Friday, December 01, 2006

APA YG ADA PADA HIDUP SEMALAM?

              apa perkara sekalipun yg terjadi ..... alhamdulillah :: detik mentari jumaat hari ini semuanya bagaikan dapat dinikmati.
              bermula ptg khamis kelmarin, alhamdulillah diizinkan Ilahi dapat rehat(tidur lenalah katakan)seawal munkin. seawal selepas maqrib jam 6.45mlm terus melelapkan sepasang mata ini hinggalah dipenghujung mlm(12tgh mlm). bila tibanya yg dinamakan pg 1pg, so mula bangkit dari lena. (mlm jumaat)2pg dah siap siaga cergas kembali. cuba menjalani dunia yg baru. siap2kan apa yg telah menjd kewajiban keatas muslim n cuba belajar apa2 yg suruh amalkan oleh Baginda Rasulullah saw. and boleh kata lepas tu, kira study lah katakan...
ditemani oleh udara yg dingin, alhamdulillah segalanya lebih menceriakan andainya dibandingkan musim yg panas. dunia study pg itu terus hingga ke subuh. sambil turun solat kat masjid so ada baiknya terus ke tempat usrah, tak perlu utk naik ke rumah(tingkat5). pg ni lewat sikit sampai ke tempat usrah(hostel), sesampainya jam 6.10pg. nasib baik kat hostel student masih belum habis lg tazkirah subuh jumaat. lg pun ahli usrah biasa dgn karenah kelewatan mereka. alasan yg amat cukup hebat semuanya. terima aje lah....
berlangsung usrah dgn sedikit bacaan ayat-ayat Al-quran and satu hadis nom 28( kitab syarah hadis khamsin). so sambung usrah kat padang bola dari 7pg mula hinggalah 9pg. boleh tahan penat. apapun alhamdulillah menyegarkan tubuh yg tdnya terasa makin gersang dibumi ini(nak demam). sambil balik dari padang bola rembat je p beli roti arab yg panas-panas tu. best sakan.
break dgn roti td and siap-siap utk p jumaat. jumaaat hari ni 11.42 pg. nampaknya hari ni tak sempat utk qailulah.
           best khutbah jumaat hari ni. setengah jam memang sesaat cuma rasanya. kalau nak diceritakan kembali kat sini, nampaknya x padan sama sekali. apapun oklah.
hajat dihati sekembali dari jumaat dapat la rest sat, tersilap kaki melangkah singgah rumah kawan sebelum sampai kat rumah yg kebetulan terbuka kitab tafsir Al-Qur an. sambil sembang-sembang and menjenguk apa yg dihidangkan, so kira terus ajelah baca tafsiran utk usrah mlm ni. baca punya baca sat je ... tiba-tiba azar dah menjenguk tiba. so solat asar and p fotostat sedikit utk pengisian (peta minda sejarah Qiraat) usrah mlm ni.
waktu petang tika ini memang amat teralu pendek terasa hidup bersama masa. sambil simpan kelengkapan bilik so tengok-tengok jam, amboi tak sempat tengok dah bersuara azan di masjid. maqrib tiba lg. so lepas solat maqrib mesti terus ke Abbasiah utk usrah bersama medic student.
naik bas je sempat lg. kira-kira perjalanan boleh tahan lamanya ia, munkin 30minit. ok je boleh duduk and dapat rest sambil baca persiapan utk usrah iaitu tafsir.
            pendekkan cerita siap usrah bersama diorg kira-kira 9.20mlm. hebat pulak jdnya perbincangan diorg. ok je macam tu. but takut-takut jd meleret. yg ok nya walaupun sedikit biarlah ia berpanjangan. bagus adik-adik medic semua ni, semangat utk menuntut ilmu agama yg tinggi terpancar jelas diwajah-wajahnya. moga dirahmati Allah taala semuanya.
ringkaskan cerita lg and lg... sampai nya kat rumah mlm ni jam 11.21mlm.
alhamdulillah .... moga tika hidup aku di dunia ini diberkati ALLAH SWT. pd masa-masa berkelip and berdenyup jantung ini.
             kalau lah terasa penat and letih, so penat and letih ini lah patut aku cari.
.........

kitab kuliah macamana? dah habis ke baca? aduhaii... mata dah penat ni. ermm
so jom kita p baca. lepas habis taip apa yg tergerak dihati ni, so kita study pulak.....
terjemahan kitab lalu masih tak sempat taip... nantilah, kalu ada masa.

KEWAJIPAN ITU SEMEMANGNYA LEBIH BYK DRPD MASA YG ADA

No comments: