majlis iftor sekolah .... jom make etok n kere ... kalau elergy jgn :D
sekolah rakyat, pelajar sendiri pun kena bina and comelkan sekolah ..
16hb feb mula melaporkan diri secara rasmi sebagai seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah di bawah yayasan islam kelantan(YIK) iaitu smu(a) nah datul ulum, jeli, kelantan.
terletak berhampiran bandar atau pekan baru jeli. keadaan bangunan sekolah dua tingkat baru siap dibina 3 tahun yang lepas menggantikan bangunan yang lama. jumlah pelajar
yang boleh dikatakan tidak begitu ramai kurang 200 orang pelajar, bersama 12 orang guru. dari segi keadaan suasana sekolah alhamdulillah segalanya boleh dianggap selesa. bagi pendapat saya, andainya sekolah ini dapat diselia dengan sebaik munkin ia boleh setanding dengan sekolah yang berbentuk bestari, iaitu dari segi kawalan pelajar dan tumpuan guru kepada pembelajaran setiap pelajar. memandangkan kepada bilangan pelajar yang kurang daripada 200 orang, maka guru-guru dapat mengenali, merapati juga lebih mesra dengan setiap pelajar. bukan setakat masuk
kelas dan menghabiskan silibus-silibus pengajian malah dapat mendidik dan menjana
meningkatkan dari segi akhlak tingkat laku dan pribadi pelajar yang unggul. di sinilah bagi saya
menganggap ada kelebihan berbanding sekolah-sekolah yang besar serta ramai jumlah pelajarnya. biasanya di sekolah yang mana pelajar yang melebihi 1000 orang, tumpuan
guru untuk merapati dan mengenali pelajar sedikit rumit. biasanya bagi pelajar yang cemerlang
akan tetap terus cemerlang dan dibanggakan, dan bagi yang tercorot akan terus tercicir dan kadang-kadang mereka mengadu seolah-olah bagai dianak tirikan. ada juga guru tak sempat mengenali anak muridnya sendiri.
alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan di sekolah ini, mudir, guru-guru lama dan baru mereka dapat menerima kehadiran kita yang seadanya ini. malah terharu dengan sambutan mereka
untuk kita bagai budak baru belajar ini. amat terhutang budi di atas segala tunjuk ajar walaupun langkah kita baru sahaja bermula di sisni. berbekal sedikit semangat dan hasrat ingin mendidik dan ingin melihat anak bangsa berjaya saya meneruskan langkah hari makin sehari.
hari ini saya diminta untuk ditambah mata pelajaran yang perlu diajar. selepas hitung dah kira
dalam seminggu 29 hisoh kelas mesti saya tunaikan.
1. al quran tingkatan 4,5
2. balaghah spm, smu
3. tafsir tingkatan pmru
4. tauhid tingkatan 3
5. nahu soraf tingkatan 1
6. fiqh tingkatan 5
7. insyak tingkatan 5
8. syariah tingkatan 4
saya belum bertanya kabar berita kawan-kawan yang lain. munkin mereka lebih banyak
subjek yang perlu diajar berbanding saya..
apapun segalanya tetap mesti diteruskan. ..
No comments:
Post a Comment