Wednesday, October 10, 2007

AKU DAH PULANG




akulah bilal, akulah imam, akulah makmum di KL



2.45 cairo - 8.30 mlm KLIA
transit KL n terawih di KL.
subuh pertama di malaysia.. selepas kedengaran selesai azan subuh so saya berjalan ke surau berhampiran, si sebuah taman perumahan pegawai tentera di KL. kebetulan abg ipar seorg pegawai tentera. keadaan masjid masih lg nampak lengang. tanpa ada seorg pun ahli jemaah. termasuklah bilal n imam. lebih-lebih lagilah makmumnya. namun lampu di dalam masjid terang menyala, munkin itu utk keselamatan surau. suara azan td munkin dari surau yg lain.

walaupun statusnya surau, namun keluasannya munkin boleh memuatkan 500 org lebih.
munkin inilah pengalaman pertama saya di tanah air sendiri. sudah tentu Allah swt nak memperlihatkan bagaimana keadaan tanah airku.

saya menunggu para ahli jemaah utk berjemaah di surau hingga 10 minit.
melihatkan keadaan masih tak berubah. so dgn rasa sebak n sedih jg lah hatinya.. so saya iqamatkan solat, sayalah imam n sayalah makmumnya. di mana umat islam KL yg lain? walaupun surau dihiasi permaidani tapi kosong tanpa penghuni. inilah alamat dunia akan berakhir.

bertolak ke KB 10.45 pg
KB 12.00 tgh

sampai di kampung 2.45ptg

8.30 mlm berterawih utk mlm ke dua ramadhan. biasalah org balik dari tanah arab so tempat telah disediakan utk naik kehadapan utk jd imam solat. bukan di kampung sendiri but di tempat yg lain. sedikit menyedihkan di sana walaupun kawasan bandar but x de jenerasi muda2 yg bersedia utk kehadapan bersama-sama berterawih. kalau ada pun ustaz-ustaz yg boleh basuh kereta je pg n petang. nau'zubillah.

terawih mcm biasa 8 rakaat n tambah witir 3 so 13.
nasib baik tidak diminta utk buat 20. dalam kedaan rasa dunia masih huyung hayang, kira oklah dapat mulakan dgn surah al baqarah dgn baik. yg lawaknya surah "qulya ayyuhal kafirun" baca x habis. kan dah kantoi tu. so mereka yg di belakang dapat faham kot, maklum lah td baru sampai dari mesir..

ptg td baba tanya : mad nak pergi terus ke jd imam malam ni? so fikir-fikir terus go on je lah. hasrat hati rasanya x nak jd mcm sebelum2 ni. asyik tangguh-tangguh je. so go on terus jelah.
cuma yg jelas, andainya persediaan kita x seberapa n ditambah lg dgn kepenatan diri munkin juga boleh kandas. tapi janji Allah swt akan bersama hambanya yg betul-betul ikhlas.

alhamudillah di kelantan, kampung khususnya masyarakat telah membudayakan amalah ibadat.
nyamannya udara desa berbanding kota. kota cairo jg kota KL. ...


hari ke tiga 15hb 9 2007





langkah melaporkan diri bersama mata-mata rantai jemaah islam.



kebetulan pg ni x de apa yg wajib-wajib perlu diselesaikan so elok ke pejabat pas DUN air lanas .. kebetulan jg ayahda ketua cawangan pas kawasan. pejabat pas dua tingkat baru siap dibina munkin 1thn yg lepas. dua tahun sebelum saya ke mesir pejabat tersebut dlm proses pembinaan. cantik n molek sekali pejabatnya. berhawa dingin n siap set meja mesyuarat. di sana sempat bertanya kabar bersama ahli mesyuarat harian pas kawasan juga bekas wakil rakyat kawasan... ha! ada kat rumah? bila balik? ingat lg rupanya org-org tua ni kat aku ni :D, aku senyum je. ayahda je penjawab soalan. " balik kemarin tu, belum habis lg mengantuk nampaknya" :D. biasalah org baru balik luar negeri katakan. padahal realitinya bila sampai kat malaysia ni, mcm terlepas dari penjara padang pasir. rasa penat tu ade lah juga terasa, cuma rest kat malaysia ni 50% lebih rest dari lena di bumi arab.

minggu depan mybe boleh jumpa sahabat-sahabat yg telah lama balik dari mesir, so munkin boleh join terus usrah diorang.

namun begtu, langkah ini masih belum terancang lg, just 2-3 hari ni ikut rasa di hati je. jd like anakbongsu kembali. bersama ayah n bonda n sorg adik perempuan. hanya 4 org di bawah bumbung dua tingkat. terasa jg kesunyiannya. adikberadik yg baki 5 orang lg sudah masing2 punya hal. so utk melayan astro rasanya sudah kurang berminat lg, internet masih belum excess sepenuhnya lg. so simpan-simpan buku di rak je lah. 8 thn di mesir so bersamaan 9 buah kotak marlboro...

apapun satu perancangan hidup yg baru perlu disusun kembali, kalau dulu "bersama persatuan n jgn tinggal pelajaran" so kita mcna?

"hiduplah sebagai org mulia ataupun matilah dalam keadaan syahid" aminnn.
"iys a'zizan au mut syahiida"






No comments: