Thursday, July 05, 2007

etika rehlah antara lelaki n perempuan




Etika syari'e rehlah antara lelaki n perempuan


sambil-sambil membaca berita and web dr yusof qardawi ... bila melihat sekeliling saya yg hampir ini, rata-rata sedang menghabiskan percutian musim panas. antaranya dgn menganjurkan rehlah. kebetulan jg hari ni dr yusof qadawi membincangan bagaimana sepatutnya bg seorang muslim bilamana berrehlah bersama-sama (lelaki and perempuan).

terjemahan sepontang ... ada silap sila betulkan. ni pun ada yg sedang tunggu makan nasi tgh hari :D andainya bunyi ayat-ayat yg ditaip ini ala arab n terbalik susunannya minta maaf. ada masa saya edit balik .. ok ni dia saya terjemahkan ...

(akan edit masa lain nanti)

hukum syari'e dlm rehlah univ yg bercampur (lelaki dan perempuan)

web dr yusof qardawi 4-7-2007

seorang pembaca telah menulis surat bertanyakan tentang apakah hukum syari'e dalam perkara yg berkaitan dengan rehlah-rehlah yg dianjurkan oleh sesetengah universiti pada cuti musim panas.yang mana isi suratnya berbunyi "saya seorang pemuda daripada salah satu universiti yang menganjurkan program perkhemahan tahunan cuti musim panas di salah sebuah tempat di mesir (matroh), dan sememangnya perkhemahan itu dianjurkan secara bercampur antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan, dan saya telah menyertai perkhemahan itu tahun lepas, sedangkan saya tidak merasakan saya telah melakukan dosa dalam program tersebut kerana kebanyakkan masa saya bersama pelajar lelaki begitu juga ada hubungan dengan pelajar perempuan yg mana kesemuanya dalam keadaan beradab dan megnikut tatasusila yg baik, dan saya tidak menafikan bahawa ada di sana hubungan yg tidak sepatutnya berlaku. akan tetapi saya benar-benar menjaga daripada menjauhi melakukan semua itu. sebagaimana saya tegaskan bahawa saya tidak merasakan bahawa saya telah melakakan maksiat di program perkhemahan ini. apakah pandangan syari'e dalam permasalahan ini, kerana saya berhajat untuk menyertai perkhemahnan tersebut pada tahun ini sekali lagi?

jawapan Dr yusof qardawi.. بسم الله، والحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وبعد pertemuan antara lelaki dan perempuan itu sendiri pada asalnya bukanlah haram hukumnya dalam Islam, bah kan harus, ataupun dituntut apabila mempunyai niat dan tujuan kerjasama tersebut adalah mulia, program ilmu yg berguna, kerja amal kebajikan, jihad yang wajib. Ataupun selain daripada perkara demikian yang mana memerlukan kerjasama di antara lelaki dan perempuan dan memerlukan pertolongan serta kerjasama dalam perlajalanan dan perlaksanaanya.

etika-etika yg digariskan oleh Islam :

1.
menjaga pandangan mata di antara dua pihak. jangan sekali-kali memandang kepada aurat, tidak memandang dgn syahwat, tidak
melepaskan pandangan melebihi selain yg di perlukan. قال تعالى: (قل للمؤمنين يَغـضُّوا من أبصارهم ويحفظوا فروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون.. وقل للمؤمنات يَغْـضُضْنَ من
أبصارهن ويحفظن فروجهن). (النور 30، 31).


2.
menjaga kewajipan berpakaian bagi wanita. berpakaian yg menuntupi badan kecuaili wajah dan dua tangan. ف، قال تعالى: (ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر
منها ولْـيَـضْرِبْنَ بخُمُرِهِنَّ على جيُوبهن). (النور: 31).

3.
menjaga adab pergaualan wanita muslimah pada semua perkara, secara khususnya dalam pergaulan dgn lelaki :

i- percakapan. jauh daripada menarik perhatian dan syahwat. قد قال تعالى: (فلا تَخْـضَعْنَ بالقول فيطمع الذي في قلبه مَرَضٌ وقلن قولاً معروفًا). (الأحزاب: 32).
ii-
berjalan. قال تعالى: (ولا يـضربن بأرجلهن ليُعْلَمَ ما يُخْفِين من زينتهن) (النور: 31)، بقوله: (فجـاءته إحداهما تمشي على استحياء). (القصص: 25).
Allah memerintahkan supaya berjalan dgn sifat penuh sopan dan sifat yg malu.
iii- pergerakkan . tidak berkelakuan yg terlalu lembut dan juga menghairahkan, sepertimana kelakuan wanita pada zaman jahiliah.

4. menjauhi daripada setiap perkara yg boleh merangsangkan, bau-bauan dan perhiasan yg sepatutnya dipakai di rumah dan bukan pakaian di jalanan begitu juga utk pertemuan dgn lelaki.

5. mejauhi daripada bersama-sama (bedua-duan) antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram.

6.
hendaklah pertemuan itu menjaga batas-batas yg diwajibkan dan mestilah mempunyai kepentingan, tanpa ada di sana sebab yg
boleh menyebabkan perbualan yg panjang, ataupun menjauhkan daripada wanita itu daripada menunaikan kewajipannya yg suci iaitu menjaga rumah tangga dan mendidik generasi akan datang.

No comments: