Thursday, October 25, 2007

BERSAMA MENGORAK LANGKAH

                                                    
                                                       BERSAMA MENGORAK LANGKAH

       hari ini masuk hari ke 43 di bumi tanah air sendiri, atau dengan bahasa sedapnya aku kat kampung. alhamdulillah tiada yang lebih layak diucapkan melainkan pertamanya ucapan syukur dan tahmid ke hadrat Ilahi sebanyak-sabanyaknya atas segala nikmat yang kita sama-sama kita
kecapi. hidup bersama keluarga, sanak saudara (walaupun kami tidak tinggal sekampung), rakan dan jiran sekampung, hidup bersama-sama berjamaah bermula dari solat di masjid. 

     yang jelas hari ini hari ke 25 aku bertugas atau belajar mengorak langkah menjadi seorang pendidik anak bangsa di sebuah menengah agama arab. sekolah yang jaraknya hanya 10 minit menaiki motosikal honda ex5 merah yang juga semakin usang meninggalkan zaman muda cerianya. pada awalnya, mengenai langkah hidup aku ini masih pun belum sempat aku memkikirnya untuk memilih sebarang kerjaya untuk masa depan ini. hanyalah ada banyangan dan cita-cita yang melayang di hati dan di benak untuk ini dan itu. kalaulah nak dikatakan sebagai satu perancangan yang baik, maka itu bukan namanya lagi. 
      apapun setelah menjejakkan kaki seminggu yang mana pada masa itu yangada planing di kepala untuk bersama-sama terawih dengan anak kampung. ayat-ayat quran yg telah di hafal semasa di mesir maka hanya itulah yang aku ulang-ulang untuk mengimami di saat solat terawih nanti. dan sedikit sebanyak kitab-kitab yang telah di pelajari dulu aku susun rapi kembali. takut-takut atau sudah pasti diminta untuk memberikan tazkirah ramdhan nanti. tidak lebih dari itu hidup aku sesampainya tanah air kampung halaman sendiri.
     namun apa yang jelas bermula susudah seminggu aku sampai, memang ketentuan Allah swt. sudah siap dan rapi sejak dulu lagi, mula dari itu hidup aku bagai makin meninggalkan dunia yang lama. hingga kesaat ini iaitu bermula aku di minta untuk melaporkan diri sebagai guru, maka sekrang ini tidak asing lagi dengan agenda harian bersama anak-anak sekolah, ahli qariah desa, solat hajat, tahlil arwah, mengaji al-quran untuk kematian, berbuka puasa di majlis dan pejabat daerah, berbuka puasa bersama ahli desa tak usah di sebut memenuhi bulan ramadhan. seingat aku di bulan ramadhan, hanya sempat berbuka hanyalah hari pertama dan kedua di rumah sendiri. bermula keesokkannya hari di rumah hanyalah untuk bersahur. dan sahur 10 malam terakhir pun semuanya di masjid. alhamdulillah banyak pembaharuan di masjid kampung desaku ini. masjid semakin makmur. munkin dan sudah pasti ramai anak-anak kampung aku ini ramai yang dididik melangkahkan kaki seawal kecilnya ke sekolah-sekolah agama. walaupun seawalnya kami yang dari sekolah agama ini amatlah daif lagi hina pada pandangan mereka yang buta mati hatinya.
      malam ini malam jumaat, maka buat kesekian kalinya seperti biasa malam jumaat sudah pasti ke majlis tahlil. 43 hari berada di kampung, sudah tak boleh dihitung berapa kali entah ke majlis tahlil dan solat hajat. dulu kalanya di masa kanak-kanak kami berebut ke majlis tahlil untuk makan nasi lauk ayam. kini pula apa agendanya? pikir-pikirkan dan tengok-tengokkan. dan kini bila dah mula muda dewasa rezki makan-makan begini memang amat istimewa untuk ustaz-ustaz dan tok-tok lebai :D. adakalanya 3 kali makan selepas solat insyak. adat kita, amat aib tidak makan bila dipelawakan..jadi kita makan jelah hanya sedikit setiap satu tempat bigwork...
    macamana cerita tugas harian kat sekolah pula? ...  masih terlalu banyak yang perlu kita rencanakan dan persiapkan untuk masa kini dan depan nanti. apapun dalam meneruskan segala agenda ini, mulalah dari langkah kita kini. hilangkan dan nyahkan pergi rasa takut pada bayang-bayang sendiri. bina keyakinan diri dengan apa yang pernah dan telah kita perlajari. ingatlah! janganlah kita gementar,  sememangnya seseorang itu adalah amat tinggi nilainya seandainya ia beriman.
                         siapkan diri sendiri dan kemasilah rakan-rakan yang berdiri di tepi.







No comments: