Tuesday, February 13, 2007

Kenapa Perlu Risau?

ok juga ayat ni,
tepat pada masanya,
kenapa perlu risau?
tq kawan-kawan.
sah and nyata,
aku kini bukan lagi robot cob.



Kenapa perlu risau?
Andai dia bukan milikku
Walhal Allah telah berjanji

“Lazimnya lelaki yang baik,
Untuk perempuan yang baik
Sebaliknya lelaki yang jahat,
Untuk perempuan yang jahat”

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai tiada siapa di sisi
Bersama mengharungi onak perjuangan
Walhal seringkali ku diseru..

“Berserahlah kepada Allah
Kerana cukuplah Dia
Menjadi pentadbir urusanmu..”

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai dia tidakkan ku gapai
Jika tabir dijiwa tidak kusingkap
Walhal aku tahu..
Janji Allah itu benar

“Berdoalah kepada-Ku
Nescaya Aku perkenankan
Doa permohonan kamu..”

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai harapan kasih kan berkecai
Walhal kerap aku diingatkan..

“Taruhlah harapanmu pada-Ku
Rahmat-Ku amatlah dekat
Bagi mereka yang memperbaiki amalannya”

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai mahligai impian tidak terbina
Dan singgahsana idaman hancur musnah
Walhal Allah telah berfirman

“Kamu merancang,
Allah Juga merancang,
Dan Allah jua adalah
Sebaik-baik perancang”

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai realiti tak seindah impian
Walhal seringkali jelas terbukti
Kebenaran kalimah suci-Nya..

“Boleh jadi yang kamu benci

Baik untuk kamu..
Boleh jadi yang kamu suka
Buruk untuk kamu

islam_abadie: lg
islam_abadie: ?

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai taman cinta hambaMu
Tidak berpeluang utk ku jejaki
Walhal pada hakikatnya..
Cinta Abadi yang aku dambakan
Redha Allah yang aku pohonkan
Kasih Ilahi yang aku rindukan
Syurga Firdausi yang aku dambakan..~

 .....................................walaupun ia copy and paste apapun nilaianya adalah pada kata-katanya . kesimpulannya adalah -- walaupun hasrat hati ingin jd kuat bagaikan mentari, akan tetapi kekuatan sebenarnya adalah menerima hakikat diri.


No comments: