Friday, December 28, 2007
Thursday, December 27, 2007
MULA MELANGKAH
hari ini genap 100 hari saya berada di tanah air sendiri malaysia. banyak yang telah berlalu,berlaku and ada juga hal-hal yang masih saya nantikannya. sesuatu yang telah berlalu ada yang berjawapan, ada kesimpulan dan ada juga yang masih kabur dan masih dalam satu penantian, dan jawapan.
-result interview guru yik
-jawapan 10 jawatan spa
-dan juga sebuah jawapan .....
dalam benak pikiran memang tak lari dan penuh dengan perancangan masa depan. meneruskan pengajian MA.. hinggalah Phd .. menulis, mengarang, menadah kitab yang masih banyak belum dihabiskan dah lain-lain pembacaan yang masih bertimbung. namun apa yang jelas, tindakan yang amat bijak kini amat diperlukan. kenapa? sebabnya agenda lama masih belum terlaksana, namun makin tiba dan dah tiba agenda baru.
- jodoh bagaimana?pilihan bagaimana? ....
cukup hanya di situ cerita pasal tu..
dan kini yang jelas saya perlu meminitkan hidup dengan tugas harian sebagai pendidik anak bangsa. dari pagi hingga kemalam dan keesokannya pula.
- 7.30pagi hingga 2petang di sekolah
- 5.30 petang - 6.30 petang .. melepakkan diri atau beriadah bersama anak-anak kampung. secara langsung berusrah dengan mereka.
- 6.30 petang hingga 10 malam belajar membuka kitab-kitab di masjid, dan musalla bersama pak cik makcik, anak-anak muda
di kampung.
- jumaat 9.00 kuliah pagi jumaat menanti ... 12tghri kuliah jumaat menanti pula.
itulah agenda yang terkadang menukar perancangan kita yang asal. bagi saya, ini semua bukan menukar polisi hidup, malah ia dapat mengorak hidup yang matang. hidup ini adalah pergerakkan keadaan yang mengililingi hidup kita. adakah kitaingin mencorakkannya atau ia mencorakkan kita? ...
lagi berbaki 6 hari cuti semesta panjang. bermula 2 januari ini, pemikiran, perwatakkan, penilaian diri, dan segala-galanya saya perlu updatekan lagi. menjadikan diri ini, besok bukan aku yang kelmarin, dan lusa bukan aku yang besok. setelah sebulan saya bertugas di sekolah, ada teguran ihklas dari rakan setugas untuk saya : ustaz, boleh saya komen sikit pasal ustaz? jawab saya: ya, silakan and terima kasih banyak ... saya nampak ustaz berwatakkan kebudak-budakkan lagi, meby ustaz terbawa-bawa dengan cara hidup n pergaulan ustaz semasa belajar. saya hanya senyum and berfikir sejenak :D ...tapi tak mengapa ustaz, orang lelaki mudah menyesuaikan diri and cepat matang fikirannya.. dia mengcover ayatnya. ya, memang tepat. watak saya semasa melangkahkan kaki dan selama 2 minggu saya di sekolah masih berwatakkan tingkah laku bagai seorang pelajar. tapi bukan pengajar atau guru. semua ini walaupun saya telah sedari, namun yang jelas memang saya tidak menampakkan kematangan seorang lelaki untuk menjadi seorang pendidik. bayangkan, baru seminggu saya sampai di malaysia so terus melangkahkan kaki untuk mengajar di sebuah sekolah agama arab. pelbagai subjek diminta untuk digantikan masa guru yang tiada. nahu soraf,tauhid, sirah, balaghah, mutalaah dan lain-lain lagi. tak kisah sangat semua tu. namun apa yang perlu diingatkan, persiapan diri kita amatlah perlu.
kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang masih stay kat mesir sana, so jangan main-main, gunakan masa yang masih terluang dengan baik2..
ikhlas saya katakan... 8 tahun saya berada di mesir, masih amat rasa tak cukup lagi. syukurlah juga Allah swt. memberikan luangan masa 8tahun rezki di mesir. walaupun terpaksa tabah 8 tahun, naik turun, lulus tak lulus, ulang-mengulang. apapun itulah yang dinamakan rezki dapat hidup lama di padang pasir.
Thursday, October 25, 2007
BERSAMA MENGORAK LANGKAH
hari ini masuk hari ke 43 di bumi tanah air sendiri, atau dengan bahasa sedapnya aku kat kampung. alhamdulillah tiada yang lebih layak diucapkan melainkan pertamanya ucapan syukur dan tahmid ke hadrat Ilahi sebanyak-sabanyaknya atas segala nikmat yang kita sama-sama kita
kecapi. hidup bersama keluarga, sanak saudara (walaupun kami tidak tinggal sekampung), rakan dan jiran sekampung, hidup bersama-sama berjamaah bermula dari solat di masjid.
yang jelas hari ini hari ke 25 aku bertugas atau belajar mengorak langkah menjadi seorang pendidik anak bangsa di sebuah menengah agama arab. sekolah yang jaraknya hanya 10 minit menaiki motosikal honda ex5 merah yang juga semakin usang meninggalkan zaman muda cerianya. pada awalnya, mengenai langkah hidup aku ini masih pun belum sempat aku memkikirnya untuk memilih sebarang kerjaya untuk masa depan ini. hanyalah ada banyangan dan cita-cita yang melayang di hati dan di benak untuk ini dan itu. kalaulah nak dikatakan sebagai satu perancangan yang baik, maka itu bukan namanya lagi.
Wednesday, October 24, 2007
Intai Peluang
"In chinese, the word 'Crisis' also contains word 'Opportunity' in it"
"Dalam bahasa mandarin, kata 'Krisis' mengandung huruf 'Peluang' di dalamnya"
Sebab hanya dengan sebuah krisis-lah, manusia dapat memakximumkan potensinya. Sehingga tidak jarang kita mendengar kisah kejayaan atlit yang cacat fisik, melejitnya taraf hidup seorang teman kuliah yang dulu hidup serba kekurangan, artis beken dengan berbagai kekurangan secara fisik.. dan banyak lagi contoh lainnya.
Namun jangan salah artikan bahwa dengan mengalami tekanan hidup yang begitu besar dan kekurangan dalam diri, seseorang secara automatik akan mencapai kejayaan dengan sendirinya, karena usaha dan kerja keras tetaplah diperlukan untuk mencapai sukses.
Jadi janganlah salah menanggapinya.
Jadi, Beruntunglah sape-sape yang sedang berada dalam dugaan/cabaran dan krisis!
Manfaatkan tekanan untuk mendorong diri kita ke atas, keluar dari krisis menuju sukses milik kita semua, semua itu tidak dimiliki oleh siapapun!
Monday, October 22, 2007
KEMANA ARAH KITA ?
"Banyak langkah yang salah ternyata dibuat saat seseorang berdiri diam"
Umpamakan kita terdampar di tengah padang pasir luas tanpa tepi, yang mungkin merupakan perumpamaan sebuah permasalahan besar yang sedang dihadapi. Maka terkadang dengan berdiam diri kita akan menghadapi masalah dan resiko yang lebih besar, dimana mengambil sebuah langkah ke satu arah adalah awal dari solusi atau jalan keluar.
Namun pastikan kita mendapatkan panduan agar tidak berputar di daerah yang sama, dalam perumpamaan gurun tersebut, ketahuilah arah dengan melihat posisi matahari terbit dan terbenam sehingga pilihan jalan keluar, sekurang-kurangnya kita memiliki panduan arah tujuan.
Pernahkah kita bertanya n membuat satu permohohan pada yg maha Agung dalam membuat satu pilihan? sama-sama istiqarah utk segalanya ...
Thursday, October 18, 2007
bagaiman dgn masa n keluangan yg dianugerahkan?
masuk hari ni dah 2 hari x makan nasi kat rumah. makan tghari, juga makan malam. 2 hari yg lepas, ke majlis walimah, pd mlmnya pula ada solat hajat. n today tghari ada jemputan ke walimah n mlm pula 2 kali makan, satunya tahlil n satunya selepas mengaji al quran. orang kata : mcmtu lah rezki tok lebai kat kampung. :D .masa kat padang pasir adakala 3 hari just sekali makan nasi, kalau 2 hari 1 kali tu biasa lah. n bila kat malaysia ni hampir or lebih 4 kali dlm masa sehari. so utk tenangkan keadaan, kita p makan just rasa-rasa je makanan. bukan melahap kata org. kalau melahap mybe lepas 1 bulan, jd belon :D.
apa yg penting mybe boleh dikongsi bersama ialah mengenai saat, masa n detik yg berlalu pergi. betapa kita boleh merasai perbezaan antara dua suasana n nilaian harga masa yg terluang n kita habiskan saat-saat itu. masa utk diri kita, masa utk keluarga kita, masa utk masyarakat kita, juga masa utk Allah swt kita. kesemuanya masing-masing mempunyai hak keatas kita.
pd saat di dunia pengajian, hidup kita berlainan corak, n bila tiba saat kita mula dibebani tanggungjawab, terus hidup kita tidak terluang utk sesuatu yg kita luangkan satu masa dahulu. terlebih penting adalah, adakah saat-saat ruangan hidup kita kini, kita habiskan pada hak dan waktunya? masa n saat dulu telah berlalu, kini tanggungjawab sedang n telah tiba.
andainya bg mereka yg masih di dunia persediaan di alam ilmu. so teruskanlah mengembara n mengorak langkah terus menerokai alam itu.
kejayaan masa akan datang bergantung sejauhmana mereka berkorban n bersabar dlm menempuh pengembaraan di alam penuh pengorbanan itu. selamat berjuang buat semua sahabat di medan alam pengajian.
'tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad'
Tuesday, October 16, 2007
masa, kerjaya, and ..... mahalnya nilai satu kurniaan dan persedian.
kontang. memang dunia hidup ini dah byk berubah dan akan berubah lg. sampai malaysia 13 hb (1 ramadhan) .. bersyukur thn ni dapat berpuasa n beraya di bumi malaysia, walaupun di mana-mana pun masing2 ada keistimewaannya. lebih-lebih lg di bumi para ambia a.s.
1hb okt aku mula melangkah ke medan kerjaya sebagai pendidik. memang tanpa sebarang persedian. maklumlah diri ini bukan pemengang diploma perguruan yg menandakan seorg guru
yg telah terlatih. hanya berbekalkan semangat di dada utk mencari satu pengalaman yg baru, n
berbekalkan apa yg aku dapati di dunia persatuan di bumi mesir. alhamdulillah, sekadar yg
mampu satu ketika dulu aku telah berkidmat utk anak anak persatuan, kini aku dapat
aku menyakinkan diri terus imamkan terawih. tanpa semangat, pada malam tu mybe aku lena
dlm tahayyat. hancur solat malam tu. hehe :D. memang hampir terlena jg. apapun alhamdulillah selesai terawih mlm pertama. berbekalkan hafalan di awal surah albaqarah yg lepas.
rata-rata org bertanyakan; adik bila balik? adik je, not ustaz :D.. sampai ptg td, ptg td ?! ya.
so sekrang ni dah 17 okt, sudah hampir 2 minggu aku melangkah kaki utk belajar menjadi seorg pendidik. selepas berbuka or sebelum maqrib terus bertolak utk berterawih. masa kini sudah penuh terisi. bukan umpama satu ketika dulu(lamanya bunyi :D).
walaupun jua dulu tidak pernah terasa kosong or sunyi dari terluangnya masa di hati n di jiwa, namun kini realiti masa tak sudah terluang.
Wednesday, October 10, 2007
AKU DAH PULANG
akulah bilal, akulah imam, akulah makmum di KL
2.45 cairo - 8.30 mlm KLIA
transit KL n terawih di KL.
subuh pertama di malaysia.. selepas kedengaran selesai azan subuh so saya berjalan ke surau berhampiran, si sebuah taman perumahan pegawai tentera di KL. kebetulan abg ipar seorg pegawai tentera. keadaan masjid masih lg nampak lengang. tanpa ada seorg pun ahli jemaah. termasuklah bilal n imam. lebih-lebih lagilah makmumnya. namun lampu di dalam masjid terang menyala, munkin itu utk keselamatan surau. suara azan td munkin dari surau yg lain.
walaupun statusnya surau, namun keluasannya munkin boleh memuatkan 500 org lebih.
munkin inilah pengalaman pertama saya di tanah air sendiri. sudah tentu Allah swt nak memperlihatkan bagaimana keadaan tanah airku.
saya menunggu para ahli jemaah utk berjemaah di surau hingga 10 minit.
melihatkan keadaan masih tak berubah. so dgn rasa sebak n sedih jg lah hatinya.. so saya iqamatkan solat, sayalah imam n sayalah makmumnya. di mana umat islam KL yg lain? walaupun surau dihiasi permaidani tapi kosong tanpa penghuni. inilah alamat dunia akan berakhir.
KB 12.00 tgh
sampai di kampung 2.45ptg
8.30 mlm berterawih utk mlm ke dua ramadhan. biasalah org balik dari tanah arab so tempat telah disediakan utk naik kehadapan utk jd imam solat. bukan di kampung sendiri but di tempat yg lain. sedikit menyedihkan di sana walaupun kawasan bandar but x de jenerasi muda2 yg bersedia utk kehadapan bersama-sama berterawih. kalau ada pun ustaz-ustaz yg boleh basuh kereta je pg n petang. nau'zubillah.
terawih mcm biasa 8 rakaat n tambah witir 3 so 13.
nasib baik tidak diminta utk buat 20. dalam kedaan rasa dunia masih huyung hayang, kira oklah dapat mulakan dgn surah al baqarah dgn baik. yg lawaknya surah "qulya ayyuhal kafirun" baca x habis. kan dah kantoi tu. so mereka yg di belakang dapat faham kot, maklum lah td baru sampai dari mesir..
ptg td baba tanya : mad nak pergi terus ke jd imam malam ni? so fikir-fikir terus go on je lah. hasrat hati rasanya x nak jd mcm sebelum2 ni. asyik tangguh-tangguh je. so go on terus jelah.
cuma yg jelas, andainya persediaan kita x seberapa n ditambah lg dgn kepenatan diri munkin juga boleh kandas. tapi janji Allah swt akan bersama hambanya yg betul-betul ikhlas.
alhamudillah di kelantan, kampung khususnya masyarakat telah membudayakan amalah ibadat.
nyamannya udara desa berbanding kota. kota cairo jg kota KL. ...
hari ke tiga 15hb 9 2007
langkah melaporkan diri bersama mata-mata rantai jemaah islam.
kebetulan pg ni x de apa yg wajib-wajib perlu diselesaikan so elok ke pejabat pas DUN air lanas .. kebetulan jg ayahda ketua cawangan pas kawasan. pejabat pas dua tingkat baru siap dibina munkin 1thn yg lepas. dua tahun sebelum saya ke mesir pejabat tersebut dlm proses pembinaan. cantik n molek sekali pejabatnya. berhawa dingin n siap set meja mesyuarat. di sana sempat bertanya kabar bersama ahli mesyuarat harian pas kawasan juga bekas wakil rakyat kawasan... ha! ada kat rumah? bila balik? ingat lg rupanya org-org tua ni kat aku ni :D, aku senyum je. ayahda je penjawab soalan. " balik kemarin tu, belum habis lg mengantuk nampaknya" :D. biasalah org baru balik luar negeri katakan. padahal realitinya bila sampai kat malaysia ni, mcm terlepas dari penjara padang pasir. rasa penat tu ade lah juga terasa, cuma rest kat malaysia ni 50% lebih rest dari lena di bumi arab.
minggu depan mybe boleh jumpa sahabat-sahabat yg telah lama balik dari mesir, so munkin boleh join terus usrah diorang.
namun begtu, langkah ini masih belum terancang lg, just 2-3 hari ni ikut rasa di hati je. jd like anakbongsu kembali. bersama ayah n bonda n sorg adik perempuan. hanya 4 org di bawah bumbung dua tingkat. terasa jg kesunyiannya. adikberadik yg baki 5 orang lg sudah masing2 punya hal. so utk melayan astro rasanya sudah kurang berminat lg, internet masih belum excess sepenuhnya lg. so simpan-simpan buku di rak je lah. 8 thn di mesir so bersamaan 9 buah kotak marlboro...
apapun satu perancangan hidup yg baru perlu disusun kembali, kalau dulu "bersama persatuan n jgn tinggal pelajaran" so kita mcna?
"hiduplah sebagai org mulia ataupun matilah dalam keadaan syahid" aminnn.
"iys a'zizan au mut syahiida"
Thursday, August 30, 2007
Pengertian sebuah Kejayaan
Terjemahannya.. ertinya lebih kurang …
"Jika Anda ingin meningkatkan keberhasilan Anda, maka jangan
ragu untuk meningkatkan kegagalan Anda!"
(Thomas Watson)
usahanya menawarkan sebuah program, ia selalu ditolak sebanyak
9 kali dan berhasil menjual sebuah program, maka yang ia lakukan
adalah mengusahakan penolakan sebanyak sepuluh kali lipat dari
biasanya, karena setiap kegagalan selalu membawanya lebih
dekat pada sebuah keberhasilan.
Itu cerita mengenai salesman. Apa kata dengan dunia pengajian kita pula ? Bukankah kita juga pernah merasakan kejayaan and juga kegagalan ? so pada yg berjaya dalam imtihan maka berwaspadalah, krna semua itu juga merupakan ujian awal yg melalaikan kita munkin.
Dan pada yg di anugerakan dgn satu takdir yg dinamakan oleh manusia dgn gagal, andainya kamu terima, maka mengertilah sememangnya anda telah berjaya daripada terus gagal.
“Hiduplah kita dgn kemulian Islam ataupun matilah kita dalam keadaan seorang yg syahid”
Mengejar Kejayaan dgn Pembelajaran yg berterusan
dengan besar api yang sesuai dalam jumlah waktu yang tepat, agar menjadi
nasi yang merupakan makanan bagi manusia.. Demikian pula dengan diri
seorang manusia, walaupun manusia ditakdirkan memiliki potensi yang besar,
tanpa proses pembelajaran yang benar, seseorang tidak secara automatik
menjelma menjadi susuk yang terbaik dari dirinya. Tugas kita adalah
mengetahui dan menemukan proses pembelajaran yang benar untuk mewujudkan
potensi terbaik dalam diri kita. cemerlang senantiasa untuk kita semua.
Tuesday, July 31, 2007
agama dan politik - 1
Saturday, July 28, 2007
100 tahun Al Imam Hasan Al Banna
Diambil dari http://nikabduh.wordpress.com
Kalau dia masih hidup, maka umurnya sekarang 101 tahun. Tua sangat. Tapi dia sudah pun kembali kepada tuhannya hampir 60 tahun lepas. Jasadnya. Adapun namanya, jika dunia ini masih bertahan 1000 tahun lagi, maka ia pasti kekal 1001 tahun lagi.
Dia pencinta RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam, maka baginda pasti mencintainya juga. Justeru dia hampir memperolehi semua apa yang diperolehi baginda, kecuali nubuwwah ( kenabian ). Namanya dijulang setinggi - tingginya oleh para pencintanya di dunia. Apabila para malaikat turut mencintainya, maka sampailah namanya penuh gilang gemilang di lapis langit ke tujuh, di singgahsana pertemuan dua kekasih sebenar di malam mikraj itu.
Al Imam Hasan Al Banna meninggal dunia dalam usianya 43 tahun. Muda terlalu muda untuk meninggalkan pengikutnya yang terlalu menyayanginya. Ramai meratapi kematiannya. Di sebalik jeriji besi pemerintah kusi besi di zaman itu dan juga di luarnya. Dia ditembak mati agar dia mati selama - lamanya. Tetapi malang sekali, suaranya tak mati. Suaranya terus bergema menerawang menghantui kezaliman duniawi sambil menggamit cahaya kebenaran sehingga kini.
Beliau adalah mujaddid. beliau adalah seribu ulama. Kerana itu, beliau pergi dengan seribu ulama menggantikan tempatnya menyebarkan apa yang dikehendaki Allah untuk ugamaNya.
Tajdid adalah sunnah yang pasti untuk ugama Islam. Agama ini mesti kekal secantik dan seasli ia cantik dan asli di tangan RasuluLlah dahulu. Tiada lagi jalan, tiada lagi tali dan tiada lagi ugama selepasnya buat manusia mengenal dan menyembah tuhannya.
Sepanjang zaman, umat Muhammad sentiasa sahaja ditemani perjalanan mereka dengan para mujaddidin yang dihantar Allah untuk memperbaharui fikiran, iman dan amal mereka pada ugama mereka. Khalifah Umar bin Abdul Aziz memulakanya. Kemudian berderetanlah nama - nama ulama agung dalam sejarah umat ini.
Kita mengenali mereka pada sirah perjalanan dan pengajaran mereka. Untuk Al Imam Hasan Al Banna, kita turut mengenal wajahnya pada keasliannya. Lihatlah wajahnya, Allah melakarkan keindahan hebat yang terlukis dan terukir dalam seri wajahnya itu.
Beliau dikeluarkan untuk umat yang sedang tewas kepada kekufuran yang melanda dunia Islam secara total. Beliau menubuhkan Al Ikhwan Al Muslimin di Mesir sebaik sahaja benteng terakhir Islam, kerajaan khilafah di Turki runtuh berkecai. Saat itu, umat tersadai dalam bahtera karam dihempas gelora jahiliyah abad 20 yang mengganas seganasnya. Umat Islam sedang merentas laluan yang belum pernah dilalui sebelumnya.
Kita namakannya sebagai syumuliyyatul Islam ( Islam yang syumul ). Itulah tajdid Al Imam. Musuh menembak Islam bertalu - talu. Islam berkecai dalam kepingan - kepingan yang akhirnya hanyut dan terpisah - pisah dibedal arus ganas. Umat yang kelemasan bergayut pada kepingan mana yang mampu digapai. Sesetengahnya terus lemas ditelan badai.
Dalam tempoh yang sukar, mereka hidup di atas bahagian - bahagian yang terpisah itu. Dalam kepompong itu mereka hidup. Itulah Islam yang mereka fahami. Jika itu, tiada yang melanda kecuali perasaan putus asa, kekecewaan dan ketewasan menghadapi kehidupan.
Al Imam Hasan Al Banna datang membawa bahtera baru. Naiklah, inilah Islam yang syumul. Inilah bahtera kekuatan dan kemenangan yang dinantikan.
Dakwah dan seruannya itu cukup untuk cukup merimaskan jentera kekufuran. Kerana itu, dalam tempoh yang segera, beliau dihapuskan. Pembunuhnya bukan sembarangan. Pembunuhnya adalah pakatan kekufuran sedunia.
Biarkan pembunuh itu membunuh. Mati adalah kesudahan semua. Lunaknya, bagi pejuang Islam, kematian itulah kehidupan yang diimpikan. Al Imam telah mengecapinya. Kita sedang mengimpikannya.
Itulah catatan sekadar melepas rasa cinta. Kita para pejuang Islam hampir - hampir tidak mampu untuk melepas diri daripada legacy beliau. Kita terlalu mencintainya kerana kita tahu dia terlalu mencintai Allah dan Allah pasti mencintainya. Hasan Al Banna, dia mengajar kita mencintai Allah.
Tuhan kami, kami menagih cintaMu. Biarkan dan lepaskan kami dalam ketagihan..
Thursday, July 26, 2007
MENUGGU RESULT
assalamu3alaikum wbt ...
hello sape yg dok tengok foto tu? kami semua ni sedang menunggu natijah (result) final exam n final year. apapun kami kena senyum.
kejayaan dgn usaha satu anugerah,
kejayaan tanpa usaha satu kebetulan,
kegagalan dgn usaha satu ujian,
kegagalan tanpa usaha satu kemestian..
aku sempat berlegar mengisi ruang-ruang masa hidup di padang pasir ini buat beberapa purnama..
9-9-1999 to --> 7-7-2007
moga takdir Ilahi membetuli sebuah kejayaan kita semua.
moga terus tabah pd yg masih lg ditangguhkan kejayaan.
tahniah buat utk yg berjaya ...
isikan kejayaan dgn kesyukuran.
temankan kegagalan dgn kesabaran.
" jgn kamu takut dan jgnlah kamu bimbang, sememangnya kamu adalah yg tertinggi ... seandainya kamu BERIMAN "
Friday, July 20, 2007
hanya satu kalimah
never get success
Terjemahan lebih kurang ....
adalah alasan terbaik dari seseorang yang tidak akan pernah
meraih kejayaan dan menghabiskan hidupnya dalam keterlambatan.
kerjasama, mengikuti kursus untuk peningkatan kemampuan kita, memulai
suatu kebiasaan baik, dll dll.. maka kita akan segera bergabung dengan jutaan
orang lainnya yang tidak akan pernah mencapai kejayaan n peningkatan dalam hdup. Sebab segala
sesuatunya dapat dimulai hari ini, dan TIDAK pernah ada kata terlambat untuk
hal apapun yang baik bagi diri kita.
Sebagai contoh sederhana, ..... banyak orang berkata bahwa pada masa sekarang
ini sulit sekali untuk mencari pekerjaan yang baik, maka bila orang tersebut
benar, coba bayangkan apa yang akan terjadi pada generasi selanjutnya, yaitu
generasi anak-cucu kita, berarti pada generasi mereka sudah tidak ada lagi
kesempatan kerja, bukankah demikian? Sesungguhnya saat ini adalah saat
yang tepat untuk memulai segala hal yang baik, misalnya memulai menabung,
mengembangkan kebiasaan hidup sehat, berusaha menjalankan peluang baru,
mempelajari ketrampilan baru, dll. Mulailah segala sesuatu yang baik hari ini!
ayat n kata-kata ini biasa kita dengar dalam kursus-kursus bina insan, so andai kita kini masih dalam dunia pengajian ... teruskan n tingkatkan jejak langkah kita mengejar n mengisi dada dgn ilmu ini sepadat masa munkin. Demi mencari keredhaan Ilahi yg tertinggi.
itu lah janji n kejayaan yg tertinggi ...
selamat terus meningkatkan diri dari dibelenggu seribu masalah yg hanya perlu mengikut acuan yg satu....
Islam is the future .....Thursday, July 19, 2007
MURTAD Mengikut Pandangan Ulamak Islam
Posted on Thursday, July 12 @ 10:59:42
Oleh Dr Zakaria @ Mahmod bin Daud, KIAS
Pendahuluan
Akhir-akhir ini isu murtad menjadi satu isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di mana-mana sahaja, ia ada disiar dalam akhbar-akhbar, majalah-majalah dan disebut dalam ceramah-ceramah bahkan ada kes-kes tertentu diangkat ke mahkamah.
Selain itu pengikut-pengikut kumpulan ajaran sesat ada di seluruh Malaysia dan mereka menghayati ajaran itu samada terang-terangan atau secara senyap-senyap seperti pengikut ajaran Ayah Pin, Anti Hadis dan lain-lain.
KOMUNIS .. YAHUDI ...
Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini: