perancangan komunis
Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
Menyebarkan fahaman teori Frued � tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
Perancangan salibiah
(gerakan hancurkan islam)
Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), "Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka."
Lowrence Brown (paderi), "Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah."
Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), "Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang."
Perancangan yahudi
"Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka."
Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah enta tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.
Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri.
Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca.
Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:
Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam
Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam. Muhasabahlah� kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.
HONESTLY FROM:
MUHAMMAD FAKHRUDDIN AR-RAZI BNU MISNI
SPECIAL DEDICATE TO ALL YOUTH OF ISLAM
No comments:
Post a Comment