Wednesday, November 22, 2006

ADAKAH BENAR WANITA DICIPTAKAN DRPD TULANG RUSUK NABI ADAM AS.?

             ermm ... itu soalan pertama drpd kitab fatwa-fatwa dan hukum-hukum buat wanita Islam. Kitab karangan syeikh A'thiah Saqor, salah seorg drpd ahli majlis fatwa Al-azhar sekarang, dan beliau merupakan bekas ketua majlis fatwa yg lepas.
             Nak study macam tak de mood lg, so utk cari-cari mood tu ada baik buka buku kat tepi2 ni sat. Nak buka novel takut melarat sampai jam 3 pg pulak. Dekat-dekat hampir exam ni, memang suka sangat baca kitab-kitab luar, cuma yg mencabar adalah utk membaca buku kuliah. Sidrom apa entah yg kena. Nanti kita tanya doctor psikology. Doctor pun kena sama jugak kot. hehe :D kalau doctor pun kena, so sila tanya ustaz kat sini :D.
             ok- sambil baca sorg-sorg kitab ni ada baiknya taip(terjemahkan) je kat blog ni. Kot-kot yg berminat dlm bab ni boleh tahu sama.

:: jawapan dari soalan td :
             Firman Allah swt. surah An-nisa, ayat 1 "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebutnamaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
             surah AL a'raf ayat 189 "Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakandaripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri),untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain.Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur."
          surah Ar rum ayat 21 "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
          sabda Nabi saw. "Saling pesan-memesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, karena mereka diciptakan dari tulang rusuk yangbengkok. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi dari Abu Hurairah).
          Abu Hurairah r.a. berkata: Rasululllah saw. bersabda:" sesungguhnya perempuan seperti tulang rusuk, jika kamu cuba meluruskannya ia akan patah. tetapi jika kamu membiarkannya maka kamu akan menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok".

         Imam Fakhrurazi berpendapat dlm kitab tarsifnya mengenai hal ehwal hawa sebagai ciptaan daripada adam, di sana ada dua pendapat.

         1. Pendapat yg paling ramai dikalangan ulama - kata mereka "sesungguhnya bilamana Allah swt. menciptakan nabi Adam as. Maka Ia mencampakkan kpd Adam tidur, kemudian diciptakan Hawa drpd salah satu tulang rusuk Adam as. yg kiri .... mereka(ulama) berhujjah dgn hadith Muslim : (sesungguhnya perempuan diciptakan drpd tulang rusuk yg bengkok).
         2. Pendapat yg kedua abi muslim al asfihani "sesungguhnya yg dikehendaki dgn firman Allah swt
.(والله جعل لكم من أنفسكم أزواجا) maksudnya ialah Allah swt. ciptakan hawa drpd jenis adam sendiri(sama ciptaan).
(بعث فيهم رسولآ من أنفسكم)

        kata AL Qadhi. Pendapat yg pertama adalah lebih kuat.
Imam At-Tabarani dlm tafsirnya at-tobari - mengatakan bhw pendapat yg pertama td adalah bg Ibnu Abbas dan Ibnu Masu'd, akan tetapi talian sanad pendapat ini tidak sahih. Bahkan ia telah diambil dprd ahli kitab. Sebagaimana dlm safar takwin (ishah kedua :21-24)
Berpadukan kpd pendapat-pendapat yg lepas kami berpendapat ( pendapat penulis kitab "syiekh atiah saqor") :: penciptaan Hawa drpd Nabi Adam as. adalah perkara yg tidak disepakati. iaitu ada pendapat yg mengatakan HAwa diciptakan drpd unsur sejeni Adan ( tanah ) bukan cahaya atau api. Dan apa yg dibawa oleh hadis Nabi saw. "sesungguhnya hawa diciptakan drpd tulang rusuk adam" kadang-kadang perkara yg dikehendakinya memberi makna yg samar-samar.
       Maka disana tidak ada nas yg putus mengatakan hawa diciptakan drpd tulang rusuk Nabi Adam as.
       Kaedah pengambilan hujjah " dan bilamana dalil yg diambil membawa maksud yg ihtimal (ada keraguan) maka dgn sebb itu menyebabkan ia tidak boleh dibuat hujjah".
Dan apa yg penting adalah, kpd sesiapa yg memegang mana-mana pendapat ini ia tidak membawa kpd merosakkan iktikad kita semua.
Sememangnya imam an-nawawi rhm. mengaitkan atau merumuskan drpd hadis-hadis Nabi saw. dgn pendapatnya :
        Nabi saw. menerangkan mengenai ayat "Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri)" ialah membawa maksud hawa diciptakan drpd tulang rusuk.
Dan juga pada hadis ini membawa maksud supaya berlaku lembut dan berbuat baik dgn wanita, mengasihi mereka bgtu juga perlu bersabar dlm mendidik isteri-isteri juga anak2 perempuan. Dan melarang keras menceraikan isteri tanpa ada sebab dan sekalipun ada sebb yg susah utk hidup bersama. -- wallahu a'lam bissawab.

