- Hidupkan hidup dengan ibadat
- Jadikan hidup umpama ibadat
- Serasikan hayat bersama ibadat
- Ibadatkan hidup bersama taat
- Jadikan tiada hidup tanpa taat
- Hidupkan ibadat dalam kehidupan
Masih ada lagikah stress dalam jiwa andaikata bilamana kita mulakan sesuatu pekerjaan sedangkan niat di hati kita “bahawa segalanya ini sebagai ibadat demi Allah”?
Umpama di dalam solat, setelah takbiratul ihram maka terbatal solat di pertengahan akibat sesuatu perkara. Maka di kala itu apakah reaksi kita? adakah timbul rasa stress atau gesah gelisah akibat perkara tersebut?
Sudah pasti di saat itu hanyalah terdetik bahawa, “aku mesti mengambil wuduk kembali dan kembali solat”. Dan kita menganggap semua itu akan diberi ganjaran. Hanya itu penyelesaian kita yang sudah pasti kita akan lakukan. Begitulah samaada secara praktikal atau di benak fikirannya.
Akan tetapi bagaimana lakonan kita andainya di luar solat? adakah demikian juga situasi lakonan hidup kita ?
Maka bagaimana perubahan konsep lakonan hidup kita ketika itu? Andainya berlegar-legar niat yang tersemat di jiwa. Adakah kita akan resah gelisah ketika itu atau merasakan tidak ada di
Dengan penuh yakin bahawa sudah tentu resa penuh keredhaan terhadap setiap yang berlaku.
Kesimpulannya bahawa, adakah tika kini kita menghidupkan hidup kita sebagai ibadat? atau kita masih lagi membeza-bezakan hidup dan mati ini dengan amalan-amalan ibadat yang tertentu? Andainya begitu bilakan lagi kita nak beribadat kepada Allah swt. Sungguh rugi andai qasad di hati bila merasakan solat, puasa, zakat, haji itu sahaja sebagai ibadat. Jadikan hidup itu ibadat atau ibadatkan hidup kita dengan taat.
Fikir-fikirkan.
Ni binaan and susunan kata-kata yang berlegar-legar di benak fikiran sebelum tibanya fajar subuh. So lepas solat subuh elok juga tidak sia-siakan idea ni. Terfikir semua ni munkin sedikit rasa terkesan akibat perubahan masa kehidupan sehari-harian. Pukul 1 baru sampai rumah, so alas perut sikit demi bekal lena malam ni. Jam dah hampir 2 pagi. Subuh pula 4.06 pagi. Kalau tidur, adakah sempat untuk bangun seawal munkin solat subuh bersama imam di masjid?. Andai x tidur x penat ke nak study besok hari? Or nak tidur selepas subuh? Or macamana ? adakah masih tak elok susunan hidup aku ini? Masih bercelaru lagikah untuk menyusun waktu seharian walaupun hampir 8 tahun di bumi yang musim berubah-ubah ini? Tak matang lagi ke untuk menentukan masa hidup? Atau hanya perlu diteruskan hidup sebegini?
Apa macam nak buat kalau hidup macam ni?
Fikir dan renung-renungkan wahai diri !
Doa baginda Nabi Muhammad saw. “Ya Allah ya tuhann kami, tolongkan kami untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu, dan untuk memperelokkan ibabat kami kepadaMu”.
Kata Seorang Ulama : “Rasa Untuk Mensyukuri Nikmat Allah swt Itu Juga Adalah NIKMAT”.
~~~~~~~~~~~~~~~~~ amin ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment