KEAGUNGAN DAN 5 KEKUATAN UMAT ISLAM
alhamdulillah syukur kepada allah sekali lagi Allah swt. mempertemukan kita dalam ruangan yang ringkas ini. satu ruangan yg bukan sahaja untuk melihat dan mencermin diri kita bahkan satu ruangan untuk melihat sejarah kita dan umat islam. umat islam tidak salah untuk belajar sejarah dan tidak salah untuk berbangga dengan sejarah. namun sejarah yang telah berlaku itu suatu yang telah berlalu, yang penting bagi kita adalah masa depan kita. apa erti islam telah menguasai dua pertiga dunia kalau hari ini kita tidak boleh mengesuai apa-apa pun. apa perlunya kita bangga bahawa islam telah dan pernah mewujudkan empayar islam kalau sekiranya hari ini kita tidak melakukan sesuatu untuk mendapat kecemerlangan. dan sejarah menunjukkan kepada kita bahawa semuanya itu sebagai iktibar dan pengajaran. dan pengajaran itu kita harus jadikannya satu contoh dan landasan bagi menilai kembali apakah yang mereka lakukan sehingga mereka telah mencapai satu tamadun keagungan yang sangat amat amat dihormati dan disegani.
untuk melihat keangungan mereka kita harus mengkaji secara meyeluruh apa yang ada pada jenerasi awal. pengkajian kita tentulah tidak boleh menepikan wahyu Allah swt, hadis Rasulullah saw. kerana penafian kepada sumber-sumber ini bermakna kita hanya melihat kepada latar belakang yang zahir. ada orang yang melihat kekuatan empayar melaka di zaman kesultanan melayu melaka kerana ada kapal yang baik tentera yang canggih dan sebagainya. tetapi benarkah kenyataan ini? betulkah dengan kekuatan fizikal sahaja menyebabkan mereka terkenal? sepanyol sebuah negara yang unggul di suatu masa pemerintahan islam. marilah kita lihat dan memandang dalam pengkajian kita dengan beberapa unsur kekuatan yang disebutkan oleh Baginda saw. sabda Baginda saw. “jenerasi ini akan berjaya, jenerasi awal akan berjaya kata Rasulullah saw. mereka telah berjaya disebabkan oleh yakin mereka dengan islam.(bil yakin) kerana keyakinan mereka, keyakinan dengan allah swt., keyakinan dengan balasan dan janji allah. keyakinan dengan perjuangan islam, keyakinan untuk menengakkan satu sistem dan daulah. keyakinan kereka tentang azab neraka, keyakinan mereka tentang balasan kepada orang yang durhaka kepada allah swt. dan seribu satu bentuk keyakinan-keyakinan yang tergambar daripada hasil keyakinan itu ialah dua sifat. pertama ialah kecintaan kepada Allah swt. dan RasulNya saw. kedua ketakutannya kepada kemurkaan Allah swt. oleh kerana itu mereka berusaha untuk mencari keredhaan Allah swt.ada orang bilamana kita menyebut tentang keredhaan Allah swt.mereka menganggap ini urusan agama dan nilai-nilai spitual kitab. keredhaan Allah swt. Bermaksud ialah keredhaan bilamana kita melakukan sesuatu perkara yang Allah swt. redha kepada kita maka tentulah perkara itu baik. manusia akan redha, samaada dia muslim atau non-muslim. sebab sejarah menunjukkan kepada kita, sewaktu islam sampai dan menguasai Mesir, sistem pemerintahan di mesir bertukar kepada sistem islam. sedangkan rakyat mesir ketika itu menjoritinya bukan islam. Amru al asr dilantik sebgai gabenor di mesir dan beliau sangat-sangat dihormati. dah golongan bukan islam redha, seronok hidup di bawah satu sistem yang tidak mengira bangsa, warna kulit, agama, bahkan memberi kebebasan untuk setiap agama berjalan mengikut perinsip agama mereka. dalam waktu yang sama tidak di dorong kepada nilai-nilai yang tidak baik. dalam urusan inilah perkara yang penting bagi kita ialah untuk melihat kembali sejauhmana bentuk dan nilai-nilai ini kita dapat contohi.
secara secara umumnya kita sebagai umat islam kita memiliki lima perkara, lima kekuatan. dan kekuatan tersebut perlu digarap dengan baik. dan kita menyedari bahawa kebimbangan negara-negara kuasa barat kepada dunia islam disebabkan lima perkara ini. dan mereka sangat takut kepada satu perkara yang lain yang muncul.
pertama, bilangan umat islam yang ramai. kita harus mengakui bahawa umat islam bertaburan diseluruh dunia. di barat di utara di timur dan di selatan. bilangan umat islam yg ramai ini merupakan satu elemen kekuatan. walaupun kita harus mengakui juga bahawa Rasulullah saw. memberi amaran, ramai yang seperti buih dilautan tidak ada faedah. akan tetapi dari sudut kekuatan, kita telah memiliki satu kekuatan bilangan umat islam dan sensivilitinya.
kedua, seluruh unsur-unsur dan sumber-sumber kekuatan dunia sebahagian besarnya berada di negara umat islam. minyak, getah, kelapa sawit, gas dan banyak lagi eleman-elaman lain yang wujud di negara islam. dan kekuatan ini merupkan kekuatan yang luar biasa. minyak sebagai senjata yang ampuh. seminggu sahaja negara islam menghentikan bekalan ke eropah, eropah akan gelap. dan kita harus akui hakikat tersebut.
ketiga, sebahagian besar negara islam berada di tengah-tengah dunia. kalau kita melihat kepada peta dunia, negara islam berada di tengah-tengah. tidak di utara dan tidak di selatan. dan negara yang berada di tengah-tengah mempunyai satu eleman kekuatan. dan serentak dengan itu kaabah makkatul mukarramah menjadi pusat yang paling strategik. samaada jalan untuk menghubungkan di seluruh dunia.
kekuatan yang keempat, seluruh perairan antarabangsa sebahagian besarnya melalui Negara negara islam, dan kita mempunyai kekuatan di situ.
kelima, diwaktu yang sama umat islam juga telah munjul satu ledakkan baru, iaitu kesedaran bahawa hancurnya nilai-nilai ideologi yang tidak berperinsipkan islam. dan mereka akan kembali kepada islam.
Melihat kepada tulisan-tulisan pengkaji dari barat, mereka menyebut satu perkara lagi. umat islam tidak ada Salahuddin al ayubi yang kedua. andainya muncul Salahuddin alayubi yang kedua, maka waktu itu umat islam mampu menggarapkan kelima-lima kekuatan yang mereka ada. akan bangun sebagai kekuatan yang luar biasa dan memberi ancaman kepada kuasa-kuasa besar barat. walaupun berulang kali kita menyebut bahawa bukan tabiat islam mengajak berperang dan untuk mebunuh. islam mengajar pendamaian. Islam mengajar hubungan yang baik. hubungan jiran tetangga yang baik. tetapi islam juga meletakkan prinsip. selagimana hubungan kekuatan tersebut tidak sampai menjatuhkan martabat islam. menghina islam dan syariat islam. sabgai contoh yang lain, kita boleh bersabar dan diminta bersabar. sabar manusia ada had. ada batasan. dan had batasan bagi orang mukmin adalah redha Allah swt. kerana muslim yang benar mereka mengharapkan Allah swt di segala usaha dan amalnya. segala gerak gerinya untk mencapai redha Allah swt. bukan mengharap redha makhluk. Maka oleh kerana itu marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan memartabatkan diri kita agar menjadi muslim benar-benar kasih dan cinta kepada allah swt. Muslim yang baik adalah muslim yg benar-benar mencintai Allah swt. dan RasulNya.
No comments:
Post a Comment