Wednesday, February 28, 2007

1000 MABRUR BUAT SAHABAT SEPERMAINAN (SUHAIMI SAMAT)


jom p makan gulai di mansurah
bertolak 9.30 pg - 12.00 tgh. (kuliah ponteng :D)
ptg-malam    - ziarah adik-adik medic yg padanya tempat ku luah rasa rindu n cinta. hehe.
mlm jumaat  - minta maaf buat semua, mesti balik cairo mlm ni jua, maaf x boleh melelapkan mata walau sekejap cuma di teratak kalian. ku bawa rindu and cinta kalian bersama. makin jauh kita dipisahkan makin terpaut rindu dijiwa (ayat 2 pg) hehe. wajah kalian hanya cukup sekali ku tatap, dicurah air masin laut 7 lautan kalian tetap sama di jiwa. sahabat fillah.
berjumpa and berpisah kerana Allah swt. moga kita sama-sama di bawah naungan arasy Ilahi.

.................................................................   # # #........  # # #  ......................................................................

BUAT SAHABAT TERSAYANG YG TELAH BERMUSAFIR KEDUNIA PERKAHWINAN TERLEBIH DAHULU. AKU COPY AND PASTE KAN kata-kata ini BUAT KALIAN BERDUA ......

Kita dilahirkan dengan satu hati, yang mengingatkan kita untuk menghargai dan memberikan
cinta kasih dari dalam lubuk hati. Belajar mencintai dan menikmati dicintai,
tetapi jangan mengharapkan seseorang untuk mencintai kita dengan cara dan
sebanyak yang sudah kita berikan. Berikanlah cinta tanpa mengharapkan balasan,
maka kita akan menemukan bahwa hidup ini menjadi lebih indah.



moga pertemuan and jodoh kalian diberkati n dinaungi rahmat Allah swt. buat selama-lamanya. 
selamat pengantin baru n alfun mabrur.
kahwin pun kahwin juga, tanggungjawab terus belajar mesti diteruskan.

bersama perkahwinan and jgn tinggal pelajaran. jd ke teori tu? moga dirahmati.













KULIAH SEM (PANAS) MAC- JULAI 2007


PERJUANGAN DI GURUN PADANG PASIR YG PERLU DITEMPUHI. MOGA-MOGA DITAKDIRKAN INI BUAT KALI YG TERAKHIR DI PENGHIDUPAN YG RINGKAS INI.
 
1. KELAS FALSAFAH MODEN
PROF. DR.  ABDUL JAMAL ABDUH


AHAD         11.00PG  - 1.00PTG
SELASA      9.00PG - 11.00TGH

 
2.
KELAS TAUHID
PROF. DR MAHYUDDIN SOFI


AHAD        9.00PG - 11.00TGH
RABU         11.00PG - 1.00PTG
KHAMIS      11.00PG - 1.00PTG

ini lah yg  dinamakan sebab musabab. walaupun cuma subjek ini yg berbaki. namun dua subjek yg bagai berpasangan ini cukup memberi makna  dalam penghidupan ini. banyak rahsia and banyak cerita yg terselindung munkin boleh dirungkaikan dibawah angka DUA sana. senyum, tawa, tangisan, suka, duka, ceria, berpura-pura ceria, gelora jiwa, jodoh bersua :D, 
apapun.... semuanya itu hanya dugaan di dunia sementara.

yg pasti DUST IN MY BED (FARSYI FI TURAB)

Tuesday, February 27, 2007








MUKTAMAR PMRAM kali KE 74
dan
HEWI PMRAM
2006-2007

25 FEB - 26 FEB 2007






tahniah buat adik-adik kepimpinan PMRAM setahun genap bergelombang dengan tugas
yg mencabar dlm hidup seorang pelajar.
janji Allah swt. itu buat kalian semua.
teruskan perjuangan.

buat yg baru, selamat bertugas.
mulakan tugas dari bawah,
jgn dok berangan-rangan jd org besar dengan goyang kaki.

dgn ucapan "BERSAMA PELAJARAN DAN JANGAN TINGGAL PELAJARAN"



Monday, February 26, 2007


CERITA PASAL MATI


Banyak cakap pasal mati mlm ni. amat rasa kecut perut kata orang. insaf tu dah tentu lah akan rasa walau munkin sekejap cuma.
asal cerita malam ni, lepas sehari suntuk menyertai muktamar( tak penuh pun masuk) n lepas makan malam dgn hakim. so dari situ mula cerita (taaruf secara tak langsung dgn sahabat yg memang dah lama)asal usul keturunan. pendekkan cerita sebelum sampai pada cerita pasal hal mati. so jawapan pd cerita ni ini je. > memang sahabat aku hakim ni, hebat orangnya dlm pasal ni. amat banyak pengalamanya. memang aku pun boleh panggil dia ustaz hakim.hehe. dipertengahan berbual, so tertanya soalan pendek je. kim(hakim) dok cerita pasal anta mandikan jenazah dgn ayah anta ni, so dah byk kali lah anta mandikan jenazah masa kat malaysia? dia hanya senyum untuk memberi jawapan pada soalan tu. or munkin dah tak boleh bilang jumlah yg anta mandikan jenazah? hakim senyum lagi. jawabnya "macam tu lah lebih kurang". oleh kerana kagum dari jawapan yg selamba tu, so walaupun mata and tubuh ni dah rasa penat utk melabuhkan diri tapi masih semangat untuk bertanya berbagai soalan lagi. dah tentu bukan takat jawapan yg diterima,
akan tetapi cerita yg pasti akan lebih menarik nanti. mula cerita 11 mlm sambil minum syai( teh) sampailah hampir 12.30pg.
hebat pengalamannya bersama orang-orang yg telah mati. ada yg macam tu and ada yg ceritanya mcm ni. itu lah sebenarnya kehidupan ini. selaian drpd itu hanyalah pinjaman and tipu daya sahaja.


1.
keadaan dan cara memandikan jenazah.( kena masuk kursus pratikal dgn us hakim ni.hehe)
2.
cerita keadaan org yg hendak mati (nazak). itu yg amat mengejutkan perut. lebih-lebih lagi hari ni byk dosa yg telah buat. ya Allah ampunkan lah dosa aku and jagalah aku di dunia yg amat fana ini.
3.
cerita yg aneh-aneh. dalam bab ni seram bulu roma juga. mlm ni nak tidur sorang2 ni boleh tak tutup lampu? hehe.

susah nak ringkaskan semua cerita tu. apapun tak sempat nak suarakan semuanya di sini. hanya cukup dgn kesimpulan je nampaknya.
mata pun nak nak tertutup dah ni. insaf dah terasa but kalau pg besok masih berat utk turun solat berjemaah kat masjid.
so tak tahu nak katalah. sebenarnya tu bukan insaf namanya. itu namanya diperdaya oleh syaitan laknatullah.
moga besok boleh bangun subuh awal. ameen.

terima kasih kim(hakim) atas segala cerita and kongsi begitu banyak pengalaman pasal semua tu. aku ni memang pasal ni
ayah je hebat p rata riti, ke sana ke mari. anaknya takat ni belum lagi(hanya ikut peneman setia je).
doakan je lah moga2 jd org lepas ni.huhu~
jom kita rest dahulu.

kata imam ghazali (kitab bidayah hidayah): adat bangun tidur, pertamanya adalah ? .... bangun sebelum fajar.
so kena solat tahjud lee.



"bangun awal set2 kito semo"




Sunday, February 25, 2007

BETAPA INDAHNYA KATA-KATA HATI YG SUCI IKHLAS


sAJAK AMINAH QUTB KEPADA SUAMINYA


Sekiranya kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang
yang kita cintai,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan
oleh-Mu kepadaku,
maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah
kerana-Mu,
dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan
oleh-Mu kepadaku,
berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam
mengharungi
ujian,
yang Kau berikan kepadaku.Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku
pada-Mu.
Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.
Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di
jalan-Mu.
Ya Allah,jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui
syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir-Muya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.



cinta kita masih tak menentu .... jauh lg utk memahami .... terkadang manusia mati hanya tersesat dalam mengenali cinta.

CINTA ITU HANYA BERNAMA SANG MAKHLUK.
LEMAHNYA IA SEUMPAMA KITA JUA.
ANDAI KAU IMPIKAN SATU KEKUATAN,
CINTALAH PD SANG PENCIPTANYA.

ALANGKAH INDAHNYA & AGUNGNYA ANUGERAH CINTA  itu.
BETAPA INDAHNYA KATA-KATA HATI YG SUCI IKHLAS


sAJAK AMINAH QUTB KEPADA SUAMINYA


Sekiranya kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang
yang kita cintai,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan
oleh-Mu kepadaku,
maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah
kerana-Mu,
dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan
oleh-Mu kepadaku,
berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam
mengharungi
ujian,
yang Kau berikan kepadaku.Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku
pada-Mu.
Ya Rabbana,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.
Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di
jalan-Mu.
Ya Allah,jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui
syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhir-Muya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.



cinta kita masih tak menentu .... jauh lg utk memahami .... terkadang manusia mati hanya tersesat dalam mengenali cinta.

CINTA ITU HANYA BERNAMA SANG MAKHLUK.
LEMAHNYA IA SEUMPAMA KITA JUA.
ANDAI KAU IMPIKAN SATU KEKUATAN,
CINTALAH PD SANG PENCIPTANYA.

ALANGKAH INDAHNYA & AGUNGNYA ANUGERAH CINTA  itu.

Friday, February 23, 2007




Falsafah pendidikan Islam

“Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat”.











SEMINAR PERADABAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN DI TIMUR TENGAH

(SPEKTRUM '07)


tarikh    : 24 HINGGA 27 MAC 2007
hari       : SABTU HINGGA SELASA
tempat  : Dewan Abdullah Kamel (Fakulti Perubatan Al-azhar), Madinah Nasr, Cairo.


ANJURAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN
kerjasama
KELUARGA PELAJAR-PELAJAR KELANTAN MESIR (KPKM)







Tuesday, February 20, 2007

59 SUBJEK


         Subjek yg telah lepas diharunginya. Pahit manis yang memberikan semanis kenangan dan pengertian demi meneruskan penghidupan sebagai penuntut ilmu dalam jurusan akidah dan falsafah. 59 subjek perlu diatur kemas dan dipelajarinya dengan teliti. Kini hanya berbaki 2 subjek. Moga Allah swt mempermudahkan segala perjalanan liku-liku hidup yang masih berbaki ini. Sememangnya segala pahit manis ini menyumbangkan semanis liku-liku hidup demi mematangkan dan mendewasakan hidup ini.

-YANG BERLALU ITU MERUPAKAN PENGAJARAN, YANG MENDATANG ITU MEMERLUKAN DAYA JUANG YG TINGGI UTK MENGHADAPINYA.

DUA SUBJEK YG BERBAKI

1. TAUHID ( KETUHANAN DAN KERASULAN
    -KITAB UTAMA YG DIGUNAKAN - SYARHU AL MAQASID ( IMAM TAFTAZANI)
    -PROF DR MAHYUDDIN SOFI

2. FALSAFAH MODEN
   -PROF DR ABDUH ABDUL JAMAL






Tahun satu


1. Al quran
2. BI
3. Ulum al quran
4. Tafsir maudui'
5. Hadith maudui'
6. Milal nihal (perbandingan agama)
7. Tauhid
8. Tafsir tahlili
9. Dakwah
10.Mantik klasik
11.Fiqh
12.Tasauf dan akhlak
13.Sastera arab
14.Ulum hadith

Tahun Dua



1. Al quran
2. BI
3. Ulum quran
4. Ulum hadith
5. Hadith
6. Tafsir tahlili
7. Tayarat fikriah ( aliran pemikiran semasa )
8. Falsafah
9. Khitabah
10.Bahasa arab
11.Tauhdid
12.Mantik kelasik
13.Milal nihal (perbandingan agama)
14.Tafsir maudui'

Tahun Tiga



1. Al quran
2. BI
3. Falsafah islamiah
4. Falsafah moden
5. Falsafah yunani
6. Ilmu nasf
7. Hadith maudui'
8. Milal nihal (perbandingan agama)
9. Fiqh (ahwal sakhsiah)
10 Tayarat fikriah mua'sorah (aliran pemikiran semasa)
11.Tauhid
12.Tafsir
13.Manahij mufassirin (metod tafsir)
14.Firak (pecahan islam)
15.Mantik moden

Tahun Empat



1. Al quran
2. BI
3. Tauhid
4. Takhrij hadith
5. Usul fiqh
6. Manahij muhaddithin (metod hadith)
7. Manahij mufassirin (metod tafsir)
8. Tayarat (aliran pemikiran semasa)
9. Nusus falsafiah
10.Falsafah islam
11.Falsafah eropah
13.Falsafah moden
14.Falsafah akhlak
15.Ilmu ijtimak (sosiologi)
16.Milal nihal (perbandingan agama)

59 SUBJEK


         Subjek yg telah lepas diharunginya. Pahit manis yang memberikan semanis kenangan dan pengertian demi meneruskan penghidupan sebagai penuntut ilmu dalam jurusan akidah dan falsafah. 59 subjek perlu diatur kemas dan dipelajarinya dengan teliti. Kini hanya berbaki 2 subjek. Moga Allah swt mempermudahkan segala perjalanan liku-liku hidup yang masih berbaki ini. Sememangnya segala pahit manis ini menyumbangkan semanis liku-liku hidup demi mematangkan dan mendewasakan hidup ini.

-YANG BERLALU ITU MERUPAKAN PENGAJARAN, YANG MENDATANG ITU MEMERLUKAN DAYA JUANG YG TINGGI UTK MENGHADAPINYA.

DUA SUBJEK YG BERBAKI

1. TAUHID ( KETUHANAN DAN KERASULAN
    -KITAB UTAMA YG DIGUNAKAN - SYARHU AL MAQASID ( IMAM TAFTAZANI)
    -PROF DR MAHYUDDIN SOFI

2. FALSAFAH MODEN
   -PROF DR ABDUH ABDUL JAMAL






Tahun satu


1. Al quran
2. BI
3. Ulum al quran
4. Tafsir maudui'
5. Hadith maudui'
6. Milal nihal (perbandingan agama)
7. Tauhid
8. Tafsir tahlili
9. Dakwah
10.Mantik klasik
11.Fiqh
12.Tasauf dan akhlak
13.Sastera arab
14.Ulum hadith

Tahun Dua



1. Al quran
2. BI
3. Ulum quran
4. Ulum hadith
5. Hadith
6. Tafsir tahlili
7. Tayarat fikriah ( aliran pemikiran semasa )
8. Falsafah
9. Khitabah
10.Bahasa arab
11.Tauhdid
12.Mantik kelasik
13.Milal nihal (perbandingan agama)
14.Tafsir maudui'

Tahun Tiga



1. Al quran
2. BI
3. Falsafah islamiah
4. Falsafah moden
5. Falsafah yunani
6. Ilmu nasf
7. Hadith maudui'
8. Milal nihal (perbandingan agama)
9. Fiqh (ahwal sakhsiah)
10 Tayarat fikriah mua'sorah (aliran pemikiran semasa)
11.Tauhid
12.Tafsir
13.Manahij mufassirin (metod tafsir)
14.Firak (pecahan islam)
15.Mantik moden

Tahun Empat



1. Al quran
2. BI
3. Tauhid
4. Takhrij hadith
5. Usul fiqh
6. Manahij muhaddithin (metod hadith)
7. Manahij mufassirin (metod tafsir)
8. Tayarat (aliran pemikiran semasa)
9. Nusus falsafiah
10.Falsafah islam
11.Falsafah eropah
13.Falsafah moden
14.Falsafah akhlak
15.Ilmu ijtimak (sosiologi)
16.Milal nihal (perbandingan agama)

Sunday, February 18, 2007

Ahli-ahli pelopor (bawakir) falsafah moden yang utama di barat


          Kalau memang nak balik bulan 8 ni so kena study sungguh-sungguh mengenai semua ni.
Bermula daripada kehidupan, asal usul mereka. Kemudian mengenai pemikiran mereka
satu persatu. Bermula dgn kaedah atau metod pemikiran yg digunakan, apa pendapat mereka mengenai alam, manusia, dan mengenai ketuhanan.
         Menyentuh mengenai manusia, bagaimanakah teknik seseorg manusia seandainya ingin mencari kebenaran. Adakah melalu akal semata-mata? or pancaindera? or sumber yg lain seperti wahyu?mengenai ketuhanan, so apakah betul adanya tuhan di alam ini? seandainya ada, bagaimana sifatnya? melalui agama kristian, bagaimana kristian memahami mengenai falsafah ketuhanan mereka. Adakah manusia boleh mengenai tuhan? bagaimana? bagaimana sifat tuhan yg dipegang  oleh kristian?. Bagaimana mereka mendirikan dan meneguhkan akidah mereka?
ada di kalangan ahli falsafah moden pemikiran beraliran kpd menggunakan akal semata-mata, dan ada juga ahli falsafah yg beraliran menggunakan pancaindera semata-mata. Dan ada juga menggunakan pengukur utama mereka melalui nilaian yg paling ideal iaitu dlm menilai sesuatu perkara.
         Perkara ygmencabar agak-agaknya mengenai kaedah pembelajaran digunakan. iaitu DEMI MENCARI DAN MENGENAL KEBENARAN KITA JUGA PERLU MENGENALI KEPALSUAN DAN KESESATAN.
        Mengenai apa yg tersirat and tersurat pd setiap pemikiran mereka ini akhirnya memberi jawapan yg sama, iaitu semua ini adalah sesat and terpesong dari landasan yg asal. Hanya segelintir sahaja menepati yg kebenaran. Samaada dlm metod mengenal tuhan atau pun kayu ukur dlm mencari kebenaran. Hikmahnya dlm mengenali mereka ini, bilamana kita perhatikan sebetul-betulnya berkenaan setiap pemikiran mereka ini. Menatijahkan satu perkara. Iaitu idoelogi dan pemikiran sesat dan menyesatkan yg ada kini (yg terpesong dr landasan Islam sebenar) berkenaan sufi dan sebagainya adalah secara outomatik menyamai dan menyerupai mereka.
         Kesimpulan yg ringkas boleh diambil - BILAMANA MANUSIA INGIN MENCARI KEBENARAN DAN KEBAHAGIAN HIDUP DI DUNIA INI TANPA MENGIKUT TELUNJUK DAN HIDAYAT ILAHI MAKA AKHIRNYA MENEMUI KEBUNTUAN YG SAMA. Tidak kira di zaman mana mereka berada. Selagimana namanya manusia, hakikat yg sebenar adalah manusia perlu taat dan tunduk pd setiap perintah Allah swt. dlm keadaan redha dan rela.
Celaka and kerugian yg besarlah mereka yg ingkar dan degil menerima setiap perintah PENCIPTANYA. Akan tetapi seramai mana mereka yg menyedari akan semua ini?..
Moga kita dipimpin ALLAH SWT. dlm meneruskan kehidupan di dunia yg tiada nilainya ini.

Kalau nak kenal, inilah mereka AHLI-AHLI PELOPOR (BAWAKIR) FALSAFAH MODEN BARAT.
12 org ini pun dah cukup and memadai utk memeningkan kepala, bilamana kita perlu memahami apakah yg dikehendakinya satu persatu.

Pemikiran rationlism ( al a'kli)

1- Rene descartes                                      perancis
2- Nicolas malbranche                              perancis
3- Baruch espenoza                                   yahudi
4- Gott fried wilhem leibniz                     jerman

Pemikiran sensualism ( al hissi )

1- Francis bacon
2- Tommas hobbes                                  england
3- John locke                                            england
4- David hume                                         england

Pemikiran idealism ( al mithali)

1- Emanual kant                                      jerman
2- John gottlieb fichte                             jerman
3- Friedrich wilhem nietzsche               jerman
4- Goerge wilhem friedrich hegel          jerman

Saturday, February 17, 2007

SOALAN BEST UTK DI JAWAB


Soalan ni tidaklah pelik dan memelikkan kepada pembacanya. Cuma bilamana diminta isikannya, satu perkara yg terasa ( dah byk kali aku sendiri buat soalan ni utk para peserta program, tapi tak pernah diisi pulak . huhu~) :-

1- Teragak-agak dgn jawapan sendiri. 
2- Yg jelas kini seolah olah masih belum kenal diri sendiri. 
3- Boleh disimpulkan bhw lebih mudah utk cuba mengenal diri seseorg drpd mengenali diri sendiri.
4- Perkara yg baru sedar ( rupa-rupanya masih belum kenal diri sendiri).
5-
Tidak pratik apa yg dibaca, walaupun dah habiskan beberapa kali bacaan. 
(kitab aslih nafsak wad u' khairak) hiasilah dirimu dan sinarilah yg lain.

Banyak lagi yg boleh disimpulkan. Cukuplah sekadar itu kesimpulan ringkas.

Kata-kata arestotle : "a'rif naf sak bi nafsik" ( kenalilah diri mu melalui diri mu).


Gambaran diri :

Bagaimanakah anda menggambarkan diri dari segi perwatakkan anda kepada seseorang yang belum mengenali anda?

Aku cuba jawab buat kali pertama setelah beratus-ratus kali hanya buat soalan.

Penampilan yang biasa dan sederhana, tidak suka ke depan kecuali keadaan yang memerlukan, (diamanahkan exco
dakwah and bendahari persatuan munkin keadaan yg memaksa) cuba menampilkan seceria yg munkin (sbb tak biasa/tak suka berkongsi masaalah dgn org), sentiasa berkopiah (didikan ayah emak dari kecil, insyallah moga dapat istiqamah sampai bila-bila), suka bergurau dan berlawak jenaka tanpa berlebih-lebihan demi utk bertaruf dan supaya kenalan baru tidak malu and segan, susah utk memberi pendapat dan lebih suka mendengar, adakalanya tegas dalam membuat keputusan (bukan keputusan pribadi), susah utk membuat keputusan mengenai hal pribadi (munkin kesan didikan keluarga yg senantiasa amat mengabil berat / kurang diajar utk berdikari dldm hidup, kecuali bilamana bermusafir jauh ke Negara orang), suka mengenali orang lain tanpa mengenalkan diri sendiri (kecuali bila telah rapat and mengenali), tidak suka utk berkenalan dgn org atasan and berpangkat ( kecuali tanpa sengaja), tidak suka bermuka-muka (kecuali demi maslahah jemaah), lebih gemar bersama-sama mereka yg dikalangan bawahan, dan cuba mencari pengalaman bersama-sama org atasan, Suka mencari masa utk bersendirian walaupun amat jarang ada masa utk itu, lebih suka berahsia (hal pribadi), amat suka kepada
sikap bertolak ansur walaupun kadang-kala bersifat gopoh, suka berlengah-lengah (walaupun amat benci sifat tersebut), suka kehidupan suasana tenang (desa / perumahan), suka mencari sesuatu yg baru dlm hidup dan tidak suka akan perkara yg sama, suka mencari kenalan yg baru, susah utk ditegur tetapi amat boleh dibawa berbincang (munkin sbb dimanjakan dari kecil), ( biasa menggunakan prisip hidup – membuat sesuatu perkara jgn sampai ditegur orang) , (hidup utk membina bukan utk dibina), amat selesa mempunyai seseorg yg membina diri dgn berhikmat dan lembut, susah utk menerima teguran dan kritikan (dlm hati je, juga boleh menerima segala teguran membina but jgn menguji kesabaran yg ada ) pd masa yg sama ditakdirkan (hidup di negara penuh kekasaran selama hanmpir 8 tahun) munkin Allah swt ingin mendidik jiwa supaya kuat, kata org (kawan-kawan) saya buka org yg sentimental / romantic ( munkin tidak suka bermuka-muka dan hipokrit) pada masa yang sama biasa menjadi penasihat-penasihat tidak rasmi org yg putus cinta and jd motivator (guna perasaan lg :D). Bercita-cita utk menjadi pendidik di surau-surau and masjid- masjid and membaca kitab-kitab ulama terdahulu (cita-cita mengganti ayahanda pendidik desa). Bersifat tidak berkira-kira dlm soal duit dan susah (tidak suka) mencatat keluar masuk duit bulanan pd masa yg sama tidak suka pembaziran(pomboros) dan mesti bijak dlm budjet hidup ( cita-cita utk hidup bersistem )moga dapat jodoh yg bijak dlm hidup and bersistematik hidupnya jua.

Cukuplah hanya takat itu dahulu, ini pun dah cukup terasa rimas. Susahnya utk belajar belajar burubah (berkongsi masalah). Kuat ke ego? hehe. Gunalah ego utk kekuatan. Jgn takabbur, x masuk syurga hang nanti.

Wednesday, February 14, 2007


PERMULAAN PENGAJIAN SEMESTA PANAS 2-5, FEB-JUN.

Subjek untuk sem ini.

1. Akidah ( tauhid ) - Ilahiah (ketuhanan) dan kerasulan.
2. Falsafah Moden - Perkembangan falsafah di barat. (Bawakir) Pelopor-pelopor moden.


USAHA DAN TEKUN


      Jika seseorang tekun, kita akan mendapati bahawa matlamat dan cara mencapainya saling berhubung kait di setiap peringkat, bahan dan urutan masa. Daripadanya adunan inilah lahirnya tenaga yang menghasilkan daya hidup dan kepuasan.


KEADAAN DUNIA MASA KINI

       Pada pandangan aku, pada zaman ini, di saat ilmuan berusaha keras untuk mengasaskan "mazhab", "model" dan berbagai-bagai doktrin saingan. Di kesempatan ini marilah kita melihat  dan menilai betapa tinggi, bijaksananya pemikiran manusia pada zaman awal peradaban Mediteranean Timur mengenai pembinaan asas-asas pemikiran yang berlandaskan Wahyu Ilahi demi mengegakkan Islam. Ini semua merupakan sesuatu yang menyoronokkan.

- dan aku menulis nota ringkas ini sekurang-kurangnya dapat ditatapi sebagai penawar kepada perpecahan dan sekularisme zaman moden.


MASYARAKAT

      Masyarakat adalah organisma hidup dan oleh itu menghadapi perubahan yang berterusan. Oleh kerana syariah merupakan peryataan peraturan perundangan masyarakat maka ia tidak statik. Syariah menyatakan apa yang telah berlaku dan perinciannya berubah menurut
keadaan sementara skop utamanya tetap tidak berubah.






 

Tuesday, February 13, 2007

Kenapa Perlu Risau?

ok juga ayat ni,
tepat pada masanya,
kenapa perlu risau?
tq kawan-kawan.
sah and nyata,
aku kini bukan lagi robot cob.



Kenapa perlu risau?
Andai dia bukan milikku
Walhal Allah telah berjanji

“Lazimnya lelaki yang baik,
Untuk perempuan yang baik
Sebaliknya lelaki yang jahat,
Untuk perempuan yang jahat”

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai tiada siapa di sisi
Bersama mengharungi onak perjuangan
Walhal seringkali ku diseru..

“Berserahlah kepada Allah
Kerana cukuplah Dia
Menjadi pentadbir urusanmu..”

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai dia tidakkan ku gapai
Jika tabir dijiwa tidak kusingkap
Walhal aku tahu..
Janji Allah itu benar

“Berdoalah kepada-Ku
Nescaya Aku perkenankan
Doa permohonan kamu..”

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai harapan kasih kan berkecai
Walhal kerap aku diingatkan..

“Taruhlah harapanmu pada-Ku
Rahmat-Ku amatlah dekat
Bagi mereka yang memperbaiki amalannya”

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai mahligai impian tidak terbina
Dan singgahsana idaman hancur musnah
Walhal Allah telah berfirman

“Kamu merancang,
Allah Juga merancang,
Dan Allah jua adalah
Sebaik-baik perancang”

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai realiti tak seindah impian
Walhal seringkali jelas terbukti
Kebenaran kalimah suci-Nya..

“Boleh jadi yang kamu benci

Baik untuk kamu..
Boleh jadi yang kamu suka
Buruk untuk kamu

islam_abadie: lg
islam_abadie: ?

Dr  : Kenapa perlu risau?

Andai taman cinta hambaMu
Tidak berpeluang utk ku jejaki
Walhal pada hakikatnya..
Cinta Abadi yang aku dambakan
Redha Allah yang aku pohonkan
Kasih Ilahi yang aku rindukan
Syurga Firdausi yang aku dambakan..~

 .....................................walaupun ia copy and paste apapun nilaianya adalah pada kata-katanya . kesimpulannya adalah -- walaupun hasrat hati ingin jd kuat bagaikan mentari, akan tetapi kekuatan sebenarnya adalah menerima hakikat diri.


TAK DE APA YG NAK KATA

dengan nama Allah swt. yg maha pengasih lagi maha penyayang..


nak kata apa tengahari ini?

andai dilihat pd jarum jam di dinding maka ia bermakna jam tepat 2 ptg. mentari hari beransur pergi lagi. azam hati moga hari ini lebih bermakna dari semalam. resultnya entah bagaimana. bagaimana dgn pengurusan masa? study, mentalaah, mengahafaz, bagaimana dgn al quran?, ulangkaji pengajian yg lepas?... terlalu byk yg masih berbaki tak dilangasaikan andainya mahu dihisab dikira. bagaimana dgn pahala? bagaimana dgn dosa yg dilakukan? ya Allah teruknya. belum lagi nafas pergi namun kini dah terasa seolah mahu jd bagai pokok kayu tubuhan. hidupnya tak dihitung apa lagi diambil kira. perginya dan hilang lenyapnya ia bagai abu yg
dibawa angin. tapi kita?semuanya akan diambil kira. teruk kali ni. rasa makin teruk. masa ni hanya mampu mengadu. terasa kalah and amat menjunam entah keceruk mana. ampun kan dosa ku dan jg lah diri ku ya Allah.
.......
mata semakin nak terlelap rasanya. munkin ia terasa sedikit penat akibat semlm pun dah lewat dilelapkan ia, dan di awal pg hari ini dipaksa lagi berkelip2 di hadapan makhluk bernama laptop ni.
.......

dilihat pd agenda diari, amat byk yg dirangka utk diselesaikan. mengahafaz-mecatat balik pengajian lepas-menaip terjemahan yg amat byk belum disiapkan. ermm . sekali sakala terasa juga baik hidup dizaman purbakala. hidup bersama iklim, alam and dunia realiti. tidak disibukkan dgn benda2 dunia semacam ini, tiada sebarang pencemaran. pencemaran pemikiran, kebendaan dan ditambah lagi dgn pelbagai kelalaian yg disertakan perbagai benda dan karenah manusia.
.......
apapun aku mesti rest sat. masa ni masih terasa masa cuti. so kadang2 kena ikut hati.
so mai kita sleepyy.

moga tidur kerna ALLAH.
....

nak buat catatan bagai tertera seperti di blog-blog kawan yg lain terasa amat berat utk dikongsi bersama perjalanan kehidupan seharian. kali ni anggap je lah kita bersembang bersama-sama wahai semua sahabat.





 

Friday, February 09, 2007

KALAM KERAMAT


Surah Al Hijru 98-99

"aku tidak diutus utk mengumpul harta kekayaan agar aku menjadi sesorang saudagar. akan tetapi aku diperintahkan agar memperbanyak memuji Tuhan supaya aku menjadi seorang yg sentiasa bersujud. dan aku diperintahkan agar menyembah Tuhan sehingga tiba keyakinan (mati)."
















 

Wednesday, February 07, 2007

 KEAGUNGAN DAN 5 KEKUATAN UMAT ISLAM

            alhamdulillah syukur kepada allah sekali lagi Allah swt. mempertemukan kita dalam ruangan yang ringkas ini. satu ruangan yg bukan sahaja untuk melihat dan mencermin diri kita bahkan satu ruangan untuk melihat sejarah kita dan umat islam. umat islam tidak salah untuk belajar sejarah dan tidak salah untuk berbangga dengan sejarah. namun sejarah yang telah berlaku itu suatu yang telah berlalu, yang penting bagi kita adalah masa depan kita. apa erti islam telah menguasai dua pertiga dunia kalau hari ini kita tidak boleh mengesuai apa-apa pun. apa perlunya kita bangga bahawa islam telah dan pernah mewujudkan empayar islam kalau sekiranya hari ini kita tidak melakukan sesuatu untuk mendapat kecemerlangan. dan sejarah menunjukkan kepada kita bahawa semuanya itu sebagai iktibar dan pengajaran. dan pengajaran itu kita harus jadikannya satu contoh dan landasan bagi menilai kembali apakah yang mereka lakukan sehingga mereka telah mencapai satu tamadun keagungan yang sangat amat amat dihormati dan disegani.
             untuk melihat keangungan mereka kita harus mengkaji secara meyeluruh apa yang ada pada jenerasi awal. pengkajian kita tentulah tidak boleh menepikan wahyu Allah swt, hadis Rasulullah saw. kerana penafian kepada sumber-sumber ini bermakna kita hanya melihat kepada latar belakang yang zahir. ada orang yang melihat kekuatan empayar melaka di zaman kesultanan melayu melaka kerana ada kapal yang baik tentera yang canggih dan sebagainya. tetapi benarkah kenyataan ini? betulkah dengan kekuatan fizikal sahaja menyebabkan mereka terkenal? sepanyol sebuah negara yang unggul di suatu masa pemerintahan islam. marilah kita lihat dan memandang dalam pengkajian kita dengan beberapa unsur kekuatan yang disebutkan oleh Baginda saw. sabda Baginda saw. “jenerasi ini akan berjaya, jenerasi awal akan berjaya kata Rasulullah saw. mereka telah berjaya disebabkan oleh yakin mereka dengan islam.(bil yakin) kerana keyakinan mereka, keyakinan dengan allah swt., keyakinan dengan balasan dan janji allah. keyakinan dengan perjuangan islam, keyakinan untuk menengakkan satu sistem dan daulah. keyakinan kereka tentang azab neraka, keyakinan mereka tentang balasan kepada orang yang durhaka kepada allah swt. dan seribu satu bentuk keyakinan-keyakinan yang tergambar daripada hasil keyakinan itu ialah dua sifat. pertama ialah kecintaan kepada Allah swt. dan RasulNya saw. kedua ketakutannya kepada kemurkaan Allah swt. oleh kerana itu mereka berusaha untuk mencari keredhaan Allah swt.
             ada orang bilamana kita menyebut tentang keredhaan Allah swt.mereka menganggap ini urusan agama dan nilai-nilai spitual kitab. keredhaan Allah swt. Bermaksud ialah keredhaan bilamana kita melakukan sesuatu perkara yang Allah swt. redha kepada kita maka tentulah perkara itu baik. manusia akan redha, samaada dia muslim atau non-muslim. sebab sejarah menunjukkan kepada kita, sewaktu islam sampai dan menguasai Mesir, sistem pemerintahan di mesir bertukar kepada sistem islam. sedangkan rakyat mesir ketika itu menjoritinya bukan islam. Amru al asr dilantik sebgai gabenor di mesir dan beliau sangat-sangat dihormati. dah golongan bukan islam redha, seronok hidup di bawah satu sistem yang tidak mengira bangsa, warna kulit, agama, bahkan memberi kebebasan untuk setiap agama berjalan mengikut perinsip agama mereka. dalam waktu yang sama tidak di dorong kepada nilai-nilai yang tidak baik. dalam urusan inilah perkara yang penting bagi kita ialah untuk melihat kembali sejauhmana bentuk dan nilai-nilai ini kita dapat contohi.
                secara secara umumnya kita sebagai umat islam kita memiliki lima perkara, lima kekuatan. dan kekuatan tersebut perlu digarap dengan baik. dan kita menyedari bahawa kebimbangan negara-negara kuasa barat kepada dunia islam disebabkan lima perkara ini. dan mereka sangat takut kepada satu perkara yang lain yang muncul.
               pertama, bilangan umat islam yang ramai. kita harus mengakui bahawa umat islam bertaburan diseluruh dunia. di barat di utara di timur dan di selatan. bilangan umat islam yg ramai ini merupakan satu elemen kekuatan. walaupun kita harus mengakui juga bahawa Rasulullah saw. memberi amaran, ramai yang seperti buih dilautan tidak ada faedah. akan tetapi dari sudut kekuatan, kita telah memiliki satu kekuatan bilangan umat islam dan sensivilitinya.
              kedua, seluruh unsur-unsur dan sumber-sumber kekuatan dunia sebahagian besarnya berada di negara umat islam. minyak, getah, kelapa sawit, gas dan banyak lagi eleman-elaman lain yang wujud di negara islam. dan kekuatan ini merupkan kekuatan yang luar biasa. minyak sebagai senjata yang ampuh. seminggu sahaja negara islam menghentikan bekalan ke eropah, eropah akan gelap. dan kita harus akui hakikat tersebut.
              ketiga, sebahagian besar negara islam berada di tengah-tengah dunia. kalau kita melihat kepada peta dunia, negara islam berada di tengah-tengah. tidak di utara dan tidak di selatan. dan negara yang berada di tengah-tengah mempunyai satu eleman kekuatan. dan serentak dengan itu kaabah makkatul mukarramah menjadi pusat yang paling strategik. samaada jalan untuk menghubungkan di seluruh dunia.
              kekuatan yang keempat, seluruh perairan antarabangsa sebahagian besarnya melalui Negara negara islam, dan kita mempunyai kekuatan di situ.
              kelima, diwaktu yang sama umat islam juga telah munjul satu ledakkan baru, iaitu kesedaran bahawa hancurnya nilai-nilai ideologi yang tidak berperinsipkan islam. dan mereka akan kembali kepada islam.
              Melihat kepada tulisan-tulisan pengkaji dari barat, mereka menyebut satu perkara lagi. umat islam tidak ada Salahuddin al ayubi yang kedua. andainya muncul Salahuddin alayubi yang kedua, maka waktu itu umat islam mampu menggarapkan kelima-lima kekuatan yang mereka ada. akan bangun sebagai kekuatan yang luar biasa dan memberi ancaman kepada kuasa-kuasa besar barat. walaupun berulang kali kita menyebut bahawa bukan tabiat islam mengajak berperang dan untuk mebunuh. islam mengajar pendamaian. Islam mengajar hubungan yang baik. hubungan jiran tetangga yang baik. tetapi islam juga meletakkan prinsip. selagimana hubungan kekuatan tersebut tidak sampai menjatuhkan martabat islam. menghina islam dan syariat islam. sabgai contoh yang lain, kita boleh bersabar dan diminta bersabar. sabar manusia ada had. ada batasan. dan had batasan bagi orang mukmin adalah redha Allah swt. kerana muslim yang benar mereka mengharapkan Allah swt di segala usaha dan amalnya. segala gerak gerinya untk mencapai redha Allah swt. bukan mengharap redha makhluk. Maka oleh kerana itu marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan memartabatkan diri kita agar menjadi muslim benar-benar kasih dan cinta kepada allah swt. Muslim yang baik adalah muslim yg benar-benar mencintai Allah swt. dan RasulNya.




 

Tuesday, December 12, 2006

DUST IN MY BED


              Hari ini muncul lagi bersama keperluan hidup yg semalam. Kita dapat hidup di benua alam ini akibat drpd perlatan yg senantiasa ada semenjak lahirnya manusia kedunia. Bukan setakat perkakasan yg telah tersedia utk kita semasa di dunia moden kini, malah semuanya ini telah tersedia sejak dulu kala yg mana titik mulanya tiada siapa yg mengatahuinya. Melainkan bg Tuhan yg memiliki dunia alam belantara ini. Hari ini kita masih ditakdirkan terus bernafas bagai hari semalam. Jika and seandainya ditilik and dihisab bagaimanakah indah dan dahsyatnya cara penghidupan kita itu, jawapannya yg jelas hanya tuan hak dirinya sahaja yg mengetahui segalanya. Malah semuanya itu telah ditilik rapi oleh sang penjaganya. Tidak pernah lekang dari penglihatanNya walau sedetik cuma. Walaupun pahit and manis sekalipun cubalah renung and hisab diri ini yg masih berdegup jantung itu. Di manakah letaknya harga dan nilaian diri pd harga yg sebenarnya, seandainya diukur and dihitung dengan penyukat yg hakiki.              Dari mana datangnya wahai aku yg bernama manusia. Dimana tika ini kamu berdiri, duduk, bangun and sebagainya? adakah semua itu tidak dikira dan dhitung? kemana kamu selepas drpd ini? andainya kamu riang, tenang , ria , senang, terasa indah segalanya hidup ini. Adakah kamu anggapnya wahai diri akan abadi semuanya itu? dari mana asalnya kamu? bukankan kamu akan kembali pd asalnya tempat kamu datang? siapa baka aku? walaupun tika kini bersama nafas yg naik turun penuh terasa manis and enaknya hidup ini ditambahnya lg keenakkan dunia bersama anak pinak, harta yg meluah rasa. Adakah tidak berakhir semuanya itu? tika kini bersama anak, kawan karib di tepi, kekasih hati senantiasa mendampingi, saudara andai memenuhi bagai cahaya yg muncul di dunia ini. Akan tetapi bukankah buat akhirnya aku akan ditinggalkan oleh semuanya itu? bermulanya datang takdir yg memisahkan semuanya itu bersama pemutus kelazatan. sekali ia datang menjeguk di dunia kita ini terputus nafas yg indah bersih ini. Ditarik pergi nafas yg pertama terusnya jd ia yg terakhir. Sebelum berakhirnya hembusan yg akhir itu yg mengerutkan hati dan mendidihkan otak yg beku, aku telah tahu and nampak di mana tempat hendak dituju. Tidak pernah terasa terlalu dah syatnya nyawa aku dihalau pergi. Terpisah antara yg paling rapat dan akrab dibumi ini. Nyawa engkau diyah pergi. Badan engkau ditinggalkan sepi. Membawa hala masing-masing. Mulanya berpisah antara dua dunia. Badan mula kaku bagai tiada umpama yg hendak diperumpamakan akan ia. Tiada yg lebih sayu and layunya di alam ini wahai sang badan yg bernama manyat yg kaku. Dulunya ia bernama. Ada darjat setinggi-tingginya, dijulang diangkatnya munkin. Andainya mulia semulia pandangan manusia, berpangkat, malah lebih lagi berdarjat pd keturunan. Namun kini tiada sang yg kaku itu siapa yg teringin utk milikinya. Semuanya sedang menunggu masa bagai utk diyah pergi. disimpan jauh, jauh lg drpd membawa erti. Berkatanya mereka yg masih bernafas didunia : seeloknya ia disimpan ditempat yg sunyi. Pd hal bila mula berpisahnya sang nafas yg akhir td, tempatnya telah siap digali org. diukur, ditilik sebaiknya. Adakah muat utk disemadikannya biar terus menjadi yg abadi. Tak akan kembali. Mustahil semuanya walaupun hanya berkelip sedetik cuma. Sang tempat yg akan menjadi abadi disana. Gelap sepi tanpa peneman sepi, ulat, semut sang serangga and apa entah lg yg akan menemani. Itulah ia tempat yg hakiki nanti.
           --> wahai diri lihatlah diri, persiapkan lah diri, perbaikkanlah pribadi, jeguklah sejadah yg makin berdebu, goncangkan lah sang hati yg sekeras batu, basahilah pipi yg sering berkerut ketawa hilai disiang hari, angkatlah tangan menadah pinta ampun pd Ilahi, andainya perginya rohmu di waktu dinai hari, syukur roh mu ditempat yg digilai sang bidai dari.
hari ini pergi lagi dan terus pergi lagi. utk kembali, semuanya itu tidak pernah and akan terjadi. kembalilah pd ILAHI. "YA ALLAH AMPUNKAN LAH DOSA KU. TANPA RAHMAT MU NESCAYA AKU TERMASUK MEREKA YG RUGI. PIMPINILAH DAKU KEARAH KEREDHAANMU" aminn.

Friday, December 01, 2006

APA YG ADA PADA HIDUP SEMALAM?

              apa perkara sekalipun yg terjadi ..... alhamdulillah :: detik mentari jumaat hari ini semuanya bagaikan dapat dinikmati.
              bermula ptg khamis kelmarin, alhamdulillah diizinkan Ilahi dapat rehat(tidur lenalah katakan)seawal munkin. seawal selepas maqrib jam 6.45mlm terus melelapkan sepasang mata ini hinggalah dipenghujung mlm(12tgh mlm). bila tibanya yg dinamakan pg 1pg, so mula bangkit dari lena. (mlm jumaat)2pg dah siap siaga cergas kembali. cuba menjalani dunia yg baru. siap2kan apa yg telah menjd kewajiban keatas muslim n cuba belajar apa2 yg suruh amalkan oleh Baginda Rasulullah saw. and boleh kata lepas tu, kira study lah katakan...
ditemani oleh udara yg dingin, alhamdulillah segalanya lebih menceriakan andainya dibandingkan musim yg panas. dunia study pg itu terus hingga ke subuh. sambil turun solat kat masjid so ada baiknya terus ke tempat usrah, tak perlu utk naik ke rumah(tingkat5). pg ni lewat sikit sampai ke tempat usrah(hostel), sesampainya jam 6.10pg. nasib baik kat hostel student masih belum habis lg tazkirah subuh jumaat. lg pun ahli usrah biasa dgn karenah kelewatan mereka. alasan yg amat cukup hebat semuanya. terima aje lah....
berlangsung usrah dgn sedikit bacaan ayat-ayat Al-quran and satu hadis nom 28( kitab syarah hadis khamsin). so sambung usrah kat padang bola dari 7pg mula hinggalah 9pg. boleh tahan penat. apapun alhamdulillah menyegarkan tubuh yg tdnya terasa makin gersang dibumi ini(nak demam). sambil balik dari padang bola rembat je p beli roti arab yg panas-panas tu. best sakan.
break dgn roti td and siap-siap utk p jumaat. jumaaat hari ni 11.42 pg. nampaknya hari ni tak sempat utk qailulah.
           best khutbah jumaat hari ni. setengah jam memang sesaat cuma rasanya. kalau nak diceritakan kembali kat sini, nampaknya x padan sama sekali. apapun oklah.
hajat dihati sekembali dari jumaat dapat la rest sat, tersilap kaki melangkah singgah rumah kawan sebelum sampai kat rumah yg kebetulan terbuka kitab tafsir Al-Qur an. sambil sembang-sembang and menjenguk apa yg dihidangkan, so kira terus ajelah baca tafsiran utk usrah mlm ni. baca punya baca sat je ... tiba-tiba azar dah menjenguk tiba. so solat asar and p fotostat sedikit utk pengisian (peta minda sejarah Qiraat) usrah mlm ni.
waktu petang tika ini memang amat teralu pendek terasa hidup bersama masa. sambil simpan kelengkapan bilik so tengok-tengok jam, amboi tak sempat tengok dah bersuara azan di masjid. maqrib tiba lg. so lepas solat maqrib mesti terus ke Abbasiah utk usrah bersama medic student.
naik bas je sempat lg. kira-kira perjalanan boleh tahan lamanya ia, munkin 30minit. ok je boleh duduk and dapat rest sambil baca persiapan utk usrah iaitu tafsir.
            pendekkan cerita siap usrah bersama diorg kira-kira 9.20mlm. hebat pulak jdnya perbincangan diorg. ok je macam tu. but takut-takut jd meleret. yg ok nya walaupun sedikit biarlah ia berpanjangan. bagus adik-adik medic semua ni, semangat utk menuntut ilmu agama yg tinggi terpancar jelas diwajah-wajahnya. moga dirahmati Allah taala semuanya.
ringkaskan cerita lg and lg... sampai nya kat rumah mlm ni jam 11.21mlm.
alhamdulillah .... moga tika hidup aku di dunia ini diberkati ALLAH SWT. pd masa-masa berkelip and berdenyup jantung ini.
             kalau lah terasa penat and letih, so penat and letih ini lah patut aku cari.
.........

kitab kuliah macamana? dah habis ke baca? aduhaii... mata dah penat ni. ermm
so jom kita p baca. lepas habis taip apa yg tergerak dihati ni, so kita study pulak.....
terjemahan kitab lalu masih tak sempat taip... nantilah, kalu ada masa.

KEWAJIPAN ITU SEMEMANGNYA LEBIH BYK DRPD MASA YG ADA

Wednesday, November 22, 2006

ADAKAH BENAR WANITA DICIPTAKAN DRPD TULANG RUSUK NABI ADAM AS.?

             ermm ... itu soalan pertama drpd kitab fatwa-fatwa dan hukum-hukum buat wanita Islam. Kitab karangan syeikh A'thiah Saqor, salah seorg drpd ahli majlis fatwa Al-azhar sekarang, dan beliau merupakan bekas ketua majlis fatwa yg lepas.
             Nak study macam tak de mood lg, so utk cari-cari mood tu ada baik buka buku kat tepi2 ni sat. Nak buka novel takut melarat sampai jam 3 pg pulak. Dekat-dekat hampir exam ni, memang suka sangat baca kitab-kitab luar, cuma yg mencabar adalah utk membaca buku kuliah. Sidrom apa entah yg kena. Nanti kita tanya doctor psikology. Doctor pun kena sama jugak kot. hehe :D kalau doctor pun kena, so sila tanya ustaz kat sini :D.
             ok- sambil baca sorg-sorg kitab ni ada baiknya taip(terjemahkan) je kat blog ni. Kot-kot yg berminat dlm bab ni boleh tahu sama.

:: jawapan dari soalan td :
             Firman Allah swt. surah An-nisa, ayat 1 "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebutnamaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."
             surah AL a'raf ayat 189 "Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakandaripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri),untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain.Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur."
          surah Ar rum ayat 21 "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
          sabda Nabi saw. "Saling pesan-memesanlah untuk berbuat baik kepada perempuan, karena mereka diciptakan dari tulang rusuk yangbengkok. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi dari Abu Hurairah).
          Abu Hurairah r.a. berkata: Rasululllah saw. bersabda:" sesungguhnya perempuan seperti tulang rusuk, jika kamu cuba meluruskannya ia akan patah. tetapi jika kamu membiarkannya maka kamu akan menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok".

         Imam Fakhrurazi berpendapat dlm kitab tarsifnya mengenai hal ehwal hawa sebagai ciptaan daripada adam, di sana ada dua pendapat.

         1. Pendapat yg paling ramai dikalangan ulama - kata mereka "sesungguhnya bilamana Allah swt. menciptakan nabi Adam as. Maka Ia mencampakkan kpd Adam tidur, kemudian diciptakan Hawa drpd salah satu tulang rusuk Adam as. yg kiri .... mereka(ulama) berhujjah dgn hadith Muslim : (sesungguhnya perempuan diciptakan drpd tulang rusuk yg bengkok).
         2. Pendapat yg kedua abi muslim al asfihani "sesungguhnya yg dikehendaki dgn firman Allah swt
.(والله جعل لكم من أنفسكم أزواجا) maksudnya ialah Allah swt. ciptakan hawa drpd jenis adam sendiri(sama ciptaan).
(بعث فيهم رسولآ من أنفسكم)

        kata AL Qadhi. Pendapat yg pertama adalah lebih kuat.
Imam At-Tabarani dlm tafsirnya at-tobari - mengatakan bhw pendapat yg pertama td adalah bg Ibnu Abbas dan Ibnu Masu'd, akan tetapi talian sanad pendapat ini tidak sahih. Bahkan ia telah diambil dprd ahli kitab. Sebagaimana dlm safar takwin (ishah kedua :21-24)
Berpadukan kpd pendapat-pendapat yg lepas kami berpendapat ( pendapat penulis kitab "syiekh atiah saqor") :: penciptaan Hawa drpd Nabi Adam as. adalah perkara yg tidak disepakati. iaitu ada pendapat yg mengatakan HAwa diciptakan drpd unsur sejeni Adan ( tanah ) bukan cahaya atau api. Dan apa yg dibawa oleh hadis Nabi saw. "sesungguhnya hawa diciptakan drpd tulang rusuk adam" kadang-kadang perkara yg dikehendakinya memberi makna yg samar-samar.
       Maka disana tidak ada nas yg putus mengatakan hawa diciptakan drpd tulang rusuk Nabi Adam as.
       Kaedah pengambilan hujjah " dan bilamana dalil yg diambil membawa maksud yg ihtimal (ada keraguan) maka dgn sebb itu menyebabkan ia tidak boleh dibuat hujjah".
Dan apa yg penting adalah, kpd sesiapa yg memegang mana-mana pendapat ini ia tidak membawa kpd merosakkan iktikad kita semua.
Sememangnya imam an-nawawi rhm. mengaitkan atau merumuskan drpd hadis-hadis Nabi saw. dgn pendapatnya :
        Nabi saw. menerangkan mengenai ayat "Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri)" ialah membawa maksud hawa diciptakan drpd tulang rusuk.
Dan juga pada hadis ini membawa maksud supaya berlaku lembut dan berbuat baik dgn wanita, mengasihi mereka bgtu juga perlu bersabar dlm mendidik isteri-isteri juga anak2 perempuan. Dan melarang keras menceraikan isteri tanpa ada sebab dan sekalipun ada sebb yg susah utk hidup bersama. -- wallahu a'lam bissawab.

ermm dah hampir 1 jam lebih pulak. Oklah takat tu dulu buat kali ini. Nak sambung study utk kuliah pulak. exam dah dekatttt.

>>Harap maaf and diperbetulkan terjemaah saya yg sepontang
ini.