ermm dah hampir 1 jam lebih pulak. Oklah takat tu dulu buat kali ini. Nak sambung study utk kuliah pulak. exam dah dekatttt.

>>Harap maaf and diperbetulkan terjemaah saya yg sepontang
ini.

Saturday, November 18, 2006

Praktikkal Utk Bertakafful krn ALLAH SWT



-> taaruf -->> tafahhum --->>> takafful


7pg khamis ---> mula operasi mengangkat bagasi student's perempuan mua'dalah( MoU thn 4 and 3) baru ke alexandria. bilangan mencecah 180 org. banyangkan berapa banyak mereka punya bagasi and barangan. 4 buah bas bertolak pg yg boleh disifatkan suasana sejuk and dingin padang pasir. perjalanan kali seolah membentuk satu konvoi utk menakluki dunia alex yg baru.

itu semua tak lah penting sangat bagi kami jentera angkat-mengangkat beg-beg. apa yg penting bagaimana nak langsaikan semua urusan pentauzikan(pembahagian n penghantaran) bagasi and barangan-barangan keperluan utk musim sejuk diorg semua ni.

10.25pg mula bertolak keluar dari cairo to alexandria. perjalanan melalui desert road (laluan padang pasir). perlajalanmengambil masa tak kurang 3jam(2oo kilometer). solat zohor and asar kami jamaakkan di tengah-tengah perlajanan padang pasir sahara. mengisi perlajanan kali ini alhamdulillah sempat juga menghabiskan 1 juz al-quran (juz 6) sebelum lena mengundang tiba. perut bas terasa dingin ditambah lg kedinginin aircondition yg boleh kata melalikan anak mata anak-anak kapalnya.

celik je mata buat kali kedua. rupa-rupanya dah kat ditinasi yg dituju. alhamdulillah sampai dengan selamat. semuapenumpang and anak-anak kapal nampaknya berwajahkan manis kelat katakan, munkin sedikit seletihan terasa. tetapi nampak jua keceriannya, munkin oleh kerana di bumi alexandria ini senantiasa bertemankan sisiran pantai yg memanjang. boleh mendamaikan duka and menambah ceria buat siinsan yg dilanda gelora jiwa. stress exam, matapetaka, cubaan dunia, and lain2 lg munkin. apapun boleh dianggap penyejuk hati yg duka.

rombongan tiba pukul 1.30 ptg lebih kurang. relax and rehat santai si jejaka-jejaka yg akan bertuga sangkat beg, sambil mununggu tibanya bas yg akhir( kerosakan enjin dlm perjalanan). alhamdulillah kami dijamu sarapan tghhari. munkin merangkap jamuan mlm, oleh krn insyak pun jam 6.24 mlm.
pendekkan catatan ini, setibanya maqrib mlm jumaat ni kami terus jamak takdimkan bersama insyak. alhamdulillah sesudah insyak berlalu tugas nampaknya mula berjalan.
semua barangan mula dibahagikan mengikut penempatan-penempatan yg telah ditentukan. kami disediakan dgn 4 buah van cavrolate.so mlm ni kami mengelilingi bandaraya alexandria bagai berwajahkan pelarian afganistan. ada yg 9 org kat atas van bersama-sama muatan barangan yg penuh. bg penulis ini bersama dgn 12 org anak kapal yg bersama2 kat ataz van. boleh kata yg teramailah buat masani. so beban kerja tu ringan lah sakan berbandin akan yg lain. 4 round terpaksa diselesaikan utk menghabiskan penghantaran semua bagasi-bagasi pelajar perempuan semua ini. bersama senyum and tangis kami yg manis, semuanya dapat diselasaikan.

mengenangkan pd saqah(rumah) yg berada di tingkat 5 n 6 tanpa liff jd tekerut dahi anak-anak muda semua ni. sabor jelah. bukan free buat kerja semua ni. ADA PAHALA sEMUA TU. lebih-lebih lg setiap rumah boleh kata kami dihulurkan buah tangan katakan(kuih muih kg tempatan malaysia). rezki buat kami semua. habis lesap semua kuih muih semua tu sakali senyum je katakan, sapu terus kat atas van je.

selesai tugas pd mlm yg dingin ini kira-kira jam 8.45 mlm. rehat sementara di rumah persinggahan(PMRAM). sempat lena lg kat sana. sempat bernafas entah. masa rehat yg diberikan kira-kira 1 jam 15 minit. jam 10 mlm tepat nampaknya semuanya telah ready utk kembali cairo. bilangan kami lebih kurang 30 org. sebuah bas siap bertolak ke cairo.

alhamulillah jam 11 mlm kami mula bertolakke cairo. perjalanan pulang tidak seumpama perjalanan datang. perut bas sunyi lesu, lena tanpa ada yg berbiacara, sambil diulik damai oleh alunan suara syeikh abdul basit abdul samad. berkali2 berputar kaset tilawah al quran, tak silap agak bacaan surahmaryam or al kahfi. entah?. pd mulanya si penulis ini matanya tidak sedikitpun terasa dijenguk oleh mengantuk. walaupun semua sendi tulang dah terasa kepenatan. apapun setelah kira-kira 30 minit perjalan keluar dari persisiran pantai alexandria, akhirnyaaa. tenggelam juga alam buana ini ditelam lena mlm. lena sipenulis ini terjaga bilamana pusingan roda bas telah pun berada di kota cairo. oh! dah kat kubri(jln bertingkat yg tepanjang diafrika) rupanya. alhamdulillah selamat sampai. jengok2 jam rupanya dah pukul 2.30 pg. sesampai kat rumah sempat lg menjamah rezki yg bernama nasi dua tiga suap,buat menemani perut yg kosong utk lena mlm jumaat.

3.00pg mula lena mlm jumaat. jaga-jaga cik tidur tu, 5 pg subuh pulak! sepatutnya 5.45pg hari ni ada usrah. melihat kepada anak2 usrah yg amat letih n meletihkan. so guna kuasa veto yg ada. kita batalkan usrah kita pg ni. utk u all juga. kesian penat sangat semlm. tugas semlm tu kita dah buat rukun usrah yg ke tiga. iaitu TAKAFFUL.

1> taaruf 2>> tafahhum and 3 >>>takfful.

alhamdulillah berkat mengenali antara satu sama lain diantara kita, so mengeratkan kita utk saling memahami antara satu dgn yg lain. dalil kefahaman semuanya tu, satu kontena bagasi dah selesai kita langsaikan penghantarannya.

mula berkumpul = 7.30 pg
bertolak ke alexandria = 10.20 pg
sampai alexandria = 1 tghari
mula tugas = 6 mlmsiap tugas = 8.30 mlm
bertolak balik cairo = 11 mlm
sampai cairo = 2.30pg

pendekkan cerita dari = 7pg khamis to---> 2.30 pg jumaat.

moga2 ikhlas semua kerja tu. apapun moga Allah swt. menjaga hati kita buatsemua ini tidak kerana yg lain, kecualilah hanya ikhlas pdnya.

