ni khas untuk Dr aswad kat alexandria ..... baca tu aswad.
tanya pasal ni ni, sape yg tanya ye?
anta tanya soalan tu so utk jawab soalan tu sebaik n seringkasnya ana beli buku fiqh taharah. nasib anta tanya so jadi rajin juga buka kitab lain. :D
Dr. Yusof Qardawi
Kitab fiqhul at tharah
Maktabah wahbah
Cetakan ketiga
Ramai wanita muslimah telah menyoal mengenai perkara ini kepadaku. Persoalan ini timbul kerana sesetengah daripada mereka ingin menghadiri dan menyertai kelas-kelas pengajian dan kuliah-kuliah agama di masjid.
Maka aku telah memberi fatwa bahawa mereka tidak boleh menyertai program tersebut. Jawapan ku ini adalah berdasarkan pendapat jumhur fuqaha (sebahagian besar daripada fuqaha) dan berdasarkan ingatanku(hafalanku) sejak dulu iaitu daripada hadith Nabi saw. “(tidak halal) masjid bagi mereka yang haid dan berjunub.”
Berdasarkan hadith dan hujjah ini, maka seolah-olah telah menyempitkan sedikit sebanyak kebebasan kepada mereka dalam hal ehwal perkara ini.
Sehinggalah aku telah melihat dan memerhatikan kepada nas-nas yang sahih setepatnya dan sorih ad dilalah.
Maka alhamdulillah sememangnya aku telah menemui nas-nas ini yang bersifat lebih luas dan memudahkan kepada kaum muslim.
Pendapat Ibnu Hazm إبن الحزم : harus / boleh bagi wanita yang haid dan nifas memasuki masjid. Demikian juga bagi orang yang berjunub. Ini kerana tidak ada datangnya larangan mengenai perkara yang demikian. Sabda Nabi saw. “ sesungguhnya orang yang mukmin tidak najis”
Dan adalah ahli suffah (sahabat-sahabat yang tinggal di masjid Nabi saw) mereka ini adalah satu kumpulan yang ramai. Sudah semestinya di kalangan mereka ada yang bermimpi (mimpi yang menyebabkan keluar mani). Maka mereka sedikit pun tidak dilarang berkenaan hal yang demikian.
Dalil Ibnu Hazm daripada Hadith riwayat Bhukari dalam kitab as solat 439 bab perempuan tidur di masjid. (hadith daripada ummul mukminin Aisyah ra.. cerita mengenai seorang hamba yang berkulit hitam telah di bebaskan, maka dia telah datang berjumpa dengan Nabi saw dan dia telah memeluk islam. Wanita tersebut tinggal dalam sebuah khemah (khimah) di masjid atau (hafsyi) rumah yang kecil saiz keadaannya.
Dan Abu Muhammad bin Hazm menambah lagi, perempuan yang tinggal dan ma’ruf (kebiasaan) di masjid Nabi saw adalah setengah daripada perempuan yang haid. Dan sememangnya Nabi saw tidak pernah menegah dan melarang mereka.
Maka setiap perkara yang tidak dilarang oleh Nabi saw maka hukumnya adalah MUBAH (harus).
Katanya lagi : seandainya memasuki masjid tidak boleh hukumnya pada perempuan yang haid pasti baginda Nabi saw memberitahu kepada saidatina Aisyah ra mengenai perkara itu ketika ia haid. Baginda saw tidak melarangnya kecuali mengenai tawaf.
Dah menjadi perkara yang batil yang mana meyakini bahawa tidak harus bagi seorang perempuan memasuki masjid, dan baginda saw tidak menghalangnya.
Ibnu Hazm mengatakan mengenai hadith, sabda Nabi saw “(tidak halal) masjid bagi mereka yang haid dan berjunub.” Hadith ini mempunyai sanad yang penuh dengan kelemahan. Maka dengan sendirinya ia tidak boleh dijadikannya hujjah.
Perkara yang perlu dititik beratkan lagi kata Ibnu Hazm ialah : sememangnya perkara yang dijaga dan ditakuti iaitu kekotoran masjid akibat daripada darah haid, perkara ini tidak berlaku lagi pada zaman kita sekarang. Realitinya dunia hari ini wanita-wanita yang haid memakai pakaian di waktu haidnya dengan pakaian yang boleh meyakini bahawa sesekali ia terjaga dan jauh daripada berlaku kekotoran seperti mana satu ketika dahulu. Pakaian mereka ini selamat daripada terkeluar darah walaupun setitik darah.
Wallahu a’lam bissawab …
No comments:
Post a Comment