SEJUKNYA KAMPUNGKU
hari ini genap 100 hari saya berada di tanah air sendiri malaysia. banyak yang telah berlalu,berlaku and ada juga hal-hal yang masih saya nantikannya. sesuatu yang telah berlalu ada yang berjawapan, ada kesimpulan dan ada juga yang masih kabur dan masih dalam satu penantian, dan jawapan.
-result interview guru yik
-jawapan 10 jawatan spa
-dan juga sebuah jawapan .....
dalam benak pikiran memang tak lari dan penuh dengan perancangan masa depan. meneruskan pengajian MA.. hinggalah Phd .. menulis, mengarang, menadah kitab yang masih banyak belum dihabiskan dah lain-lain pembacaan yang masih bertimbung. namun apa yang jelas, tindakan yang amat bijak kini amat diperlukan. kenapa? sebabnya agenda lama masih belum terlaksana, namun makin tiba dan dah tiba agenda baru.
- jodoh bagaimana?pilihan bagaimana? ....
cukup hanya di situ cerita pasal tu..
dan kini yang jelas saya perlu meminitkan hidup dengan tugas harian sebagai pendidik anak bangsa. dari pagi hingga kemalam dan keesokannya pula.
- 7.30pagi hingga 2petang di sekolah
- 5.30 petang - 6.30 petang .. melepakkan diri atau beriadah bersama anak-anak kampung. secara langsung berusrah dengan mereka.
- 6.30 petang hingga 10 malam belajar membuka kitab-kitab di masjid, dan musalla bersama pak cik makcik, anak-anak muda
di kampung.
- jumaat 9.00 kuliah pagi jumaat menanti ... 12tghri kuliah jumaat menanti pula.
itulah agenda yang terkadang menukar perancangan kita yang asal. bagi saya, ini semua bukan menukar polisi hidup, malah ia dapat mengorak hidup yang matang. hidup ini adalah pergerakkan keadaan yang mengililingi hidup kita. adakah kitaingin mencorakkannya atau ia mencorakkan kita? ...
lagi berbaki 6 hari cuti semesta panjang. bermula 2 januari ini, pemikiran, perwatakkan, penilaian diri, dan segala-galanya saya perlu updatekan lagi. menjadikan diri ini, besok bukan aku yang kelmarin, dan lusa bukan aku yang besok. setelah sebulan saya bertugas di sekolah, ada teguran ihklas dari rakan setugas untuk saya : ustaz, boleh saya komen sikit pasal ustaz? jawab saya: ya, silakan and terima kasih banyak ... saya nampak ustaz berwatakkan kebudak-budakkan lagi, meby ustaz terbawa-bawa dengan cara hidup n pergaulan ustaz semasa belajar. saya hanya senyum and berfikir sejenak :D ...tapi tak mengapa ustaz, orang lelaki mudah menyesuaikan diri and cepat matang fikirannya.. dia mengcover ayatnya. ya, memang tepat. watak saya semasa melangkahkan kaki dan selama 2 minggu saya di sekolah masih berwatakkan tingkah laku bagai seorang pelajar. tapi bukan pengajar atau guru. semua ini walaupun saya telah sedari, namun yang jelas memang saya tidak menampakkan kematangan seorang lelaki untuk menjadi seorang pendidik. bayangkan, baru seminggu saya sampai di malaysia so terus melangkahkan kaki untuk mengajar di sebuah sekolah agama arab. pelbagai subjek diminta untuk digantikan masa guru yang tiada. nahu soraf,tauhid, sirah, balaghah, mutalaah dan lain-lain lagi. tak kisah sangat semua tu. namun apa yang perlu diingatkan, persiapan diri kita amatlah perlu.
kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang masih stay kat mesir sana, so jangan main-main, gunakan masa yang masih terluang dengan baik2..
ikhlas saya katakan... 8 tahun saya berada di mesir, masih amat rasa tak cukup lagi. syukurlah juga Allah swt. memberikan luangan masa 8tahun rezki di mesir. walaupun terpaksa tabah 8 tahun, naik turun, lulus tak lulus, ulang-mengulang. apapun itulah yang dinamakan rezki dapat hidup lama di padang pasir.

No comments:
Post a Comment