media massa, bisikan lagu yang dinyanyikan yang mana semua itu memberi maksud cinta itu hanyalah rasa cinta antara lelaki dan perempuan. sedangkan pengertian kalimah ini adalah sebaliknya. pengertian yang dilaung-laungkan oleh media perdana yang global ini seolah-olah membuat defenisi bagi kalimah cinta di dunia ini. realiti semua ini tidak lain dan tidak bukan hanya lah semata-mata membawa penipuan dan jauh daripada menunjukkan ketulenan yang sebenar. terpesongnya pengertian ini so manusia kini just memahami bahawa love is making sex.
dot dot dot ....... nak tahu lebih lanjut lagi pasal cinta ni so bacalah buku
al hub kaifa nafhamuhu wakaifa numarisuhu. 200 m/s lebih.
penulis - dr sohaba mohd bunduk.
harga - 9 poung egypt je.
nak dapat ilmu tentang cinta pun kena baca buku juga. jangan dok cuba2 praktikal terus.

ni sambil baca, juga nak tahu apabenda cinta maksud yg sebenarnya? baca je sambil2 hilang mengantuk baca buku kuliah.


DARIPADA ARTIKEL INI ... SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABAT SEKAPAL
US ZOOL NAZHI NAINA MOHAMMAD. MOGA rumah tangga diberkati rahmat Allah swt. hingga ke akhir hayat.



Friday, March 30, 2007


Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Telah diriwayatkan daripada saidatina Aisyah bahawa dia telah berkata :" Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur ( sebelum subuh ) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba2 kebetulan lampu pun padm, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah, alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya : "Siapakah yg tidak akan melihatmu pd hari qiamat?" Jawab Rasulullah : " Org yg bakhil." Aku bertanya lagi : " Siapakah org yg bakhil?" Jawab baginda : " Org yg ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku." Maka sahabat2 semua banyakkan selawat ke atas Rasulullah.. bersempena dengan ketibaan hari kelahiran baginda marilah kita sama2 memperbanyakan berselawat...semoga memperoleh SYAFAAT..Selamat Menyambut Maulidur Rasul



Thursday, March 29, 2007



mencari hikmah dalam hidup

soalnya dgn apa ?



Wednesday, March 28, 2007



TANGKAPAN TELINGA BUAT HARI INI

- Sifat seorang ketua yang terlalu laju dalam tindakkan .. so .. anak-anak buah akan
ketinggalan kebelakang,
- Sifat seorang ketua yang sedikit slowly ..... namun anak-anak buah dapat berjalan
bersama-sama
.... so pilih lah yang mana satu yang kamu mahu pratikkannya.

Dalam hidup kita ni susah tak pe,
Tapi asalkan kita bahagia.

Tawarkan penkhidmatan kita,
But bukan minta jawatan.

Berkata ulama : "biar mati menjadi rehatku"

Kata saidina Umar ra. : "tidak ada rehat bagi orang mukmin, kecuali ketika mana ia menumui tuhannya"



Tuesday, March 27, 2007



AMALAN

amalan yang baik itu tidak akan mati,
selagimana kita tidak melupuskannya
so jagalah sebaik2nya ia dengan sifat Niat yang baik dihati

selagimana kita ditakdirkan masih bernafas di alam fana ini so semestinya sesuatu yang makin bertambah itulah amalan. soalanya kearah manakah halataju setiap amalan perbuatan kita itu? berbahagialah andainya setiap kelipan mata dan turun naiknya nafas kita, semuanya berdasarkan kesedaran bahawa ini segalanya adalah dari Allah swt.

sedar or menyedari dan hidupkah hati kita? kemana nanti perginya setiap perit jerih amalan yang kita lakukan? adakah kita yakin setiap penat lelah kita itu akhirnya dikira baik oleh Allah swt?

Islam tidak pernah mengajar umatnya melakukan sesuatu perkara tanpa ada sistem dan kaedahnya, walau sekalipun akhir sesuatu sistem itu hanyalah pergantungan kepada Allah swt. akan tetapi pada setiap permulaan setiap langkah yang dilakukan hingga akhir penyelesaiannya adalah telah tersedia peta perlaksaan yang mana berdasarkan petunjuk Ilahi. betulkah begitu? sedarkah kita semua itu? adakah berlalunya hidup kita yang lalu berdasarkan semua itu?

persoalan yang usah dijawab dengan kata-kata lisan yang enak berbicara, usaha dan yakinlah akan setiap Hukum Allah swt. perbaharui, teliti, selidiki, perhati dan amat-amtiilah setiap yang kita rasakan bahawa ini Niat setulus suciku.

penghidupan yang dipenuhi dengan amalan yang baik, asasnya adalah dari niat yang baik.

ALLAH MATLAMATKU
RASUL IDOLAKU
SYAHID DIJALAN CITA-CITAKU YANG TERTINGGI


Monday, March 26, 2007


JANGAN MATI SEBELUM MATI

banyak benda yang biasa, dan banyak juga benda yang luar biasa. pilihlah yang mana kamu suka. itu semua hak kita.

Friday, March 23, 2007


3 pg yg biasa berkelip-kelip

lg 2 minit ke pukul 3.30 pg, sambil tunggu air panas menjadi suam, yang sudah pasti tiada bicara utk digambarkan enaknya air ni. walau ia sejernih air cuma. sambil tunggu nasi turun kat perut, so byk pekara yg boleh diisi masa ni. antaranya buat sesuatu catatan pd makhluk ni. taip je lah apa-apa sekalipun. besok 8 tepat pg memang dah wajib kena bertungkus lumus menyiapkan persiapan dewan yg akhir di dewan solah kamil. demi mendapat ISO 2007 dari pihak penganjur :D. program ini akan berlangsung 2 hari seminar and add satu hari lg iaitu majlis penutup bersama [ersebahan di malam harinya. so masa-masa tu mesti kena curi tulang utk rest, atau dengan bahasa yg mudah faham... utk tidur n tidur :D. itu cadangan yg baik utk tak mahu mematikan terus sel-sel otak. sayang sel-sel otak yg ada ni. sememangnya kajian santifik kata, sel otak akan mati seandainya seseorg tidak tidur di malam hari. betul tak? itu yg pernah kita sama-sama baca and dengar. dalam quran pun sebut and menyatakan bahawa malam itu dijadikan utk berehat dan tengah hari itu adalah itu persiaran mencari rezki di atas muka bumi ini.
air dah mula suam, so persiapan terakhir utk tidur. itu pun sendainya mata ni boleh dilelapkan. biasanya amat payah utk menjadi pelelap yg mudah.
tidur awal ot lewat tak penting. YG AMAT PENTING BOLEH BANGUN AWAL UTK TAHJUD AND SUBUH BERJEMAAH.

tidur x penting. bangun awal yg penting. ................
itu pun kalau masih hidup besok hari.
dah 10 minit berlalu.3.43pg.

Justify Full




masa hanya ada sejam lagi nak mula usrah, maaf le kalau nampak semberono terjemahan n ringkasan bila u all baca teks ni. objektif usrah hari ni ... JOM BINA KEMBALI NIAT ! comel and molek kalau ambil penulisan hasil dripd cernaan ilmu tuan guru kita dr yusof qardawi. so pendekkan cerita me pastekan kat sini je lah utk simpanan and tengokkan bersama. buat u all bakal ustaz-ustaz medic akan datang.

Nilaian / kedudukan Niat dalam Islam

Diambil daripada kitab : thaqafah/education daeyah Dr. Yusof Al Qardawi

Niat merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian dan penjelasan yang sejelas munkin. Ini kerana, niat merupakan batu asas, penilai, dan pengukur, seterusnya menjadi penggerak yang utama bagi setiap amalan dalam Islam. Berdasarkan kepada Al Quranul karim dan Hadith as syarif sejauh manakah kedudukan dan nilaian niat dalam Islam?

Secara umumnya kita boleh simpulkan kepada beberapa noktah penting :

  1. Islam meletakkan niat sebagai pengukur dan asas utama bagi setiap amalan.

Dan amalan hati menjadi penentu kepada setiap yang zahir.
Firman Allah swt. Surah Qaf :33

(Yaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat.

Firman Allah swt . Surah As Syua’ra : 89.
( kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih)

Firman Allah swt . Surah As Shoofat : 84.

(lngatlah) ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci[1]) [1]

[1]. Maksud datang kepada Tuhannya ialah mengikhlaskan hatinya kepada Allah dengan sepenuh-penuhnya.

Firman Allah swt surah Al Baqarah : 177 ( Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah)

firman Allah swt surah Al Hal 37.

(Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.)

  1. Niat yang betul (sohih) menjadikan amalan adat kepada ibadat, harus kepada taat, amalan shahwah dikira mendekatkan diri kepada Allah swt.
  1. Kebenaran dan keikhlasan niat akan mendapat kepastian mendapat ganjaran Allah swt.
    1. Diberi ganjaran pahala melakukan amalan penuh, sekalipun tidak melakukan sepenuhnya.

Firman Allah swt surah An nisa’ :100.

(Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang)

    1. Mendapat ganjaran pahala sekalipun tidak melakukannya.

Contohnya :

- Medapat pahala jihad – hadith bhukari.

- Dikiran mati syahid pada jalan Allah swt. – sabda Nabi saw. (sesiapa yang meminta kepada Allah untuk mendapat syahid dengan sebenar-benarnya, Allah akan meletakkannya daripada golongan mereka yang syahid, sekalipun ia mati di atas hamparan tidurnya)-hadith riwayat muslim.

- Termasuk orang yang mengerjakan qiamullai – hadith riawayat bhukari dan ahmad.

- Mendapat ganjaran pahala orang yang mengeluarkan infaq fi sabilillah – hadith riwayat ahmad dan tarmizi sahih.

    1. Menerima pembalasan terhadap niat yang jahat dan maksiat.

( hadith Nabi saw. mengenai dua orang yang mati kerana saling membunuh, maka kedua-duanya ke neraka. Oleh kerana di antara mereka berdua ( pembunuh dan yang dibunuh) mempunyai niat yang sama.(niat ingin membunuh).

  1. Mendapat keberkatan hasil daripada niat yang baik (solehah).

- mendapat kurnian daripada Allah swt . Surah Al Anfal 70. (Hai Nabi, katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di tanganmu: "Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, niscaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu." Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).

-mendapat kejayaan dalam pekerjaannya . surah An Nisa 35.

( ….. Jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, niscaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal).

  1. Amalan yang tidak dikira niat ibadat terhadap dua perkara.
    1. Perbuatan maksiat dan amalan yang haram dengan niat melakukan kebaikan dan amal. Penilaian agama islam adalah berdasarkan matlamat dan cara pelaksaannya sekali. Allah swt tidak menerima amalan yang bermatlamatkan kepada kebenaran akan tetapi menggunakan jalan yang salah.

Sabda Nabi saw. (sesungguhnya Allah swt itu baik maka Ia tidak akan menerima sesuatu yang buruk) - hadith riwayat Muslim.

    1. Amalan I’badat dan perbuatan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. yang tidak disyariatkan oleh Allah swt. sememang tidak ada sesiapa yang boleh mereka cipta atau menokok tambah sesuatu amalan ibadat dan cara mendekatkan diri kepada Allah swt. sekalipun ia mengharapkan balasan daripada Allah swt. perkara ini adalah permulaan kepada membawa kepada bidaah dalam agama. Sabda Nabi saw. ( barang siapa yang mereka cipta pada perkara kami ini (agama islam) maka ianya ditolak).

Khas untuk usrah buat : ( Dr mohammad ,Dr wafi, Dr hanifah, Dr ezairy, Dr ezaini,Dr ayep, Dr arif,Dr sob)

Thursday : March 22, 2007 : selepas solat asar.

……samy foto hayyu sabie






Wednesday, March 21, 2007

AHLAN WASAHLAN KE SPEKTRUM 2007
TERBUKA UNTUK SEMUA WARGA MALAYSIA







Tentatif Program SPEKTRUM ‘07

HARI PERTAMA

Hari : Sabtu
Tarikh : 24 Mac 2007
Tempat : Dewan Soleh Abdullah Kamil
kampus induk universiti al azhar,
madinah nasr.

8.00 am - 8.30 am : Pendaftaran

8.30 am - 9.15 am : Perasmian Pembukaan SPEKTRUM ‘07

9.15 am - 10.30 am : Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan I

10.30 am - 10.40 am : Rehat

10.40 am - 12.00 pm : Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan II

12.00 pm - 12.30 pm : Rehat, Makan, dan Solat

12.30 pm - 3.30 pm : Forum al-Munzirin

3.30 pm : Bersurai

HARI KEDUA

Hari : Ahad
Tarikh : 25 Mac 2007
Tempat : Dewan Soleh Abdullah Kamil

8.00 am - 8.30 am : Semakan Pendaftaran

8.30 am - 10.30 am : Wacana Pemikiran YAB. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat I

10.30 am - 10.40 am : Rehat

10.40 am - 12.00 am : Wacana Pemikiran YAB. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat II

12.00 pm - 1.00 pm : Rehat, Makan, dan Solat

1.00 pm - 3.30 pm : Dialog

3.30 pm - 3.45 pm : Rehat dan Solat

3.45 pm - 6.30 pm : Ceramah Umum

( Peranan dan Persiapan Pendakwah @ Pemimpin )

6.30 pm : Bersurai

HARI KETIGA (PAGI)

Hari : Isnin
Tarikh : 26 Mac 2007
Tempat : Nadi Syabab, Hayyu Sadis ( Ikhwah )
: Nadi Tanmiyah Thaqafiah ( Akhawat )

7.00 am - 7.30 am : Pendaftaran

7.30 am - 11.45 am : Sukaneka I

11.45 am - 12.30 pm : Rehat dan Solat

12.30 pm - 3.30 pm : Sukaneka II

3.30 pm : Bersurai

HARI KETIGA (MALAM)

Hari : Selasa
Tarikh : 26 Mac 2007
Tempat : nadi riadi hayyu sadis ( komplek sukan syeksen 7 )

5.00 pm - 6.30 pm : Persiapan Malam Kemuncak

6.45 pm - 11.10 pm : Malam Kemuncak SPEKTRUM ‘07 (MEMENTO SPEKTRUM’07)

: Persembahan

- nasyid

- dikir timuran islam

- persembahan pentomen

- pertunjukkan seni silat


: Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

: Perasmian Penutup SPEKTRUM ‘07



AHLI ROMBONGAN KE MESIR

1. Zulkipli b. Mat Yusof – 650827 03 5725

- Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan.
- Pengerusi Lajnah Tarbiah DPPNK
- Ketua DPP Kawasan Ketereh.
- Penolong Kanan Maahad Pengajian Islam.
- Bekas Presiden PMRAM 1995.

2. Mohd Ridza bin Hj. Zain – 671221 03 5053

- Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan.
- Ketua DPP Kawasan Pasir Mas
- Penolong Pengarah Sukan di Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan.

3. Baharudin bin Mohd Nor – 680410 03 5081

- AJK Dewan Pemuda Pas negeri Kelantan.
- Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiah DPPNK
- Ketua DPP Kawasan Kota Bharu.
- Pengetua SMU(A) Taqadum Maarif, Pasir Tumbuh.
- Bekas Pemangku Presiden PMRAM 1995.

4. Abdullah Abdul Razak -

- Setiausaha Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan.
- Bekas ADUN
- Bekas Presiden PMRAM 1975

5. Siti Zailah bt. Mohd Yusoff - 631012 03 5368

- Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan.
- Timbalan Pengarah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan
- Bekas Senator Dewan Rakyat.

6. Yb Hjh. Wan Ubaidah bt. Wan Omar 019 9863933

- Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan
- Senator Dewan Rakyat

7. Yb Mumtaz bt. Nawi

- Senator Dewan Rakyat

8. Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak - 480101 03 5276

- Isteri Menteri Besar Kelantan.
- Pengerusi PURNAMA

9. Wan Azizah Wan Mahmood - 590205 03 5024

- Pengiring

10. Nazman bin Yusof - 750712 03 5276

- Pengiring

11. Anak dan menantu Tok Guru 3 orang

14. Isteri YB Ustaz Ismail Noh

15. Hjh Zainab bt. Hj Mohd Nor

- Isteri Us Abdullah Ab.Razak.

16. Suami Ust Siti Zailah

17. Suami YB Mumtaz

18. Datin isteri TMB

19. Anak lelaki TMB

20. Anuar Bakri

- Setiausaha Sulit MB

21. Ustaz Muhammad Mustafa

- Penceramah Bebas




Tahaluf Dalam Islam

MUQADDIMAH

Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan. Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. denganAus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam.

Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian Hudaibiyah”.

Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan. Akan tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.

Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya:
Daripada Talhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku menyahutnya.” (Riwayat Ibnu Ishaq) Oleh itu, tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang mendalam perlu dibuatdan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah deng prinsip Islam yang mesti ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf

Tahaluf diizinkan oleh syariat berdasarkan kepada syarat-syaratnya.Untuk memahami syarat-syaratnya, hendaklah dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ditolaknya.

Syarat-syarat Tahaluf
1.Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip

Dalil-dalilnya ialah:
a) Hubungan Rasulullah s.a.w. dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib,
khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah
s.a.w. sehingga sanggup berkorban apa sahaja.
Tetapi pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah s.a.w. bertolak-ansur
dalam perkara prinsip, lalu dengan tegasnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya atau aku mati kerananya.”
Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w.

b) Hubungan Abu Bakar al-Siddiq r.a. dengan Ibn Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Hal ini terjadi apabila Ibn Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya jangan beliau membaca al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Contoh maslahat yang diizinkan: a.Ke arah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya.Dalam situasi kegagalan idealogi-idealogi asing dan kebuntuannya menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang- orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam idealogi bukan Islam dan kumpulan orang bukan Islam yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah diadakan hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan kita dalam pilihanraya, dalan persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam,
mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam (tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka).
Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah s.a.w. di Madinah dengan orang-orang Yahudi.

b.Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral
Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibatnya kepada semuagolongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini. Contohnya, bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul serta mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah s.a.w. walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam. Dan sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya dari kaum Muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar.Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai orang Muhajrin! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai orang Ansar! Setelah mendengar suasana begitu Rasulullah s.a.w keluar dan bersabda: Ada apakah panggilan seperti Jahiliyah ini? Mereka menjawab: Tidak ada apa-apa wahai Rasulullah. Hanya ada dua anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak perlu menyembunyikan
persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah beliau membelanya."
(Riwayat Muslim)

2.Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
Dalilnya:
a) Rasulullah s.a.w. telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sma menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan denga Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja.
b) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu
berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

3.Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka
Di antaranya ialah mengakui kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. Firman Allah s.w.t., maksudnya:
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat denganmeninggalkan orang-orang yang beriman.Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripad sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali ‘Imran: 28)
Berwala maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha di samping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya. Muwada’a Di sana terdapat satu persefahaman secara sementera waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan ada juga ulama’ meletakkannya dalam perkara
hadanah (gencatan senjata). Disebut dalam “Syarah Muhazzab” (karangan Imam Nawawi), di antara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para ulama’ bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya. Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah (di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan.

Isti’anah (Meminta Bantuan atau Pertolongan)
Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji untuk menolong mereka.

1.Mereka menolong kita
Menurut Syeikh Sayid Sabiq dalam “Fiqh al-Sunnah”, adalah harus bagi kita untuk menerima
pertolongan daripada golongan munafik dan fasik kerana Rasulullah s.a.w. pernah membenarkan Abdullah bin Ubai (seorang minafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang Parsi. Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat kekhilafan di kalangan fuqaha’:
a)Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharusnya secara mutlak b)Imam Abu Hanifah
mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan c)Imam Syafi’I
mengharuskannya dengan syarat: a.Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan lemah b.Apabila didapati orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.

2.Kita menolong mereka Menurut al-Sarkhasi di dalam kitabnya “al-Mabsut”, dan al-Syaibani di dalam kitabnya “al-Siyar al- Kabir”, Rasulullah s.a.w. menghantar tamar ‘Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Makkah dilanda kemarau. Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah di dalam kitabnya, “Zad al-Ma’ad”, apabila Sumamah bin al-Sal r.a., pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpinpemimpin Makkah merayu kepada Rasulllah s.a.w. menasihatkan Sumamah agar menghentikan sekatannya.

KESIMPULAN

Tahaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:

1.Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:
a)Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam b)Mengiktiraf negara Islam c)Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

2.Tahaluf tanpa membentuk negara:
a)Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar b)Masalah bersama untuk menentang
kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan sebagainya c)Berlindung sementaraketika lemah
d)Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyah

Perhatian
Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut:
1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh Harakah Islamiyah. Oleh itu, jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akanmengikat.
2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah yang tidak berperanan. Kemudian itu, dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.
3. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengn idealogi-ideologi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yangkuat yang dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan idelogi-ideologi moden. Kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif.
4. Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah membuat ikatanikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.
5. Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita, tetapi perlu juga menurut selera mereka.
6. Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bergantung kepada Allah s.w.t dan kebijaksanaan kurniaanNya.

PENUTUP

Nas-nas dikaji menunjukkan tahaluf boleh dilakukan secara melibatkan gerakan menguasai negara secara menyeluruh dan secara khusus menghadapi isu-isu atau situasi-situasi yang khusus dengan memenuhisyarat-syarat yang tersebut di atas.







Kita Masih Hidup, Jangan Mati Sebelum Mati




Tuesday, March 20, 2007



SMS dari KAMPONG



mat, mie dah smpai surat utk lapur diri 1-4hb ni dputrajaya.mek abah semua nak g send dia katanya.doalah byk2 moga semua selamat ...

tahiah utk mie dapat kerja kat sana. keja baik-baik. pandai-pandai le nak jd gaya seorg pegawai.
lepas ni tolong cari keja kat abg ni.

adiknya dah dapat kerja but abgnya masih study lagi. :D sabor je lah ...
kejayaan u all semua kejayaan kite org juga ...

apapun tahniah buat mie. moga tugas di depan hari yg pasti mencabar dapat dilunaskan dengan baik. niat kerja kerana Allah swt.







Sunday, March 18, 2007



Hidup ini. Apakah tuntutannya terhadap kita?

Alhamdulillah marilah sama-sama kita mungucapkan rasa bersyukur kehahrat Allah swt, kerana dengan rahmatNya kita dapat berjumpa di sini, berjumpa di dalam majlis ilmu walaupun hubungan atau interaksi kita berdua di antara lembaran teks ini dengan pembacanya. Moga lembaran teks ini dikira oleh Allah swt. sebagai medan untuk mencari dan berkongsi ilmu. Kita sedia maklum bahawa sabda Rasulullah saw : adalah tidak patut bagi orang yang tidak mengetahui membiarkan dirinya dengan tidak belajar, dan adalah tidak patut bagi yang alim mendiamkan dirinya tanpa mengajar. kedua-dua golongan ini adalah tidak patut belaka. Ini menjelaskan kepada kita bahawa perkara yang sewajarnya adalah mereka yg serba sedikit mengetahui tugasnya mengajar dan yang serba sedikit tidak mengetahui berusaha belajar.

Dalam kegawatan masyarakat yg berlaku kini mengingatkan kita kepada suatu amaran dan janji yg allah khabarkan kepada kita dalam Al Quran sejak seribu empat ratus tahun dahulu supaya manusia sejak Nabi Muahammad saw. beri perhatian serius kepada amaran ini dan ummat-ummat kemudiannya juga turut memberi perhatian. Sememangnya Allah swttidak zalim kepada hambanya dengan ditimpakan sesuatu dan musibah bala bencana sebelum didatangkanNya syarat musabbabnya terlebih dahulu, supaya manusia itu bersedia dan menyedari apakah yg mereka lakukan dan perlu perbetulkan.

Apakah amaran dan janji Allah swt? firman Allah swt : Al An'aam 6. Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.

Sejarah lampau menunjukkan kepada kita bahawa musnahnya kaum terdahulu bukanlah Allah musnahkan ketikamana mereka susah dan sengsara akan tetapi mereka musnah ketikamana hidup mereka menuju maju jaya, pembangunan terus meningkat tetapi hati mereka terus jauh dan jauh dengan Allah swt. Ekonomi terus naik namun iman terus jatuh. Pembangunan terus naik namun hidup makin lalai daripada Allah swt.

Kita patut kembali melihat kepada suasana hidup kita yg tersendiri ini. kita suatu ketika dahulu hanyalah berbekalkanhanya sedikit bekalan demi untuk meneruskan hidup namun kini kita telah dimewahkan dengan pelbagai nikmat dan suasana. Sedarkah kita dimana dan bagaimana keadaan kita kini? adakah sedang menuju jaya mecari Allah ataupun sedang melengkapi diri dengan syarat-syarat untuk Allah turunkan bala bencana? nau'zubillah min zalik

Firman Allah swt. surah Al Israa' 16.
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Perkara yang perlu diingat juga dalam ayat ini, bukan salah kemewahan dan juga bukanlah rezki yang banyak melimpah ruah menyebabkan mereka dimusnahkan. Akan tetapi perkara yg perlu dilihat dalam ayat ini mengenai kelakuan manusia bilamana datangnya nikmat dan rezki yg banyak daripada Allah lalu mereka membalasnya dengan kefasikkan dan kedurhakaan. Makin bertambah kemewahan maka makin jauh mereka dengan rumah Allah swt. Makin bertambah rezki terus menyebabkan mereka bertambah jauh dan lupa pergantungannya dengan Allah swt. Maka ketika ini Allah menyatakan "sampailah janji kami dan benarlah amaran kami. iaitu kamiakan musnahkan negara itu sehancur-hancurnya".

Satu hadith qudsi menyebut : Hai manusia!(semuanya) Hendaklah kamu cariku, carilah keredhaanku dan tolong hampirkan kepadaku dan dekat kepadaku sejauh mana kamu rasa kamu berhajat kepada Allah. Daripada firman Allah swt ini, Allah swt. tidak memanggil manusia dengan pangkat dan darjat. Dan juga sengaja Allah swt. datangkan satu ayat yg cukup indah. iaitu sesiapa yang merasakan berhajat kepada Allah swt. Maka cari dan usahakanlah dan seandainya tidak perlu maka tak usahlah. Hakikat yg sebenar adalah Allah swt. tidak berhajat kepada kita. Maka sesiapa yg rasa kita perlu dan berhajat kepanya maka tuntutlah. Perkara yg jelas bahawa disana ada satu jalan yg luas terbentang utk kita mencari dan merapatkan diri kita dengan Allah swt.

Satu kisah khalifah Harun Ar-Rasyid moga-moga dapat dijadikannya satu pengajaran. Pasa suatu malam dia memanggil seorang pembantunya. Ketika dia merasa kesepian dan kekosongan jiwa. Katanya,"tolong bawa aku kepada seorang ulama Fudail bin Iyad agar dia menasihati jiwa aku yang kosong ini. Lalu dia keluar daripada istana pada malam itu khusus utk mencari seorang ulama dan demi mencari sesuatu utk mengisi jiwa dirinya yg kosong. Dalam suasana malam datangnya gerombolan lampu-lampu dan pelita maka dari jauh. Fudaihl telah tahu bahawa itu adalah khalifah Harun. Bilamana khalifah hampir sampai, maka Fudhail menutup lampu rumahnya dan membuka pintu dan berdiam diri di dalam gelap. Lalu Harun Ar Rasyid masuk ke rumahnya sambil meraba-raba mencari tuan rumah. Tiba-tiba tangan Harun Ar-Rasyid tergegang tangan Fudhail. Fudhail memegang tangan Ar-Rasyid dan terus sepontang menjawab.alangkah baiknya tangan yg lembut ini tidak dibakar oleh api neraka. Alangkah tangan yg selembut ini tidak diazab di hari akhirat. Lalu menangis Harun Ar Rasyid dengan tangisan yg sungguh-sungguh dengan sepatah kata daripada orang alim. Lalu bilamana Ar Rasyid reda daripada tangisan itu ar rasyid berkata,"wahai fudhail, engkau nasihatkanlah aku sesuatu. Berkata fudhail,"wahai harun, sewaktu Umar Abdul Aziz ditawarkan jawatan sebagai khalifah dia menangis lalu dia pergi berjumpa dengan 3 org ulama pada zaman beliau. Dia berkata, “wahai sahabatku, sesungguhnya aku dibebani oleh Allah swt. dengan bebanan azab dan bala yang berat. lalu dia meminta daripada ulama itu utk membantunya. Akan tetapi sayangnya kamu wahai Harun, bilamana kamu ditawarkan dengan jawatan khalifah maka kamu ketawa dan kamu gembira.

Seumpama kita kini bilamana kita memenangi sesuatu perkara maka kita mengadakan majlis perayaan dan kenduri. Sedangkan kita belum tahu apakah kita mampu untuk menerima tanggujwab itu.

Kita melihat suasana kini. bilamana datangnya penyakit aids, maka belum selesai dengan bala itu datang lagi penyakit mengenai kanak-kanak. Seandainya kita melihat dari logik akal. maka kenapakah penyakit ini mengenai kanak-kanak yg tidak berdosa? munkin inilah yg dikatakan musibah dan bala daripada Allah swt. Inilah yg perlu kita renung dan fikirkan mengenai tanggunjawab kita sesama masyarakat. Sememangnya menjadi kewajipan dan kemestian untuk menjaga sesuatu yang di sekeliling. seterusnya menghampuskan budaya individualistik. Walau sekalipun kita cukup solat dan mentaati segala amalan fardiah sebaik2nya. Namun di sana kita masih ada hak terhadap sahabat dan orang-orang di sekeliling kita.

Seorang ulama telah berkata kepada isterinya. Wahai isteri ku, “hampir sebulan orang tidak datang mengunjungi kita. Aku takut Allah taala menurunkan bala kepada kita.” Maka jawab isterinya, “ini adalah sebab kamu tidak menziairahi orang lain.” Lalu termenung suaminya sambil mengatakan. Ya! Betul kata mereka.

Pengajarannya adalah, budaya nafsi-nasfi itu adalah satu permulaan bala dan himpunan dosa-dosa sebelum datangnya bala Allah swt. sehancur-hancurnya. Kalau dilihat hidup kita berpandukan etika-etika kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah swt, maka dimanakah letaknya kita? adakah kita telah melaksanakan tuntutanNya ke atas kita? Agama, keluarga, masyarakat. dimankah tanggungjawab kita?

Nabi saw. bersabada : sesungguhnya keatas dirimu terhadap tuhanmu ada kewajipan yg perlu diselesaikan, terhadap dirimu ada kewajipan, terhadap keluarga sanak saudaramu ada kewajipan, maka berilah hak kewajipan itu mengikut hak dan kedudukannya. aukamaqal saw.

Saturday, March 17, 2007





زر غبا تزدد حبا

zur qhibban tazdad hubban

"lawatilah seseorang kadang2 (melihat keadaan) pasti makin bertambah rasa rindu/kasih sayang"

ni kalimah kata-kata yg ashraf tanya. cuma ana x pasti sangat, ni hadith or kata-kata ulama. seingat ana masa tingkatan 6 ana baca kalimah ni. so lupalah pulak hadith or tak. nanti cek balik. ana baca kat buku mana pun entah la. dah tak ingat. apapun kata-kata ni dari psikologinya betul and baik juga. sama-sama cek kitab balik.










Teks terjemahan ni khas buat ashraf, muaz, izzat and the gengnya.

Boleh tak makan n minum rumah kawan tanpa minta izin daripadanya?
maaf lah x sempat nak taip semua terjemahan kitab kecil ABDULLAH NASIH U'LWAN ni.


tajuk kitab : UKHUWWAH / PERSAUDARAAN ISLAM


Apakah ia ukhuwwah fillah?

Ukhuwwah kerana Allah ialah pemberian suci, cahaya tuhan dan nikmat Allah swt. Allah swt
mencampakkan ke dalam hati-hati orang yang ikhlas daripada kalangan hamba-hambanya, orang yang suci daripada wali-waliNya, orang-orang yang bertaqwa daripada makhlukNya.

Firman Allah swt surah al anfal 63. dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[1]
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.

[1]. Penduduk Madinah yang terdiri dari suku Aus dan Khazraj selalu bermusuhan sebelum Nabi Muhammad s.a.w hijrah ke Medinah dan mereka masuk Islam, permusuhan itu hilang.

Firman Allah swt : ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketikamana kamu bermusuh-musuhan
maka Dia mencampakkan rasa cinta antara hati-hati kamu, maka dengan nikmatNya kamu jadi
bersaudara.

HAK-HAK UKHUWWAH FILLAH

Hak-hak ukhuwwah pada pandangan islam terbahagi pada dua :

1. hak am / umum
2. hak khas / khusus

1. hak am

antaranya :
- mengucap salam
- menjawab salam
- melawat ketika sakit
- mengikuti jenazah
- menjawab panggilan ( undangan ke tempat perayaan seperti jemputan kahwin )
- menjawab orang bersin
- melaksanakan sumpah ( seperti bersumpah ke atasnya dgn nama Allah buat perkara tertentu)
- menolong yang dizalimi
- prihatin dgn nasihat yang diberi
- melepaskan kesukaran
- memudahkan org kesempitan
- mentutup keaiban
- menjauhi bencana seperti hasad perbalahan, kezaliman dan penghinaan. dan lain2 lagi
daripada hak-hak ukhuwwan yg lazim dan dasar masyarakat yg wajib.

2. hak khas

Hak yg khusus ini lebih mulia dan lebih besar dan lebih penting dan lebih agung kerana ianya
berdiri di atas dSr untuk menyucikan kumpulan yg terpilih daripada saudara-saudara iman
dan jenerasi islam. kumpulan ini memilih muslim untuk dirinya, disucikan dengan pribadinya,
untuk menjadikan saudaranya dalam kehidupan penolong semasa kesukaran, bantuan ketika musibah, markaz bagi rahsa, tempat rujukan bagi syura sebagai kata sepakat, cermin bagi nasihat, ubat jiwa ketika kematian dan turut serta ketika keriangan.

Dengan itu paling penting wajib bagi seorang muslim mengetahu isinya (hak yg khusus)

antaranya

- harus / boleh makan di rumah kawan tanpa pengetahuan dan tanpa izinya. kerana ada firman
Allah swt dalam surah an nur : 61 : Tidak ada halangan bagi orang buta, tidak (pula) bagi
orang pincang, tidak (pula) bagi orang sakit, dan tidak (pula) bagi dirimu sendiri, makan
(bersama-sama mereka) dirumah kamu sendiri atau dirumah bapak-bapakmu, dirumah ibu-ibumu,
dirumah saudara- saudaramu yang laki-laki, di rumah saudaramu yang perempuan, dirumah
saudara bapakmu yang laki-laki, dirumah saudara bapakmu yang perempuan, dirumah saudara
ibumu yang laki-laki, dirumah saudara ibumu yang perempuan, dirumah yang kamu miliki
kuncinya atau dirumah kawan-kawanmu. Tidak ada halangan bagi kamu makan bersama-sama
mereka atau sendirian. Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah- rumah (ini)
hendaklah kamu memberi salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu
sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah
Allah menjelaskan ayat-ayatnya(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya.

rumusan daripada ulama-ulama dan antaranya imam QURTUBI : makan di rumah kawan di bolehkan
tanpa izinnya.

- kisah muhammad bin umar daripada ma'mar katanya "aku masuk rumah qatadah dan ternampak buah tamar
lalu aku makan, dia berkata. ada apa dgn kamu? aku jawab "aku lihat tamar di rumah mu dan aku makan.
dia berkata: bagus kamu . dia menyebut bahawa ada firman Allah swt 'atau kawanmu'.
barkata ma'mar lg: bolehkah aku minum minuman perahan anggur ini? dia menjawab : kau adalah
kawanku kenapa perlu minta izin?

Nabi saw. masuk ke kebun abu talhah yg bernama 'bairaha' dan minum air di dalam kebun yg baik suci
tanpa izinnya.

ini antara dalil-dalil yg digunakan oleh para ulama berkenaan hak-hak seorang sahahat terhadap sahabatnya.

takat tu dulu ... ana dah mengantuk ni.
bila-bila mai rumah ana x payah mintak le nak pakai ubat gg, or minum air ke apa ke? cuma nak mai cni bgthu dulu, kalau tak boleh ketuk pintu je lah u all.








Friday, March 16, 2007




my ta'liq cerita us saiful islam

Tepat jam 4pg. masih sempat ta'liq tulisan us hasrizal? aduhaiii.

assalamu3alaikum wbt ...

Pengajaran cerita ustaz ... apa yg jelas, kita boleh lihat hikmah Allah swt menciptakan manusia yg pelbagai jenis bangsa, keturunan, lebih-lebih lg ragam perangai n akhlak. erm.. melayu dgn ragam melayu yg aslinya. omputeh dgn caranya. apapun satu perkara yg boleh menyamakan kita semua di atas satu landasan. itulah dia AD DINUL ISLAM. pdnya ada satu cara hidup yg akan mengangkat martabat sesiapa sahaja yg mengamalkannya. itulah dia dgn TAQWA. :D .. moga hidup ustaz sekeluarga di payungi rahmat n hidayah Allah swt . n doakan kami jua. ..tq










KALAM KHATIB

Lena pagi ni menggagalkan langkah laki utk berpagi-pagi menerima anugerah ganjaran or balasan unta, itu perumpaan Allah swt bg hambanya yg datang seawal munkin ke rumahNYa. hari ni telur pun x dapat. huhu ~

Walau apapun syukur pg ni Allah swt. mengurniakan nikmat lena utk berehat yg bernama tidur dgn senyenyaknya. mlm x lena utk tidur so terasa nikmat itu setelah hampir genap dua hari tak mengecapi lena tidur. siang n malam.

Lena itu berlalu beberapa jam umpama pergi seminit jua cuma. akibat rasa kepenatan tidak lena tidur or berehat so terasa sedikit slow bilamana kerjakan sesuatu perkara. tak de kualiti langsung. bentang terjemahan n rumusan buku thaqafah daeyah & sirah durus wa ibar utk usrah adik2 medic pun kita sendiri rasa semacam. kesian diorg. sorry le. suara pun tak de masa tu. otak munkin penat masa tu, idea pun x de n x best langsung. kata pepatah arab " al aqlu iza kalla so malla" maksudnya : otak kita ni, bilamana dia letih maka dia akan jadi tumpul. begitulah lebih kurang maknanya. time kasih adik2 medic atas sambutan u all. ( ayep yg best masak, mohd yg p ambik dgn motor, wafi yg sangt2 bg tumpuan, arif, kembar ezairi n ezainy, hanifah yg senantiasa ceria).

Rosak kehadiran jumaat hari ni... nasib baik diri ini bukan syarat utk mengSAHkan solat jumaat. ( syarat sah BILANGAN ialah bg org bermautautin )

Kalam khatib di khutbah kedua > kalamnya hari ini tidaklah panjang sangat seperti biasa iaitu hampir 45 minit semuanya kalau kebiasaannya sejam genap.

Pesan khatib "hari ini walaupun khutbahku sekejap cuma, akan tetapi ingin aku jelaskan bahawa kelemahan ummah islam hari ini adalah kerana mereka telah menjadikan kebanyakkan amalan ibadat kepada adat bangsa semata-mata. contoh : hadirnya kita hari ini ke rumah Allah swt. hanya semata-mata hadir hari mingguan. hadirnya bukan kerana umpama ingin menunai ibadat kepada Allah swt, dan semuanya itu dianggap bagaikan adat. maka terjadikan solat kita semua hanya takbir, ruku' dan salam. tanpa ada di sana sifat yg sebenar bg seorg muslim yg solat.

Sepatutnya ketika kita solat semestinya dgn khusyuk, takut, faham, malu, rasa rendah diri dan hina, penuh harap kpd Allah swt., dan pelbagai sifat lg yg perlu ada kpd seorg yg solat. seandainya terbinanya semua begitu, sudah tentu ummat islam dapat mengecapi hidup ini dengan memahami apakan falsafah solat and hadaf kehidupan ini. kemajuan dan kehebatan , semuanya itu secara outomatik akan menyusul bilamana ummat islam melengkapi diri mereka akan semua sifat seorg muslim yg sejati".

Itulah antara rumusan penting ang pengajaran dari khutbah jumaat hari ini.

Memang betul katanya. kadang-kadang kita merasakan bahawa hadirnya diri kita setiap minggu solat jumaat ke masjid umpama bagaikan paksaan. kehadiran bukan kerana fahaman yg mendalam dan rasa cinta kepada Allah swt. umpama sepasang kekasih. bilamana sekejap cuma berpisah, dirasakannya umpama bertahun. bila bersua maka tidak jemu. rasa hati memenuhi dada. betul ke rasa mcm tu? hehe :D x pernah ada kekasih pun. agak-agaknya mcm tulah kot .
so hadirkah kita seandainya tidak diwajibkan? entah lah. jagan tanya aiman, tanyalah iman. tanya aiman so semua perkara dia tak kisah. aiman tak kisahhh.

alangkah hebatnya dan bagaimana agaknya seorang sang manusia yg ada rasa secebis cinta pada tuhannya?






kalam khatib

Tuesday, March 13, 2007



SEPATAH KATA 


Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkan diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang yang kehilangan amanah dia rugi harga diri.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

-----------------------------> sampai rumah dah lewat so sempat  baca 5-6 blog ulama je. tak sempat nak buat rumusan daripada kata-kata mereka. cukup je dengan kata-kata falsafah  yang ni je (dari blog kawan). copy n paste jap falsafah kata-kata ni.

buku kuliah dah dapat hari ni( subjek falsafah moden)  so tak payah tunggu apa-apa lagi. baca and study betul-betul. buku sama je dengan tahun lepas, and Dr pun dr tahun lepas juga. trauma juga dengan dr jamal ni. memang patut tak lulus kertas ni, soalan tu sebijik macam tak nak bagi balik lagi ke malaysia. PASTIKAN BETUL2 KENYATAAN AYAT INI( dua baris ) AND LETAKKAN TAJUKNYA( DARI BUKU KULIAH) jumlah MS 340 HELAI. jawapannya ..... tak tahu apa tajuknya.

lebih menarik lagi soalan subjek ALIRAN PEMIKIRAN MODEN  ----> SILA JAWAB SOALAN INI SEKURANG-KURANGNYA DUA HELAI MUKA SURAT. alhamdulillah yang ini dapat lah juga jawab sikit-sikit. usaha kali ni berkebetulan dengan takdir Allah taala. lulus juga. :D

yang pasti besok makin dekat dengan pintu alam kuburku. ya Allah matilah aku kerana mencari redha Mu. ameenn.





Wednesday, March 07, 2007




Thaqafah/education/pengetahuan seorang pendakwah

Alhamdulillah sykur kehadrat Ilahi dan selaut pujian kita utarakan padaNya pemilik semesta alam. Selawat dan salam atas junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. serta seluruh keluarga dan juga sahabat-sahabat, pengikut-pengikut baginda saw. hingga ke akhir hayat dunia ini.

Sememangnya perjalanan dakwah di jalan Allah swt merupakan agenda yg terpenting bagi seluruh rasul-rasul as dan para ambia, begitu juga kepada khalifah-khalifah dan pewaris-pewaris mereka yg terdiri daripada ulama-ulama al a’milin, rabbaniyyin, as sodiqin.

Tiada amalan yang terlebih penting dah mulia selepas keimanan kepada Allah swt. melainkan mengajak manusia kepada hidayah Allah swt. Melaluinya manusia akan menemui kejayaan di dalam hidup, mencintai kepada kebaikkan, menjauhkan daripada kebatilan dan keburukkan seterusnya mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya.
Surah: fussilat ayat : 33
Dakwah > Menyeru manusia kepada Allah swt. bermakna mengajak kepada (ad din) agamaNya, mengikut petunjukNya, menghukum di muka bumi ini berdasarkan metod daripadaNya, juga segala ibadat hanya ditujukan kepadaNya. Segala pertolongan, taat, melepaskan diri daripada segala perkara yang melampau serta mengajak manusia kepada maa’ruf dan menjauhi daripada munkar dan jihad di jalanNya.

Dengan kata yang ringkas, dakwah adalah menyeru manusia kepada islam yang sebenar lagi sempurna, tanpa ada tokok tambah.

Untuk melayakkan diri sebagai seorang pembawa risalah Allah swt. di muka bumiNya ini tidak dapat lari daripada memenuhi kelengkapan (senjata) yang sewajibnya ini :

Persiapan senjata yang utama :

i. Keimanan kepada Allah swt.
ii. Keperibadian dan akhlak yang mulia. Firman Allah swt : al qalam : 4, al imran :159
iii. Bekalan ilmu pengetahuan yang mantap.

Risalah ini (fahamanku dari kitab thaqafah daieah Dr Yusof Qardawi) membicarakan secara khusus mengenai kelengkapan dari sudut ilmu pengetahuan (aducation), pemikiran dan pengetahuan yang dituntut sebagai seorang pendakwah.

Bagaimanakah langkah untuk mempersiapkan dirinya sendiri?.
Atau dengan ibarat yang lain, bagaimana untuk mempersiapkan diri sebagai seorang pendakwah yang mempunya daya intelektual yang tinggi pengetahuannya.
Seterusnya menjadikan dirinya sebagai pendakwah yang mampu mendepai massa dan arus peradaban dunia sekarang ini.

Tidak dapat tidak perlu menggarapkan diri dengan himpunan ilmu-ilmu ini :

1. Ilmu pengetahuan islam.(sumber-sumber utama).



-Al quran & tafsir
-Hadith
-Feqah
-Ilmu usul fiqh
-Ilmu akhidah
-Tasauf
-Sistem dalam islam



 @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

-Al quran & tafsir


• Keistimewaan al quran :

i. Kalamullah
ii. Mudah difahami
iii. Mukjizat ( cara penjelasan ayat, fokus ayat, berbentuk ilmiah / kajian)
iv. Bersifat kekal ( tidak dapat dipesongkan selama-lamanya)
v. Syumul / global

• Peringatan bagi pendakwah dalam menceburi bidang al quran :

i. Maksud yang dikehendaki ayat-ayat al quran yang pelbagai.
ii. Mengaitkan maksud daripada lafaz-lafaz dan makna-makna ayat.

• Penelitian kisah-kisah dalam al quran , diantaranya :

i. Kisah nabi Adam as.
ii. Nabi Yusof as.
iii. Nabi Sulaiman as. bersama Balqis rasa kamu Saba. Surah : al namlu : 40.
iv. Kisah zulqarnain.

• Memahami/ meneliti maksud perumpamaan-perumpamaan al quran :

i. Keperibadian seorang kaya yang bersyukur pada Nabi Sulaiman as. surah an namlu : 16-44.
ii. Hakim dan raja yang adil dalam kisah Zulqarnain as.
iii. Kesabaran seorang yang menerima ujian dalam kisah Nabi Ayub as. surah as sod :41-44.
iv. Kecekalan hidup seorang pemuda yang beriman iaitu Nabi Yusof as. surah yusof : 23-33.
v. Pengorabanan, kesabaran, kerelaan anak remaja kerana Allah swt. Kisah dalam kehidupan Nabi Ismail as. surah as soofaat : 100-109.
vi. Tauladan orang yang menyembunyikan iman dan menzahirkannya demi menegakkan yang benar. Kisah kaum firaun. Surah ghafir : 28-34.
vii. Tauladan pembawa risalah Allah swt. di dalam penjara. Kisah Nabi Yusof as. surah yusof : 37-40.
viii. Tauladan keimanan seorang anak kepada ayah yang kufur. Kisah Nabi Ibrahim as. surah maryam : 41-48.
ix. Kehidupan ayah yang beriman dan anaknya yang kufur. Kisah nabi Nuh as. surah hud : 42-48.
x. Perempuan yang mukmin yang beristerikan suami yang kufur. Kisah Asiah dengan firaun. Surah al tahrim : 11.
xi. Isteri yang kufur suami yang beriman. Kisah Nabi Lut as. surah al tahrim : 11.
xii. Kisah insan yang berkelakuan baik dan manusia yang berkelakuan jahat. Kisah anak Nabi Adam as. surah al maidah : 27-29.
xiii. Kisah kaum yang berpaling tadah ketika ditimpa ksesusahan. Kaum bani israil bersama nabi Musa as. surah al maidah : 20-26.
xiv. Kisah umat yang ditimpa benjana akibat tidak mensyukuri nikmat Allah swt. Surah saba : 15-17.

• Berhikmah dalam mendatangkan dalil dan hujjah Al Quran.
• Senantiasa berwaspada mengenai peringantan dan amaran dalam kesalahan dan pemesongan menafsirkan al quran.

• Ilmu Tafsir al quran

i. (tafsir bil mathur) Tafsir berdasar al quran dengan al quran dan al quran berdasarkan hadith nabi saw.
ii. (tafsir bil ra yi) tafsir melalui pendapat dan pandangan ulama-ulama tafsir.

( peringatan / pesanan dalam memahami kitab-kitab tafsir al quran )

i. Keprihatinan mengenai isi / teras yang dikehendaki oleh maksud ayat-ayat al quran.
ii. Israiliyyat.
iii. Riwayat yang direka dan lemah.
iv. Pendapat yang lemah dan pandangan yang ditolak.



2. Ilmu sejarah / tamadun dunia..
3. Sastera dan ilmu bahasa.
4. Pengetahuan ilmu kemanusian.
5. Pengetahuan berdasarkan ilmiah ( sumber kajian ).
6. Pengetahuan semasa.


ps / hanya takat itu dahulu buat masa ni, insyallah sambungan seterusnya ada masa so akan siap....




Tuesday, March 06, 2007


sedetik ke 3 pagi
                               

       jarum saat menghampiri persinggahannya yg biasa, namun perjalanan yg lemah berterusan itu memberi makna utk membangunkan sesuatu yg megah lagi kuat, ataupun merebahkan yg berani.  hanya satu detik lg akan menggenapkan waktu jam pg ini .... ke tuk tuk tuk ... 3pg. 

      tika ini bebola mata sang manusia ini masih lg bertugas menurut kehendak tuanya? ya! "aku ini sudah biasa seperti ini". munkin itulah kata-kata andainya dipersoalkan pdnya. munkin dia menambah lg,"cuma .... tidak pula menjadi kebiasaan aku dipaksa dan diperintahkan utk bertugas di subuh yg dingin. tidak pula dipaksa utk melihat fajar kazib sebelum subuh. tidak pula dicuci dgn linangan sejernih air kesesalan. kekesalan drpd noda-noda dosa yg lalu". 

bila masakah lg kau wahai tuanku mahu bertaubat?
hati! didiklah tuanmu mengingati ALLAH & RASULNYA saw...
diri! isikan dadamu akan Ilmu ....
akal! buangkan lamungan mu pd sang makhluk yg baru ....
kaki! jinakkan langkahmu bersegera ke tikar sejadah ....
lidah! senyaplah buat seketika .... zikirlah moga menjadi teman setia mu ....
nafsu! nyah kau dari mendampingi ku ...

Alhamdulillah .... moga linangan yg syurga menjadi tukarannya ini, dapat mengubah hidupku besok hari.

ya ALLAH, dekatkanlah aku pada HIDAYAH & RAHMAT serta KEREDHAAN MU.




 


Monday, March 05, 2007

                                                            

Debu Di atas Pembaringanku

sempena aku menuju hari-hari akhir tika di dunia ini,
ku tuju kata-kata ini buat sebujur tubuh ku yg kini megah bergiri.
moga realiti ini senantiasa menjadi pedoman.

THE LYRICS IN ARABIC

فرشي التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسى لقائي
والأهل اين حنانهم باعوا وفائي
والصحب اين جموعهم تركوا اخائي
والمال اين هناءه صار ورائي
والاسم اين بريقه بين الثناءِ
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والحب ودّع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيره بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي








THE LYRICS IN ENGLISH



Dust is my bed, embraces me and it's my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line ........
Where is my family's love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It's behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed.

And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed.

Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it's my cure
And to Allaah I pray faithfully, You are my hope
Allaah! I desire heaven, to find bliss there.

And to Allaah I pray faithfully, You are my hope
Allaah! I desire heaven, to find bliss there.







Saturday, March 03, 2007


KALIMAT YG KADANG-KADANG BOLEH KITA MERENUNGNYA BERSAMA
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


kejayaan
dengan usaha satu anugerah,
kejayaan
tanpa usaha satu kebetulan,
kegagalan dengan usaha satu ujian,

kegagalan
tanpa usaha satu kepastian.


agak-agaknya di mana kedudukan kita?