Tuesday, December 12, 2006

DUST IN MY BED


              Hari ini muncul lagi bersama keperluan hidup yg semalam. Kita dapat hidup di benua alam ini akibat drpd perlatan yg senantiasa ada semenjak lahirnya manusia kedunia. Bukan setakat perkakasan yg telah tersedia utk kita semasa di dunia moden kini, malah semuanya ini telah tersedia sejak dulu kala yg mana titik mulanya tiada siapa yg mengatahuinya. Melainkan bg Tuhan yg memiliki dunia alam belantara ini. Hari ini kita masih ditakdirkan terus bernafas bagai hari semalam. Jika and seandainya ditilik and dihisab bagaimanakah indah dan dahsyatnya cara penghidupan kita itu, jawapannya yg jelas hanya tuan hak dirinya sahaja yg mengetahui segalanya. Malah semuanya itu telah ditilik rapi oleh sang penjaganya. Tidak pernah lekang dari penglihatanNya walau sedetik cuma. Walaupun pahit and manis sekalipun cubalah renung and hisab diri ini yg masih berdegup jantung itu. Di manakah letaknya harga dan nilaian diri pd harga yg sebenarnya, seandainya diukur and dihitung dengan penyukat yg hakiki.              Dari mana datangnya wahai aku yg bernama manusia. Dimana tika ini kamu berdiri, duduk, bangun and sebagainya? adakah semua itu tidak dikira dan dhitung? kemana kamu selepas drpd ini? andainya kamu riang, tenang , ria , senang, terasa indah segalanya hidup ini. Adakah kamu anggapnya wahai diri akan abadi semuanya itu? dari mana asalnya kamu? bukankan kamu akan kembali pd asalnya tempat kamu datang? siapa baka aku? walaupun tika kini bersama nafas yg naik turun penuh terasa manis and enaknya hidup ini ditambahnya lg keenakkan dunia bersama anak pinak, harta yg meluah rasa. Adakah tidak berakhir semuanya itu? tika kini bersama anak, kawan karib di tepi, kekasih hati senantiasa mendampingi, saudara andai memenuhi bagai cahaya yg muncul di dunia ini. Akan tetapi bukankah buat akhirnya aku akan ditinggalkan oleh semuanya itu? bermulanya datang takdir yg memisahkan semuanya itu bersama pemutus kelazatan. sekali ia datang menjeguk di dunia kita ini terputus nafas yg indah bersih ini. Ditarik pergi nafas yg pertama terusnya jd ia yg terakhir. Sebelum berakhirnya hembusan yg akhir itu yg mengerutkan hati dan mendidihkan otak yg beku, aku telah tahu and nampak di mana tempat hendak dituju. Tidak pernah terasa terlalu dah syatnya nyawa aku dihalau pergi. Terpisah antara yg paling rapat dan akrab dibumi ini. Nyawa engkau diyah pergi. Badan engkau ditinggalkan sepi. Membawa hala masing-masing. Mulanya berpisah antara dua dunia. Badan mula kaku bagai tiada umpama yg hendak diperumpamakan akan ia. Tiada yg lebih sayu and layunya di alam ini wahai sang badan yg bernama manyat yg kaku. Dulunya ia bernama. Ada darjat setinggi-tingginya, dijulang diangkatnya munkin. Andainya mulia semulia pandangan manusia, berpangkat, malah lebih lagi berdarjat pd keturunan. Namun kini tiada sang yg kaku itu siapa yg teringin utk milikinya. Semuanya sedang menunggu masa bagai utk diyah pergi. disimpan jauh, jauh lg drpd membawa erti. Berkatanya mereka yg masih bernafas didunia : seeloknya ia disimpan ditempat yg sunyi. Pd hal bila mula berpisahnya sang nafas yg akhir td, tempatnya telah siap digali org. diukur, ditilik sebaiknya. Adakah muat utk disemadikannya biar terus menjadi yg abadi. Tak akan kembali. Mustahil semuanya walaupun hanya berkelip sedetik cuma. Sang tempat yg akan menjadi abadi disana. Gelap sepi tanpa peneman sepi, ulat, semut sang serangga and apa entah lg yg akan menemani. Itulah ia tempat yg hakiki nanti.
           --> wahai diri lihatlah diri, persiapkan lah diri, perbaikkanlah pribadi, jeguklah sejadah yg makin berdebu, goncangkan lah sang hati yg sekeras batu, basahilah pipi yg sering berkerut ketawa hilai disiang hari, angkatlah tangan menadah pinta ampun pd Ilahi, andainya perginya rohmu di waktu dinai hari, syukur roh mu ditempat yg digilai sang bidai dari.
hari ini pergi lagi dan terus pergi lagi. utk kembali, semuanya itu tidak pernah and akan terjadi. kembalilah pd ILAHI. "YA ALLAH AMPUNKAN LAH DOSA KU. TANPA RAHMAT MU NESCAYA AKU TERMASUK MEREKA YG RUGI. PIMPINILAH DAKU KEARAH KEREDHAANMU" aminn.

No comments: