Friday, April 06, 2007


Kewajipan

Kewajipan Yang Ada Perlu Dilakukan
Dan
Kewajipan Yang Datang Mesti Ditunaikan

Telah berpesan bapa saudaranya sebelum ia meninggal dunia dan dia pula telah berubah kepada manusia labah-labah yang mempunyai kuasa selepas daripada kematian bapa saudaranya itu.

Kata bapa saudaranya kepada spider man :

“wahai anakku! Ingatlah, ketika mana kamu dianugerakan kuasa yang lebih, maka ketika itu sememangnya kamu mempunyai amanah yang besar. Dan ketahuilah, makin bertambahnya kuasa yang ada pada kita, maka makin bertambahlah bebanan amanah di bahu kita”.

Siapa yang tak pernah tonton movies spider man? Rata-rata jawapan ya or pernah.

Betul and tepat kata bapa saudaranya itu.

Cuba lihat aje dalam dunia kehidupan kita. Bermula dari kita dibesarkan hinggalah ke saat kini. Sedarkah kita akan semua ini? Adakah kita hanya merasakan bahawa ini adalah seumpama perkara yang perlu di teruskan sahaja dalam penghidupan ini? Walaupun tika ini kita dianggap seorang manusia yang mempunyai tenaga dan kuasa.

Andainya seumpama itu kita rasakan akan kewajipan yang ada pada dunia kita, so munkin di kala itu kita hanyalah bagaikan makhluk-makhluk lain yang bernyawa and yang tidak bernyawa. Umpamanya kereta, basikal, computer, kapal terbang, virus, atom dan lain-lain yang diciptakan Allah swt.

Andai diperhatikan pada batang tubuh kita kini, sah dan memang tepat boleh dikatakan bahawa, akan rosak dan musnah alam kehidupan disekeliling kita andainya kini kita masing-masing tidak menunaikan tanggungjawab kita.

Lihat dimana dunia kita kini? Adakah masih lagi bergelar bagai seorang anak yang dididik dan diatur hidupnya oleh ibu dan bapa or keluarga? Itu andainya kita berstatus pelajar.

Begitu juga jika telah bergelar suami or isteri, adakah hanya tanggungjawab kita pada pasangan hidup, anak-anak dan keluarga?

Apa kata hidup kita dah jadi bagai pegawai, menteri, ketua Negara dan sebagainya. Bagaimana tanggungjawab kita tika itu agaknya?

Kembali pada dunia kita sebagai seorang student (BA /MA /PhD /+PhD) di dunia perautauan yang sedikit asing.

So status seorang pelajar adalah mengadap, mentalaah buku-buku pelajaran yang memang telah menjadi satu kewajipan. Namun demi dunia kita ini bagaimana kita urus dan langsaikan semua ini? Adakah dengan hanya kita memeluk setiap kawajipan itu seerat-eratnya demi mencapai kejayaan dan harapan segalanya? Tidak adakah kewajipan lain yang datang menjenguk kita dalam kehidupan sehari-harian?

Adakah dalam Dunia kita seharian masih boleh dibilang panggilan telefon or dah tak sempat untuk dihitung? Panggilan dari para kawan, permintaan, kecemasan atau pun untuk bersembang demi mengeratkan persahabatan.

Bagaimana pengisian buat jadual-jadual rutin kewajipan harian?

Kehidupan untuk munkin roommate, housemate, and yang lain-lain yang masih ramai di ruang legar sana.

Satu persoalan lagi. Adakah di ruangan sana nilaian kita letakkan umpama kewajipan untuk bersosial? Keperluan semasa? Mencari pengalaman berkawan? Tempat meluah rasa? Melepaskan rindu yang terluang? Demi mengisi hidup yang masih terluang? Or selain daripada akan semua itu?

Sudah pasti dan dah pasti masing-masing sudah mempunyai jawapan yang setepatnya. Dah munkin juga masih dalam ingauan dan mencari jawapan. Di manakah hidupku kini.

Apapun demi meneruskan hidup ini Kewajipan Yang Ada Perlu Dilakukan Dan Kewajipan Yang Datang Mesti Ditunaikan. Kita ini masih hidup so kita tak boleh mati sebelum kita mati.

Sabda Nabi saw : “sesungguhnya bagi tuhanmu, keluargamu, dan dirimu di sana masing-masing ada hak and tanggungjawab keatas kamu yang kamu mesti tunaikan, maka tunaikanlah hak-hak itu sebaik-baiknya”. Au kama qalla saw.

Selamat menunaikan dan meneruskan penghidupan di dunia yang makin banyak dan merebaknya virus-virus dan pereka virus yang handal-handal. So marilah sama-sama kita meng-updatekan anti virus yang telah ada pada kita ini.

Firman Allah swt : surah al baqarah-

218. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah Al Baqarah

190. Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Asbabun nuzul

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa ayat ini turun berkenaan dengan "perdamaian di Hudaibiah", yaitu ketika Rasulullah SAW dicegat oleh kaum Quraisy untuk memasuki Baitullah. Adapun isi perdamaian tersebut antara lain agar kaum Muslimin menunaikan umrahnya pada tahun berikutnya. Ketika Rasulullah SAW beserta shahabatnya memeprsiapkan diri untuk melaksanakan umrah tersebut sesuai dengan perjanjian, para shahabat khawatir kalau-kalau orang-orang Quraisy tidak menepati janjinya, bahkan memerangi dan menghalangi mereka masuk di Masjidil Haram, padahal kaum Muslimin enggan berperang pada bulan haram. Turunnya "Waqatilu fi sabilillahil ladzina (S. 2: 190) sampai (S. 2: 193)" membenarkan berperang untuk membalas serangan musuh.
(Diriwayatkan oleh al-Wahidi dari al-Kalbi, dari Abi Shaleh yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Surah Al Baqarah

45. Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

No comments: