konsert rock rohani di kota bharu
Jun 25, 2008 in hikmah, istizkariyyah, seni, sosial | 26 comments
oleh : http://nikabduh.wordpress.com/
Salam Kamunting,
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam ( MPKB-BRI ) akan menyambut ulang tahun ke 3 perisytiharan bandar Kota Bharu sebagai sebuah bandar raya Islam bersempena tahun melawat Kelantan 2008 bermula Ogos hingga Oktober 2008 ini.
Beberapa program besar dan menarik akan diadakan dengan tujuan memberi kesedaran dan menarik sokongan semua pihak ke arah menjayakan matlamat menjadikan Kota Bharu benar - benar memenuhi ciri - ciri sebuah bandar Islam menjelang 2015 akan datang.
Antara yang dicadangkan untuk hiburan dan kesukaan remaja terutamanya adalah konsert rock yang akan melibatkan beberapa artis terkemuka tanah air. Ella, Mas Idayu dan artis perempuan lain tidak akan dijemput untuk konsert terbuka ini.
Dalam mesyuarat jawatan kuasa induk Sekretariat Bandar Raya Islam yang dipengerusikan YB Dato Hj Takiyudin bin Hasan itu, saya menyokong cadangan tersebut yang disetujui sebulat suara oleh mesyuarat.
Saya tak tahu sangat apa rock rock ni. Yang saya tahu muziknya kuat, bising dan rasa celaru. Itu telinga sayalah. Tapi peminat rock mungkin lain. Sesetengah lagu nasyid pun saya rasa serabut.
Tapi, dengar ikut corong IKIM tu, ada beberapa lagu yang sungguh sedap sekali dihayati nyanyiannya. Saya tak tahu pula siapa penyanyinya. Garau macam Ramli Sarip atau M nasir. Kot Dhuat79 tak tahulah saya..
Saya sokong bukan kerana saya minat dan nak pergi tonton. Masa Mawi datang dulu, ayahanda pergi, saya tak pergi. Dia pergi ada mesej. Oleh kerana mesejnya sudah cukup, saya tak perlu pergi lagi apatah saya tak ada rasa minat pun. Jumpa Mawi, saya nak bersalamlah sebab dulu tak ketemuan..
Saya rasa confirm Amy Search dalam senarai pertama yang akan dijemput. Ini mungkin saya kena pergi sebab saya jemputnya datang ke Kelantan dulu. Paling tidak saya kena bersalam awal dengannya. Daftar diri untuk makluman.
Nak jemput siapa lagi? Ada cadangan daripada anda? Kalau boleh sebut lagu apa yang bagus - bagus..
Jika anda tak setuju konsert rock rohani ni, bolehlah nyatakan di sini. Saya pun rasa seriau semacam dengan nama ’rock rohani’ ni.. Rock jasmani mudahlah saya faham..
No comments:
Post a Comment