ADAKAH BENAR WANITA DICIPTAKAN DRPD TULANG RUSUK NABI ADAM AS.?
ermm ... itu soalan pertama drpd kitab fatwa-fatwa dan hukum-hukum buat wanita Islam. Kitab karangan syeikh A'thiah Saqor, salah seorg drpd ahli majlis fatwa Al-azhar sekarang, dan beliau merupakan bekas ketua majlis fatwa yg lepas.
Nak study macam tak de mood lg, so utk cari-cari mood tu ada baik buka buku kat tepi2 ni sat. Nak buka novel takut melarat sampai jam 3 pg pulak. Dekat-dekat hampir exam ni, memang suka sangat baca kitab-kitab luar, cuma yg mencabar adalah utk membaca buku kuliah. Sidrom apa entah yg kena. Nanti kita tanya doctor psikology. Doctor pun kena sama jugak kot. hehe :D kalau doctor pun kena, so sila tanya ustaz kat sini :D.
ok- sambil baca sorg-sorg kitab ni ada baiknya taip(terjemahkan) je kat blog ni. Kot-kot yg berminat dlm bab ni boleh tahu sama.
:: jawapan dari soalan td :
Firman Allah swt. surah An-nisa, ayat 1 "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebutnamaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
surah AL a'raf ayat 189 "Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakandaripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri),untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain.Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur."
surah Ar rum ayat 21 "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
sabda Nabi saw. "Saling pesan-memesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, karena mereka diciptakan dari tulang rusuk yangbengkok. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi dari Abu Hurairah).
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasululllah saw. bersabda:" sesungguhnya perempuan seperti tulang rusuk, jika kamu cuba meluruskannya ia akan patah. tetapi jika kamu membiarkannya maka kamu akan menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok".
Imam Fakhrurazi berpendapat dlm kitab tarsifnya mengenai hal ehwal hawa sebagai ciptaan daripada adam, di sana ada dua pendapat.
1. Pendapat yg paling ramai dikalangan ulama - kata mereka "sesungguhnya bilamana Allah swt. menciptakan nabi Adam as. Maka Ia mencampakkan kpd Adam tidur, kemudian diciptakan Hawa drpd salah satu tulang rusuk Adam as. yg kiri .... mereka(ulama) berhujjah dgn hadith Muslim : (sesungguhnya perempuan diciptakan drpd tulang rusuk yg bengkok).
2. Pendapat yg kedua abi muslim al asfihani "sesungguhnya yg dikehendaki dgn firman Allah swt.(والله جعل لكم من أنفسكم أزواجا) maksudnya ialah Allah swt. ciptakan hawa drpd jenis adam sendiri(sama ciptaan).

(بعث فيهم رسولآ من أنفسكم)
kata AL Qadhi. Pendapat yg pertama adalah lebih kuat.
Imam At-Tabarani dlm tafsirnya at-tobari - mengatakan bhw pendapat yg pertama td adalah bg Ibnu Abbas dan Ibnu Masu'd, akan tetapi talian sanad pendapat ini tidak sahih. Bahkan ia telah diambil dprd ahli kitab. Sebagaimana dlm safar takwin (ishah kedua :21-24)

Berpadukan kpd pendapat-pendapat yg lepas kami berpendapat ( pendapat penulis kitab "syiekh atiah saqor") :: penciptaan Hawa drpd Nabi Adam as. adalah perkara yg tidak disepakati. iaitu ada pendapat yg mengatakan HAwa diciptakan drpd unsur sejeni Adan ( tanah ) bukan cahaya atau api. Dan apa yg dibawa oleh hadis Nabi saw. "sesungguhnya hawa diciptakan drpd tulang rusuk adam" kadang-kadang perkara yg dikehendakinya memberi makna yg samar-samar.
Maka disana tidak ada nas yg putus mengatakan hawa diciptakan drpd tulang rusuk Nabi Adam as.
Kaedah pengambilan hujjah " dan bilamana dalil yg diambil membawa maksud yg ihtimal (ada keraguan) maka dgn sebb itu menyebabkan ia tidak boleh dibuat hujjah".
Dan apa yg penting adalah, kpd sesiapa yg memegang mana-mana pendapat ini ia tidak membawa kpd merosakkan iktikad kita semua.
Sememangnya imam an-nawawi rhm. mengaitkan atau merumuskan drpd hadis-hadis Nabi saw. dgn pendapatnya :

Nabi saw. menerangkan mengenai ayat "Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri)" ialah membawa maksud hawa diciptakan drpd tulang rusuk.
Dan juga pada hadis ini membawa maksud supaya berlaku lembut dan berbuat baik dgn wanita, mengasihi mereka bgtu juga perlu bersabar dlm mendidik isteri-isteri juga anak2 perempuan. Dan melarang keras menceraikan isteri tanpa ada sebab dan sekalipun ada sebb yg susah utk hidup bersama. -- wallahu a'lam bissawab.

ermm dah hampir 1 jam lebih pulak. Oklah takat tu dulu buat kali ini. Nak sambung study utk kuliah pulak. exam dah dekatttt.
>>Harap maaf and diperbetulkan terjemaah saya yg sepontang
ini.
ini.
No comments:
Post a Comment