Thursday, October 18, 2007

bagaiman dgn masa n keluangan yg dianugerahkan?

jam menghampiri 1 pg, 11.45 mlm td baru sampai ke rumah coz balik dari mengaji al quran sempena 40 hari kematian jiran sekampung. niat di hati on kan pc masa-masa ni just nak jumpa sahabat-sahabat kat padang pasir nun jauh di sana. biasanya jam sewaktu ini ramai yg online. biasanya di waktu selepas asar mereka dok sembang-sembang ptg sambil minum syai arusyah n pc mereka on kan.

masuk hari ni dah 2 hari x makan nasi kat rumah. makan tghari, juga makan malam. 2 hari yg lepas, ke majlis walimah, pd mlmnya pula ada solat hajat. n today tghari ada jemputan ke walimah n mlm pula 2 kali makan, satunya tahlil n satunya selepas mengaji al quran. orang kata : mcmtu lah rezki tok lebai kat kampung. :D .masa kat padang pasir adakala 3 hari just sekali makan nasi, kalau 2 hari 1 kali tu biasa lah. n bila kat malaysia ni hampir or lebih 4 kali dlm masa sehari. so utk tenangkan keadaan, kita p makan just rasa-rasa je makanan. bukan melahap kata org. kalau melahap mybe lepas 1 bulan, jd belon :D.

apa yg penting mybe boleh dikongsi bersama ialah mengenai saat, masa n detik yg berlalu pergi. betapa kita boleh merasai perbezaan antara dua suasana n nilaian harga masa yg terluang n kita habiskan saat-saat itu. masa utk diri kita, masa utk keluarga kita, masa utk masyarakat kita, juga masa utk Allah swt kita. kesemuanya masing-masing mempunyai hak keatas kita.

pd saat di dunia pengajian, hidup kita berlainan corak, n bila tiba saat kita mula dibebani tanggungjawab, terus hidup kita tidak terluang utk sesuatu yg kita luangkan satu masa dahulu. terlebih penting adalah, adakah saat-saat ruangan hidup kita kini, kita habiskan pada hak dan waktunya? masa n saat dulu telah berlalu, kini tanggungjawab sedang n telah tiba.

andainya bg mereka yg masih di dunia persediaan di alam ilmu. so teruskanlah mengembara n mengorak langkah terus menerokai alam itu.
kejayaan masa akan datang bergantung sejauhmana mereka berkorban n bersabar dlm menempuh pengembaraan di alam penuh pengorbanan itu. selamat berjuang buat semua sahabat di medan alam pengajian.

'tuntutlah ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad'

No comments: