Wednesday, October 01, 2008

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia


Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya....

nak kata x sempat up date blog x boleh ... meby sikap menanguh2 masih bermaharaja lalu ..

pepun.. memang kewajipan kita terlalu byk berbanding masa yang ada. moga hidup or mati kita di bawak naungah rahmat Ilahi..

tiada rehat bagi org mukmin, kecuali masa menemui Ilahi ..

Friday, July 11, 2008

MUBAHALAH

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Soalan; Apakah dia mubahalah? Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w?

Jawapan;

Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua. Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.

Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).

Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali Imran, antaranya firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya; ‘Jadilah’, maka ia pun jadi” (Ali Imran; 59). Walaupun telah dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas). Tatkala diajak untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa hari untuk bermesyuarat sesama mereka. Di kalangan mereka ada seorang alim Nasrani bernama ‘Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Ia menjawab; “Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Ia datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat kamu (yakni Isa a.s.). Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…”. Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).

Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).

Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah. Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)

Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah. Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat). (Tafsir al-Qasimi).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir Ibnu Kathir
2. Tafsir Imam al-Qurtubi
3. Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil (Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi).
4. Tafsir al-Wasit (Dr. Wahbah az-Zuhaili).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 10:28 PM 0 comments
MUBAHALAH

Soalan; Apakah dia mubahalah? Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w?

Jawapan;

Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua. Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.

Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).

Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali Imran, antaranya firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya; ‘Jadilah’, maka ia pun jadi” (Ali Imran; 59). Walaupun telah dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas). Tatkala diajak untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa hari untuk bermesyuarat sesama mereka. Di kalangan mereka ada seorang alim Nasrani bernama ‘Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Ia menjawab; “Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Ia datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat kamu (yakni Isa a.s.). Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…”. Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).

Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).

Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah. Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)

Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah. Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat). (Tafsir al-Qasimi).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir Ibnu Kathir
2. Tafsir Imam al-Qurtubi
3. Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil (Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi).
4. Tafsir al-Wasit (Dr. Wahbah az-Zuhaili).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 10:28 PM 0 comments

Friday, June 27, 2008

konsert rock rohani di kota bharu


konsert rock rohani di kota bharu



Jun 25, 2008 in hikmah, istizkariyyah, seni, sosial | 26 comments
oleh : http://nikabduh.wordpress.com/

Salam Kamunting,

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam ( MPKB-BRI ) akan menyambut ulang tahun ke 3 perisytiharan bandar Kota Bharu sebagai sebuah bandar raya Islam bersempena tahun melawat Kelantan 2008 bermula Ogos hingga Oktober 2008 ini.

Beberapa program besar dan menarik akan diadakan dengan tujuan memberi kesedaran dan menarik sokongan semua pihak ke arah menjayakan matlamat menjadikan Kota Bharu benar - benar memenuhi ciri - ciri sebuah bandar Islam menjelang 2015 akan datang.

Antara yang dicadangkan untuk hiburan dan kesukaan remaja terutamanya adalah konsert rock yang akan melibatkan beberapa artis terkemuka tanah air. Ella, Mas Idayu dan artis perempuan lain tidak akan dijemput untuk konsert terbuka ini.

Dalam mesyuarat jawatan kuasa induk Sekretariat Bandar Raya Islam yang dipengerusikan YB Dato Hj Takiyudin bin Hasan itu, saya menyokong cadangan tersebut yang disetujui sebulat suara oleh mesyuarat.

Saya tak tahu sangat apa rock rock ni. Yang saya tahu muziknya kuat, bising dan rasa celaru. Itu telinga sayalah. Tapi peminat rock mungkin lain. Sesetengah lagu nasyid pun saya rasa serabut.

Tapi, dengar ikut corong IKIM tu, ada beberapa lagu yang sungguh sedap sekali dihayati nyanyiannya. Saya tak tahu pula siapa penyanyinya. Garau macam Ramli Sarip atau M nasir. Kot Dhuat79 tak tahulah saya..

Saya sokong bukan kerana saya minat dan nak pergi tonton. Masa Mawi datang dulu, ayahanda pergi, saya tak pergi. Dia pergi ada mesej. Oleh kerana mesejnya sudah cukup, saya tak perlu pergi lagi apatah saya tak ada rasa minat pun. Jumpa Mawi, saya nak bersalamlah sebab dulu tak ketemuan..

Saya rasa confirm Amy Search dalam senarai pertama yang akan dijemput. Ini mungkin saya kena pergi sebab saya jemputnya datang ke Kelantan dulu. Paling tidak saya kena bersalam awal dengannya. Daftar diri untuk makluman.

Nak jemput siapa lagi? Ada cadangan daripada anda? Kalau boleh sebut lagu apa yang bagus - bagus..

Jika anda tak setuju konsert rock rohani ni, bolehlah nyatakan di sini. Saya pun rasa seriau semacam dengan nama ’rock rohani’ ni.. Rock jasmani mudahlah saya faham..

Rasulullah sudah ramalkan, Harga Barang Akan Naik.



Friday, June 27, 2008

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi @ 4:30:00 PM

Rasulullah sudah ramalkan,
Harga Barang Akan Naik.


Sedar atau tidak, kita umat Islam berbangsa melayu ini amat jarang mungkin meneliti amaran, saranan dan ramalan Rasulullah berkaitan keadaan dan kondisi umat pada akhir zaman.

Ramalan Al Quran berkaitan pembakaran minyak di Hijaz, ramalan Rasulullah berkenaan keadaan pengepungan bumi Iraq (economic sanction), gencatan senjata umat Islam dengan bangsa eropah-Amerika, perkembangan system IT dan komunikasi awam dan sebagainya jarang sekali dikupas di masjid-masjid.

Hebatnya Rasulullah iaitu insan wahyu terulung ini. Saya berminat mengambil potongan hadis sahih seperti yang dibawah untuk kita teliti.

Bersabda Rasulullah SAW daripada Auf Bin Malik,

“ Aku menghitung ada enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu; ……kemudian melimpahnya wang (harta) sehingga apabila seseorang diberi gaji seratus dinar maka ia tetap tidak puas….”

( Riwayat al-Bukhari)

Menurut Amin Muhammad Jamaluddin( 2004) , pada zaman Rasulullah satu dinar dapat membeli seekor kambing. Pada hari ini pendapatan 500 dinar tetap tidak mencukupi. Selain nafsu serakah, ia dipengaruhi oleh harga barang dunia yang semakin meningkat akibat salah tadbir ekonomi dan politik, penghakisan dan penyerapan bahan mentah secara wewenang serta sikap monopoli dan eksploitasi mata wang dunia demi kepentingan peribadi (perangai Yahudi).

Jadi Rasulullah sudah nampak akan terjadinya senario hari ini di mana permintaan (demand) melebihi pengeluaran (surplus), inflasi meningkat serta sikap gaya mewah dan berlumba-lumba ke arah kemewahan berlaku. Mari kita letili sedikit fakta di bawah.

Harga kertas dan alatan tulis akan meningkat hingga hujung tahun ini iaitu sehingga 50% ! ( Kata Alexander Lee jurucakap bagi penjual buku Selangor, Pertubuhan Percetakan akhbar wilayah Cina Pusat dan Selangor dalam The Star 22 Jun 2008). Akibatnya, pendidikan akan menjadi perniagaan.

Buku ilmiah akan dikurangkan sebaliknya lambakan bahan picisan dan lucah memenuhi pasaran kerana hanya bahan sebegitu akan menjadi perhatian ramai di dalam suasana bahan pencetakan mahal. Jadi ia boleh mempengaruhi moral sesebuah negara juga.

Kenaikan harga petrol adalah sebayak 41% dan diesel 63%. Akibatnya tarif elektrik naik. Harga barang naik. Gejala sosial dan jenayah akan menigkat. Lihat sahaja pada zaman Jepun sebaik sahaja Jepun memperkenal sistem matawang yang tiada nilai. Inflasi meningkat lebih 100% ! Jenayah meningkat. Jepun ambil tindakan mudah dengan membunuh sahaja pencuri atau dikerah ke Siam dan Burma membuat jalankeretapi maut.

Kenaikan CPI ( Indeks Harga Pengguna) adalah disebabkan;

kenaikan harga minyak
dan krisis kekurangan makanan global.

The Star juga melaporkan 22 Jun 2008 (mukasurat 22) mengenai kegelisahan dan bahana yang menimpa kini terhadap peniaga kecil mahupun peniaga sederhana modal. Akibat kenaikan harga kos (raw material), menyebabkan produk atau perkhidmatan terpaksa naik.

Tetapi peniaga kecil dilarang menaikkan harga. Gaji pekerja kerajaan (awam) tidak segera dinaikan. Gaji pekerja swasta pula mestilah berdasarkan kenaikan gaji pekerja kerajaan kerana kos sara diri di tetapkan oleh kerajaan.

Bayangkan kini kenaikan bahan asas untuk bahan pembinaan adalah sebanyak 15% hingga 20% secara umum. Untuk terperinci sebagai contoh kenaikan harga simen( 21%), pasir ( 14%), steel bar ( 60%) dan lain-lain lagi ( rujukan Master Bulders Assosiation Of Malaysia).

Akibatnya tempat tinggal tiada jaminan. Sedangkan kehendak asasi manusia ialah tempat berlindung, udara, makanan dan pakaian. Ini hak setiap manusia dalam sesebuah negara. Rasuah dan salah moral di kalangan jurutera serta kontraktor akan berlaku. Bahan murah dan banyak akan digunakan.

Akibatnya kes-kes seperti MRR2, Highland Tower dan sebagainya boleh berlaku. Banyak kehilangan nyawa dan kerugian berlaku hanya akibat kenaikan harga melampaui kemampuan individu. Lihat kenaikan harga makanan asasi negara ini di bawah.

Indeks Harga Pengguna Sehingga disember 2007

Sayur sayuran 6.4 %, Makanan diproses 3.8 %, Makanan laut 3.0 %, Daging 3.0 %, Nasi, Roti & Bijirin 2.1 %, Minyak and Lelemak 1.2 %, Gula, Jam, Manisan, Coklat,Biskut1.0 %, Buah-buahan 0.7 %

Senarai Barang Yang Mengalami Kenaikan Ketara

Cili Merah (+) 20.8 %, Tembikai (+) 15.3 %, Tembikai Susu (+) 9.2 %, Kajang Panjang (+) 8.7 %, Bawah Kecil (+) 6.9 %, Tomato (+) 6.3 %, Ikan Indian mackerel (+) 6.2 %, Ikan Hardtail scad (+) 4.9 %, Ikan Round scad (+) 4.7 %, Kailan (+) 4.5 %, Pizza (+) 4.3 % Tepung Gandum 107%, Tepung Beras 110%, Susu Pekat 75%, Telur 35%, Marjerin 64%

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Mengapa Kenaikan Harga Barang Melampau ( Oleh Dr Shafie Abu Bakar )

Disebabkan oleh faktor-faktor yang dapat kita sebutkan sebagai faktor dalaman dan luaran.

a) Faktor Dalaman




Sebahagian dari faktor dalaman yang penting yang kenaikannya ketara memberi kesan kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan ialah:

Pengkoporatan, Penswastaan dan Perjanjian Berat Sebelah

Dapat dikatakan kerajaan mengambil langkah silap dengan pengkorporatan dan penswastaan projek-projek lebuhraya secara berterusan, terbuka dan berat sebelah kerana ia lebih mengutamakan syarikat konsesi daripaa kepentingan rakyat.Tinggi pendapatan ialah PLUS sebanyak RM15.91 bilion dikuti Jambatan Pulau Pinang RM1.7 bilion dan Elite RM1.05 bilion. Selain daripadanya keuntungan antara RM990 juta ke RM 300 juta

Harta Negara/Rakyat Menjadi Milik Syarikat

Petronas melonjak dengan keuntungan. Contoh bagi kunci kewangan berakhir 31 Mac 2007 Petronas mendapat untung sebanyak RM46.4 bilion mengatasi keuntungan Mac 2006 sebanyak RM 43.1 bilion (NST March 28, 2007: 4). Bagi tahun Mac 2005 keuntungan sebanyak 35.56 bilion (tertinggi sejak 30 tahun operasi sebelumnya) dan bagi Mac 2004 RM23.66 bilion (UM 1 Julai 2005: 21). Dengan keuntungan tahunan semakin meningkat sejak berpuluh tahun yang lepas (sejak 1970an), Petronas mengungkit ianya telah memberi subsidi kepada rakyat sejak sepuluh tahun lepas berjumlah lebih RM50 bilion (The Star, 28 October 2007: F25).

Jana Kuasa dan Sumber Air

Api dan air adalah keperluan asasi bagi rakyat. Kedua-dua sumber ini perlu dikawal oleh negara untuk mengelak dari eksploitasi dan monopoli pihak swasta. Misalnya TNB turut berhasrat menaikkan tarifnya pada awal 2008 kerana minyak dan gas akan naik (UM, 20 Okt. 2007: 1), padahal bagi kunci kira-kira berakhir pada 31 Ogos 2007 TNB mendapat untung tertinggi 88% berjumlah RM4.06 bilion berbanding tahun sebelumnya hanya sebanyak RM2.16 bilion(The Star Biz, 26 Oct. 2007: 1).

b) Faktor Luaran


Memanglah diakui faktor luaran – dimaksudkan luar negara memberi kesan pada kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti kenaikan harga minyak yang kesannya bersifat global, kurangnya pengeluaran seperti gandum disebabkan kemarau dan bertambahnya populasi dunia. Misalnya walaupun pengeluaran makanan dunia tahun ini terbanyak iaitu 1.66 bilion ton melebihi 89 milion tan dari tahun lepas dan bertambah makmurnya penduduk seperti di Cina dan India yang mampu membayar lebih makanan (The Economist December 8, 2007: 81), dari satu pihak pula terdapat 36 negara dengan jumlah penduduk seramai 854 milion yang kekurangan makanan menyebabkan keperluan makanan masih tidak kecukupan (The Star October 21, 2007: N42).

Bahan makanan yang sepatutnya untuk dimakan, tetapi bertukar fungsi kepada biofuel dan ethanol untuk bahan tenaga alternatif seperti hasil kelapa sawit, soya, jagung dan tebu. Ini menyebabkan harga makanan sedemikian meningkat tinggi. Termasuk inflasi akibat dari turunnya nilai dolar khususnya bagi negeri-negeri yang bergantung nilaian pada mata wang tersebut.

Kenaikan harga barang dunia adalah disebabkan sikap manusia dan akan mempengaruhi sikap manusia juga. Manusia membina dunia menjurus kearah kebejatan, anak cucu manusia juga akan meneruskan nilai kebejatan malah lebih buruk lagi. Yang penting pemimpin yang mengurus ekonomi da politik perlu dididik bukan sekadar menjaga indeks, pengeluaran dan pencairan wang semata-mata.

Sunday, May 18, 2008


                                        Sudahkah anda mendengar ulasan Tok Guru ini?

Baru-baru ini selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, MB Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS dilaporkan oleh akhbat The Star sebagai berkata:

PAS will also only support PKR’s move to entice Barisan Nasional MPs to hop across to the Opposition if the defectors accept its Islamist struggle and the “Pakatan” alliance’s principles

(PAS akan hanya menyokong usaha PKR untuk mempelawa ahli-ahli Parlimen BN melompat ke pihak pembangkang kiranya mereka yang melompat itu bersetuju dengan dasar pejuangan Islam dan prinsip-prinsip yang disepakati “Pakatan”.)

Otherwise, it would be difficult to accept Barisan defectors as it becomes apparent that they are only joining for positions of power or monetary gain.

(Jika tidak sukar untuk menerima mereka yang berpaling tadah dari Barisan kerana ternyata mereka melompat semata-mata kerana mahukan kuasa dan kepentingan kewangan).

“Ideally, we want Malay party hoppers from Umno to join PAS, or the majority of Umno members to join us, as we are the only one championing Islam,”

(Dari segi idealnya kita mahukan orang-orang Melayu yang melompat parti dari Umno itu untuk menyertai PAS, atau majoriti ahli-ahli Umno untuk menyertai kita, kerana hanya kita yang menjuarai perjuangan Islam.)

Saya hanya memuatkan berita ini hari ini oleh kerana saya menunggu-nunggu juga pihak lain untuk mengulas atau mengenengahkan berita penting yang datangnya dari orang yang terpenting dalam PAS ini. Rupanya sehingga kini (maaf kalau ada) saya tidak terbaca pula apa-apa ulasan atau paparan mengenai berita ini.

Lalu saya merasakan terpanggil untuk membawanya ke hadapan mudah-mudahan difikir dan diteliti secara mendalam oleh semua. Sesungguhnya tokoh yang paling besar yang menyumbang kepada kejayaan PAS khasnya di Kelantan disamping negeri-negeri lain, tidak boleh dinafikan adalah Tok Guru Mursyidul Am. Satu kajian yang dibuat oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UITM mendapati bahawa video klip munajat Tok Guru yang menerima jutaan hits itu adalah antara penyumbang terbesar kemenangan PAS.

Lalu bila kita sudah menang, takkanlah kita tidak mengambil kira pandangan beliau ini?


Monday, March 10, 2008

BESOK GENAP 6 BULAN

besok genap 6 bulan atau setengah tahun saya pulang ke malaysia. saat masa yang berlalu 

jauh berbeza jika dibandingkan masa belajar dahulu. lebih-lebih lagi jika dibandingkan 
hidup antara dua benua. benua asia dan benua afrika. sepahit pengalaman di benua afrika sana
maka semanis itulah kenangan yang dapat dirasakan kini. kata syair : "sepenat mana kamu 
rasakan semasa menuntut ilmu kini, maka setakat itulah kamu akan dapat rasakan nanti."

pertengahan september saya pulang ke malaysia, di akhir september alhamdulillah dunia 
menganggur saya berakhir. pengalaman menganggur yang lama tidak dapat saya rasakan. ujian 
untuk saya adalah sejauh mana sifat syukur yang ada dalam diri.

bermula akhir september hingga kini alhamdulillah saya dapat berkhimat semampu yang boleh 
mendidik anak bangsa yang dahakan ilmu pengetahuan agama. hampir 6 bulan saya ditakdirkan berada 
di bawah sekolah agama bantuan kerajaan di pinggir bandar jeli. berbekalkan semangat yang 
ada, dan pengalaman yang begitu cetek saya memberanikan diri melangkah setiap penjuru yang 
diberikan ruang untuk berkhidmat. 

tugasan yang diamanahkan di sekolah perlahan-lahan dapat diaturkan semampu yang boleh, 
sambil mengintai pengalaman guru-guru yang lama di sekeliling. 

apa yang sedikit mencabar ialah hidup di dunia plihanraya malaysia ke 12 baru-baru ini. 
jadual ceramah daripada dewan ulama telah diaturkan, begitu juga lajnah penerangan. dalam 
masa seminggu nama saya juga dimasukkan untuk membuat pengisian ceramah berkelompok. seawal 
pagi hingga petang di sekolah, malam ke surau atau dewan atau pos pas juga di tempat umum. 
berbekalkan sedikit ilmu yang cetek dan semangat yang turun naik, saya melangkah jua.
tak boleh bayangkan bila diminta untuk memberi ceramah politik. hanya Allah swt yang tahu
setiap kuliah atau ceramah yang saya sampaikan entah sampai maksud atau tidak. pada saat 
itu saya fikirkan, hanya inilah yang saya boleh berikan tenaga. berbanding anak-anak 
kampung yang lain, mereka sanggup tidak melelapkan mata berhari-hari menunggu pos, menampal 
poster, bendera dapat dilihat di merata corok tempat. mereka bekerja penuh semangat demi 
menaikkan islam di bumi malaysia tercinta ini. andai dilihat pada pengajian mereka. rata-
rata hanya di peringkat menengah sahaja. jarang dapat dilihat yang ada segulung ijazah
bekerja sepenat mereka. alasan demi asalan yang diberikan.

fikir-fikirkan nanti wahai sahabat-sahabat bila diberi pilihan untuk bekerja. moga segulung 
ijazah tak jadi seperti sebiji tempurung yang digunakan untuk meminta sedekah merata-rata 
tempat.tugasan terlalu banyak, rezki telah tersedia, bukan hanya pada ijazah dan sijil yang 
dijadikan tempat meletakkan harga nilai dalam perjuangan. ramai juga yang bimbang dan takut
andainya tempurung mereka ditutup rapat.


tahniah buat semua pejuang-pejuang Agama Allah swt ...
kini tiba masa untuk mempertahankan sebuah kemenangan.
ALLAHU AKBAR !!!






Monday, February 11, 2008

MOGA SEKOLAH SESEJUK EMBUN



nak p tak exam PTD?

satu dunia ..... masa berbeza

dua hari lepas saya dapat tawaran untuk exam PTD (pegawai tadbir diplomatik) di UM nilam puri KB. andai saya hadir exam tersebut maka sebulan penuh saya evry weken saya dalam dewan exam.. 3 minggu yg lepas dari 8pg - 4ptg betapa cari ilmu perguruan dalam dewan di YIK. hari ini sambung mengajar seperti biasa di sekolah. dah 3 hari tinggalkan sekolah, rasanya 
rindu pulak pada anak-anak buah. diorang pun harapnya macam tu lah.

minggu ini semua sekolah YIK akan bz dengan acara KOKurikulum. nampaknya di tahun permulaan saya sebagai guru YIK terasa sedikit kekok n sususan kerja yg kurang kemas n sistematik. apapun segalanya sambil intai cara-cara pengurusan n pembelajaran yang terbaik
daripada guru-guru yang telah mahir.

apa yang dapat rasa perbezaan di alam kerjaya berbanding semasa belajar sudah semestinya adalah perbedaan masa sehari-harian. andainya di alam belajar memang amat terasa jg
keterbatasan masa dalam seharian. lebih-lebih lagi hari-hari akhir semesta sebelum tibanya exam.
namun kini  bila melihat n rasakan keberadaan di alam kerjaya ini jauh kita merasakan masa
makin menghimpit hari. setahun bagaikan sebulan dan sebulan bagaikan sehari. dan sehari entah kemana perginya ia ....
bila terkenangkan di alam belajar .. terasa amat indahnya satu masa dulu. penat belajar so sambung bersembang. kadang-kadang seharian penat bersembang. lebih-lebih lagi di musim dinginpadang pasir.
lebih-lebih lagi hari exam semakin hampir, maka makinlah lagi best bersembang.
buat air syai (teh mesir) satu baldi :) dan adik beradik kat rumah semuanya ada, masing-masing di tangan ada buku atau nota. so buat lingkungan, kadang-kadang atas katil di bawah selimut tebal dan air syai panans di pass sorang2 .. last2.. satu hari habis begitu aje. kulit buku pun masih baru lagi.
buat adik-adik kat padang pasir sana, jangan tiru abang-abang lama ni :) study last minit. tapi itulah bestnya. edvand katakan :) ..


satu perkara lagi ... ada juga terdegar suara kawan-kawan masa study dulu,, katanya boring 
n puas lah, tak de apa nak buat la .. dan macam-macam lagi. seingat saya .. walaupun 8 tahun :)
saya di padang pasir sana, namun tak pernah sesaat pun saya merasakan keboringan untuk 
menghabiskan satu-satu masa. apa yang dapat rasakan ialah kesuntukan masa dalam menyiapkan sesuatu perkara. tidaklah rajin sangat, namun sekurang-kurangnya ada buku sebagai kawan dan semestinya kerja-kerja persatan yang amat banyak bertimbung.
paling kurang saya p jalan-jalan di tengah jalan raya tercantik di cairo(jln solah salim) ... pegang buku satu, so rest kat busstop sana. maka itulah memory yang best dapat rasa kini. walaupun
pada masa itu kepala amat memeningkan, berserabut kerja persatuan, tertekan nota tak siap, stress exam dah hampir, hafalan ta kemana lagi dan macam-macam. apapun saya memang jenis tak suka mengadu nasib kat orang lain(apa yg kongsi yang best-best je :) ) nak kata ego tu tak kot. kata psikologi ..
amat baik ada sifat ego yg tinggi dalam diri, dengan syarat gunakan ego itu untuk kekuatan diri :D ...

satu lagi ... bila bertanya pada kwan.. berapa madah yang diajar@hissoh di sekolah dalam masa seminggu? so masing-masing jawab 24, ada juga 20, biasa jawab 27 hissoh ... saya dapat senyum je la. 

bagi saya .. kena mengajar 29 hissoh dalam masa seminggu. 5-6 masa dalam sehari. 8 subjek dan dari tingkatan 1 hingga ting 5 ..

apapun saya datang untuk belajar menerus hidup dan berkhidmat untuk semua. setakat yang mampu
maka kita sama-sama usahakan.

selamat meneruskan pembelaran buat semua sahabat-sahabat di mesir sana ... 
doakan jua buat kami di sni  ....

 



Wednesday, January 23, 2008

16-1-2008 MELAPOR DIRI


majlis iftor sekolah .... jom make etok n kere ... kalau elergy jgn :D


 
sekolah rakyat, pelajar sendiri pun kena bina and comelkan sekolah ..


16hb feb mula melaporkan diri secara rasmi sebagai seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah di bawah yayasan islam kelantan(YIK) iaitu smu(a) nah datul ulum, jeli, kelantan. 
terletak berhampiran bandar atau pekan baru jeli. keadaan bangunan sekolah dua tingkat baru siap dibina 3 tahun yang lepas menggantikan bangunan yang lama. jumlah pelajar
yang boleh dikatakan tidak begitu ramai kurang 200 orang pelajar, bersama 12 orang guru. dari segi keadaan suasana sekolah alhamdulillah segalanya boleh dianggap selesa. bagi pendapat saya, andainya sekolah ini dapat diselia dengan sebaik munkin ia boleh setanding dengan sekolah yang berbentuk bestari, iaitu dari segi kawalan pelajar dan tumpuan guru kepada pembelajaran setiap pelajar. memandangkan kepada bilangan pelajar yang kurang daripada 200 orang, maka guru-guru dapat mengenali, merapati juga lebih mesra dengan setiap pelajar. bukan setakat masuk
kelas dan menghabiskan silibus-silibus pengajian malah dapat mendidik dan menjana
meningkatkan dari segi akhlak tingkat laku dan pribadi pelajar yang unggul. di sinilah bagi saya
menganggap ada kelebihan berbanding sekolah-sekolah yang besar serta ramai jumlah pelajarnya. biasanya di sekolah yang mana pelajar yang melebihi 1000 orang, tumpuan
guru untuk merapati dan mengenali pelajar sedikit rumit. biasanya bagi pelajar yang cemerlang
akan tetap terus cemerlang dan dibanggakan, dan bagi yang tercorot akan terus tercicir dan kadang-kadang mereka mengadu seolah-olah bagai dianak tirikan. ada juga guru tak sempat mengenali anak muridnya sendiri. 







alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan di sekolah ini, mudir, guru-guru lama dan baru mereka dapat menerima kehadiran kita yang seadanya ini. malah terharu dengan sambutan mereka 
untuk kita bagai budak baru belajar ini. amat terhutang budi di atas segala tunjuk ajar walaupun langkah kita baru sahaja bermula di sisni. berbekal sedikit semangat dan hasrat ingin mendidik dan ingin melihat anak bangsa berjaya saya meneruskan langkah hari makin sehari.

hari ini saya diminta untuk ditambah mata pelajaran yang perlu diajar. selepas hitung dah kira
dalam seminggu 29 hisoh kelas mesti saya tunaikan. 





1. al quran tingkatan 4,5
2. balaghah spm, smu
3. tafsir tingkatan pmru
4. tauhid tingkatan 3
5. nahu soraf tingkatan 1
6. fiqh tingkatan 5
7. insyak tingkatan 5
8. syariah tingkatan 4




 

saya belum bertanya kabar berita kawan-kawan yang lain. munkin mereka lebih banyak
subjek yang perlu diajar berbanding saya..
apapun segalanya tetap mesti diteruskan. ..


Sunday, January 13, 2008

KENA PEGANG DAKWAH LAGI

hari ini mesyuarat guru sekolah kali ke 2 di awal tahun persekolahan. nampak gaya tugasan makin banyak terpaksa dipikul,mybe buat sementara waktu atau untuk jarak masa panjang. tugasan yang banyak terpaksa dipikul oleh kerana pertukaran guru seramai 4 orang. dan ada juga ke kpli dan juga jqaf.

saya telah di amanahkan oleh pengetua untuk memegang guru dakwah dan kepimpinan. so kena bergiat dan meneruskan lagilah tugas yang memang sejak dulu senantiasa ditakdirkan begitu. seingat saya seawal umur bertandang ke mesir, saya diminta oleh senior untuk menjadi ajk badan dakwah. peringkat PMRAM dan juga KPKM. hinggalah amanah terpaksa dipikul berat sebagai exco lajnah dakwah. kalau diikutkan kelayakan entahlah. sah x layak. apapun kehendak orang ramai jadi terpaksalah.

apapun alhamdulilah, syukur sebanyaknya. pengalaman ilmu persatuan yang diceduk tempoh hari kini sedikit sebanyak boleh digunakan.
hari ini 4 muharam. seawal saya datang sekolah jadi pengetua meminta supaya saya memberikan ceramah hijrah diperhimpunan mingguan sempena awal hijrah. ceramah instant.macam ni lah gaya bila dah berada di malaysia. tiada masa untuk menyoal balik, kenapa tak bgthu awal-awal? dan tak de masa untuk beralasan. munkin masa inilah kita amat terasa betapa amat berguna tarbiah di bumi mesir yang senantiasa buat kerja dan selesaikan kerja di akhir waktu. terpaksa ken buat begitu, bukan buat-buat. :D ..
jadi tak de lah tergopoh-gopoh sangat jadinya. jadi saya pun memberanikan diri sambil menyakinkan diri sendiri. alhamdulillah seadaanya apa yang ada di dada saya sampaikan. tiba-tiba, lebih masa pulak jadinya.
besok perlu melangkah lagi kaki kehadapan, membawa misi yang makin mencabar. tugasan yang makin banyak belum selesai. 

apapun.
tanda orang mukmin yang baik dan beruntung adalah, ia senantiasa menjadikan dirinya hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini. 



tak lupa kepada semua sahabat-sahabat dan adik-adik kat mesir sana yang sedang berjuang dalam imtihan sem sejuk .. so selamat maju jaya.
moga kalian najah dengan cemerlang tahun ini. adik-adik medic kat mansurah sana, study molek-molek. main games pun ingat buku tu.

 tekun + tabah + tawakkal


Tuesday, January 01, 2008

"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."



"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

besok bakal hadir hari ke 2 di bulan januari tahun 2008 masehi. satu ketika di masa dah saat ini biasanya saya dan sahabat-sahabat yang lain dok bergelombang dengan arus peperiksaan yang ganas, lebih-lebih lagi amat teringat dan terasa sangat tika ini suhu padang pasir mencecah hingga 4c. 8 tahun yang lalu sudah pergi. membina dan mengubah banyak perkara di dunia kehidupan saya ..
apapun besok andai umur masih di bekalkan, kita sama-sama teruskan perjalanan. walaupun ianya masih jauh dan berliku.

kata pujangga :
" Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain
sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?"

Berkata Abu Sulaiman: "Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira)
kerana kerinduan."

kepada sahabat-sahabat di bumi mesir ... selamat berjuang mencari ilmu, selamat menyambut hari exam dengan penuh bekalan di dada ...
for adik2 medic saya kat mansurah sana yang amat rindu dendam and penuh sayang .. main-main games jugak, study tu kena terus, and bawak buku bawah ketiak tu kalau nak p main futsal ..:D

"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka
seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang
semua manusia patut miliki."