Wednesday, November 15, 2006

INGATAN BUAT SEKETUL DARAH DI SUDUT DADA KIRI

Bawaakir falsafah (pelopor-pelopor ahli falsafah) yang perlu studi betul-betul fasal ni. Moga segala ilmu yg Allah swt. kurniakan pd kita diberkati hingga buat selama-lamanya. Tiada suluhan yg terindah melebihi cahaya nur Ilahi.
Berkata Imam Waki' buat imam Syafie : "sesunguhnya ilmu itu cahaya Allah, and cahaya Allah tidak akan menemui bg org yg berdosa".
Moga Allah menjaga pd setiap pergerakkan and diam kita, bgtu juga kehendak, setiap lintasan hati, iaitu drpd perkara yg syak, wasangka dan kekaburan dlm mencari kebenaran, yg mana semua itu merupakan tabir penghalang drpd melihat perkara yg benar.
ameennn.
Kalau betul-betul nak balik and berterawih, beraya kat malaysia thn depan, so study yg ni betul-betul.
Didik hati biar berkata pd nafsu > lawan tetap lawan.

1. Ibnu Bajah - kurun ke 8hijrah / kurun 11 masehi (1118)
2. Ibnu Tufail - 504 hijrah / 494 m
3. Ibnu Rusydi - 520 hijrah / 1126 m

Binnajah wa taufiq.

Tuesday, November 14, 2006

ANDAINYA MENTARI BERKATA-KATA N SO APA KATANYA UTK HIDUP KITA HARI NI?


ANDAINYA MENTARI BOLEH BERKATA-KATA AND KITA SEMUA INI DIPANDANGNYA BAGAI IA MEMBERI CAHAYA MENTARI PD KITA, SO APA KATA MENTARI UNTUK HIDUP KITA HARI NI?


Banyak juga beli buku-buku and kitab-kitab awal bulan september ni. Asalnya bukan nak beli banyak-banyak and sekadar untuk himpun jd bertimbun. But .... sebab kebetulan tergerak hati untuk banyak melangkah pergi ke maktabah (library). Kata orang pantang masuk maktabah just tengok2 je. Alang-alang masuk maktabah so ambillah dia jadikan teman baru untuk balik bersama-bersama kerumah. Tak de yang rugi pun bila berbelanja wang pound mesir untuk ditukarnya dgn kitab-kitab yg amat bernilai ni. Andainya dirimu wahai kitab and buku engkau tidak dibaca and dijenguk hari ini, tak semestinya dirimu terus aku tinggalkan begitu, ada berkata seseorg "biarlah rindu yg mendekatkan kita". And dengan rindu itu kita akan ditemukan and disatukan nanti. Cintaku padamu takat ini tidak pernah berubah. Sekalipun masa and badai laut silih berganti. Sememangnya takat ini dirimu masih tiada ganti and tak rela akan ada penggantinya, akibat semua ini adalah kerana aku tidak pernah menganggap engkau sebagai hanyalah setakat teman dan buah hati and kekasih masa sepi. Ini semua adalah kerana tersemat dalam jiwa bahawa ....engkaulah ganti tempat berteduh didunia gersang ini buat mencari sesuatu yg hakiki lagi abadi. Itulah kata aku "mengejar sedamai janji". Tanpamu, sekalipun dunia ini dikelilingi taman dan manusia berada didalam istana sekalipun, nescaya manusia akan duka dan sengsara tanpamu. Kerana padamu ada nilaian yg mahalnya tiada ganti harganya. Itulah ia nama yg telah diberikan yg IA juga makhluk seperti kita. Adanya ia akan mulia kita.

Itulah ia ILMU namanya.

Firman Allah swt. " katakanlah wahai Muahmmad adakah sama org yg berilmu akan org yg jahil"?Lg firmaNya" Allah swt talla akan mengangkat darjat org yg beriman dan juga org yg berilmu itu beberapa darjat" dan sabda Nabi Saw." Berlajarlah kamu bermula dari buaian hinggalah keliang lahad".

Cukup dulu takat tu. Just nak bgthu kelebihan org yg berilmu dan yg menuntut ilmu. Moga kita terus tabah tekun and semestinya senantiasa tawakkal pdNya. Aminnn ya Rab.


INI DIA TEMAN DIKALA SUNYI AND PENYULUH DLM CAHAYA
1. AZKAR IMAM NAWAWI -LE 35

2. TAKWIL MUKHTALIFUL HADITH inbu qutaibah -LE 15

3. AKHIDAH ISLAMIAH DISISI IMAM EMPAT / SYAFIE,MALIKI,HAMBALI,HANAFI.

4. MANHAJ DAKWAH - SYEKH ATIAH SAQAR.

5. KITAB TAFSIR SAFWATUL TAFASIR - SYEKH ALI SOBUNI.

6. TAZKIRAH DUAT -IMAM HASAN AL BANNA

7. MUQARANAH (PERBANDINGAN) INJIL-INJIL TERMASUK BARNABA.

8. KABAAIR (DOSA-DOSA BESAR) -IMAM ZAHBI

9. SYARAH HIKAM IMAM SYARQAWI.

and yg lain-lain lg berbaki pembelian yg bulan lepas. kat cni memadai utk catatan bg pembelian kitab pd bulan ini.NOVEMBER 2006.

IKHLAS PENULISAN INI DARI SEPASANG TANGAN UTK SANG MATA YG RASA MENGANTUK UNTUK MENGAHABISKAN BACAAN KITAB MLM NI.

Bila agak-agaknya nak habiskan bacaan semua kitab ni ya ziad? hehe. Doakan je lah.

Monday, November 06, 2006

SUBJEK FOR EXAM FASLU SYITA

Subjek Pertama : Falsafah Islam > prof. dr. abdul mu'ti albayumi.
Subjek Kedua : Nusus Falsafiah > prof. dr. abdul mu'ti albayumi.
Subjek Ketiga : Usul Fiqh > prof. dr. badr

ya Allah berilah pd kami kejayaan dalam menempuhi imtihan, di dunia dan di akhirat.
amenn.

ILMU SEBAGAI PENASIHAT HATI

Mentari petang hari ini berlalu pergi lagi. Perginya ia bagai kelmarin yg lepas. Apa yg patut disedari adalah realiti telah perginya saat dan detik utk masa berdenyutnya jantung kita ini. Semakin berkurangnya masa hayat tika di dunia ini. Yang pasti kita makin mendekati hari esok yg masih belum pasti. Di sana ada pepatah "setiap perkara yg mendatang adalah yg pasti ia makin mendekati kita".
Stop yg itu, apa yg lebih penting daripada semua itu ialah, kita perlu meneruskan tali perjuangan walaubagaimana sekalipun berlalunya kisah hidup kita ini.
Soalnya apakah tekad perjuangan hidup dan mati kita tika mana sehari-harian yg masih berlalu ini?
Bagaimana khususnya buat hidup aku dan kamu? disana aku merasakan ada sedikit keyakinan sebelum aku memberi jawapan yg tersendiri. Kita perlu tengok and pandang atas and bawah, di mana kita berada tika ini? Itu juga telah jelas and pasti. So apa lg? Ya! Perlu satu perkara yg sememangnya yg telah pasti semua memerlukannya. Wahai diri ini. Perbaharuilah one again suara hati and tekat hati mu. Itulah ia TEKAD " ILMU SEBAGAI PENASIHAT HATI".
Ok. Itu je nak cakap :D. Sabda Nabi MUHAMMAD SAW. : "sesiapa yg Allah inginkan kebaikan pd dirinya, maka Ia memberi faham berkaitan agamaNya." aukama qaal saw.
so, didiklah hati dgn ilmu Ilahi.
Semesta pengajian baru dah datang and dah bermula. Sem pengajian yg bertemankan suhu yg sejuk dan dingin. Apapun aku senantiasa merinduinya. Yeh! perjuagan mesti diteruskan.
Hidup cemerlang, mati terbilang! lg penting bagi diri kita ini, adalah jd hamba ALLAH SWT. tuhan RABBU I'ZATI.
fi amanillah and siru a'la baarakatillah.
" selamat berjuang mentalaah pengajian buat kawan-kawan"
(formula 3t --> TEKUN + TABAH + TAWAKKAL)
"BERSAMA PERSATUAN AND JANGAN TINGGAL PEMBELAJARAN"