Tuesday, July 31, 2007

agama dan politik - 1






Agama dan Politik - 1


( inti daripada buku ‘ad din waas siasah’ oleh Al Qardhawi )




June 16, 2007 ·


oleh : ust nik abduh b nik abdul aziz nik mat.. http://nikabduh.wordpress.com/




Apa itu ad din/ugama?




Bahasa: 1- menunduk, menyuruh, mentadbir, membalas. 2-tunduk, taat. 3- menjadikannya sebagai jalan, mazhabdan kebiasaan. Ketiganya disatukan dalam maksud; Pihakpertama menunduk dan menyuruh, lalu pihak kedua tundukdan patuh, lalu terjadilah jalan dan peraturan yang menghubungkan antara keduanya.




Maka ugama dalam penggunaannya bermaksud: sejumlah peraturan yang dianuti sesuatu umat samada dalambentuk kepercayaan atau amalan.Istilah: Pelbagai. Yang termasyur di kalangan paraulama: Satu peraturan/undang-undang ilahi yangmendorong manusia yang memiliki akal yang sejahtera, dengan pilihan sendiri, ke arah kebaikan masa kini (dunia ) dan kejayaan pada hari kembali ( akhirat ). (Syeikh At Tahanuwi, ulama agung India ) Ringkasan pilihan: Satu peraturan/undang - undang ilahi yang menunjuki ke arah al haq di dalami’tiqad/kepercayaan dan ke arah kebaikan di dalamsuluk ( amalan termasuk ibadat ) dan muamalat. (Syeikh Muhammad Abdullah Darraz )Pengistilahan ad din/ugama di kalangan para sarjanabarat juga tidak jauh bezanya dengan para ulama Islam.




Contoh: 1 - Ikatan yang menghubungkan insan denganAllah. ( Sir Sisrone? ) 2 - Sejumlah kewajiban makhlukterhadap penciptanya; kewajiban manusia terhadap Allah, kewajiban mereka terhadap sesama sendiri dankewajiban terhadap diri sendiri. ( Al Ab/FatherShatel? ) Maksud kalimah Ad din di dalam Al Quran: Mengandungipelbagai maksud mengikut siaq/jalan ayat. 1 -Pembalasan ( al Fatihah:4 ) 2 - Ketaatan ( AnNIsa’:164 ) 3 - Dasar ugama dan akidahnya ( AsySyura:13 ) 4 - Ugama Islam sahaja ( Ali Imran:83 ) 5 -Akidah yang diimani sesuatu kaum walaupun ianya batil( Al Kafirun:6 ) Maka ( berdasarkan ayat Al Kafirun:6, At Taubah:33, AlFath:28, As Shaf:9), sebutan ad din tidak hanyabermaksud ugama yang benar sahaja, bahkan ianya jugamembawa maksud semua ugama yang dianuti manusia samadaianya benar ( Islam ) atau batil ( semua ugama lain ). Salah sekali dakwaan bahawa dikhususkan kalimah addin/ugama itu kepada agama yang benar sahaja.Ad din dan Al Islam : Penting untuk kami tekankan bahawa kalimah addin/ugama adalah tidak sama maksudnya dengan kalimahAl Islam sebagai mana yang difahami kebanyakanpengarang buku kini.Ya, jika sekiranya ia ( din ) disandarkan ( idhafah )kepada Islam ( dinul Islami ) atau kepada Allah ( dinAllahi ) atau dirujuk kepada Nabi Muhammad (sallaLlahu alaihi wasallam ) atau kitabnya, maka addin di sini memang bermaksud Al Islam.Tetapi jika ad din itu bersendirian ( tanpa idhafahatau disifatkan ), maka ia lebih sempit maknanyaberbanding kalimah Al Islam. Ad din pada hakikatnyaadalah satu juzu’ ( sebahagian ) daripada Al Islam.Kerana itu, misalnya, ulama membahagikan perkaradharuriyyat ( kemestian ) dalam maslahat syariat Islamkepada 5 perkara, satunya ialah ad din ( selainnyaadalah nyawa, keturunan, akal, harta dan tambahan keenam, maruah ). Ertinya ad din adalah satu juzu’daripada Islam yang lebih luas maksudnya. Maka salahsatu tujuan utama syariat Islam ialah mendiri danmenjaga ad din yang merupakan rahsia penciptaanmanusia.




Oleh itu, Ad din bererti perkara yang menentukanhubungan di antara Allah dengan makhluknya; makrifatmengenaiNya dan tauhid, iman yang sahih tanpa syirik,juga mengesakannya di dalam ibadat.Lihatlah bagaimana Al Islam lebih luas maksudnyadaripada ad din. Kita berkata: Islam adalah agama dandunia, akidah dan syariat, ibadat dan muamalat, dakwahdan daulah, akhlak dan kekuatan.Juga doa RasuluLlah: “Ya Allah, perelokkan untuk kamiugama kami yang merupakan penjaga urusan kami.Perelokkan untuk kami dunia kami yang merupakan tempathidup kami. Perelokkan untuk kami akhirat kami yangmerupakan tempat kembali kami.” Ketiga - tiga ituterkandung di dalam Al Islam.




bersambung ...

No comments: