Ahli-ahli pelopor (bawakir) falsafah moden yang utama di barat
Kalau memang nak balik bulan 8 ni so kena study sungguh-sungguh mengenai semua ni.
Bermula daripada kehidupan, asal usul mereka. Kemudian mengenai pemikiran mereka
satu persatu. Bermula dgn kaedah atau metod pemikiran yg digunakan, apa pendapat mereka mengenai alam, manusia, dan mengenai ketuhanan.
Menyentuh mengenai manusia, bagaimanakah teknik seseorg manusia seandainya ingin mencari kebenaran. Adakah melalu akal semata-mata? or pancaindera? or sumber yg lain seperti wahyu?mengenai ketuhanan, so apakah betul adanya tuhan di alam ini? seandainya ada, bagaimana sifatnya? melalui agama kristian, bagaimana kristian memahami mengenai falsafah ketuhanan mereka. Adakah manusia boleh mengenai tuhan? bagaimana? bagaimana sifat tuhan yg dipegang oleh kristian?. Bagaimana mereka mendirikan dan meneguhkan akidah mereka?
ada di kalangan ahli falsafah moden pemikiran beraliran kpd menggunakan akal semata-mata, dan ada juga ahli falsafah yg beraliran menggunakan pancaindera semata-mata. Dan ada juga menggunakan pengukur utama mereka melalui nilaian yg paling ideal iaitu dlm menilai sesuatu perkara.
Perkara ygmencabar agak-agaknya mengenai kaedah pembelajaran digunakan. iaitu DEMI MENCARI DAN MENGENAL KEBENARAN KITA JUGA PERLU MENGENALI KEPALSUAN DAN KESESATAN.
Mengenai apa yg tersirat and tersurat pd setiap pemikiran mereka ini akhirnya memberi jawapan yg sama, iaitu semua ini adalah sesat and terpesong dari landasan yg asal. Hanya segelintir sahaja menepati yg kebenaran. Samaada dlm metod mengenal tuhan atau pun kayu ukur dlm mencari kebenaran. Hikmahnya dlm mengenali mereka ini, bilamana kita perhatikan sebetul-betulnya berkenaan setiap pemikiran mereka ini. Menatijahkan satu perkara. Iaitu idoelogi dan pemikiran sesat dan menyesatkan yg ada kini (yg terpesong dr landasan Islam sebenar) berkenaan sufi dan sebagainya adalah secara outomatik menyamai dan menyerupai mereka.
Kesimpulan yg ringkas boleh diambil - BILAMANA MANUSIA INGIN MENCARI KEBENARAN DAN KEBAHAGIAN HIDUP DI DUNIA INI TANPA MENGIKUT TELUNJUK DAN HIDAYAT ILAHI MAKA AKHIRNYA MENEMUI KEBUNTUAN YG SAMA. Tidak kira di zaman mana mereka berada. Selagimana namanya manusia, hakikat yg sebenar adalah manusia perlu taat dan tunduk pd setiap perintah Allah swt. dlm keadaan redha dan rela.
Celaka and kerugian yg besarlah mereka yg ingkar dan degil menerima setiap perintah PENCIPTANYA. Akan tetapi seramai mana mereka yg menyedari akan semua ini?..
Moga kita dipimpin ALLAH SWT. dlm meneruskan kehidupan di dunia yg tiada nilainya ini.
Kalau nak kenal, inilah mereka AHLI-AHLI PELOPOR (BAWAKIR) FALSAFAH MODEN BARAT.
12 org ini pun dah cukup and memadai utk memeningkan kepala, bilamana kita perlu memahami apakah yg dikehendakinya satu persatu.
Pemikiran rationlism ( al a'kli)
1- Rene descartes perancis
2- Nicolas malbranche perancis
3- Baruch espenoza yahudi
4- Gott fried wilhem leibniz jerman
Pemikiran sensualism ( al hissi )
1- Francis bacon
2- Tommas hobbes england
3- John locke england
4- David hume england
Pemikiran idealism ( al mithali)
1- Emanual kant jerman
2- John gottlieb fichte jerman
3- Friedrich wilhem nietzsche jerman
4- Goerge wilhem friedrich hegel jerman
No comments:
Post a Comment